Kenyataan Media: Siarkan Jawapan Menteri tentang 1MDB dan dana RM2.6b secara langsung.
Mesyuarat Parlimen kali ini yang bermula pada 19 Oktober memperlihatkan satu fenomena yang sangat berminat. Dalam tempoh dua minggu persidangan (8 hari) yang telah berlalu, perdebatan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah muncul dalam tempoh soal-jawab menteri, iaitu satu setengah jam pertama setiap hari persidangan berlangsung, di mana perdebatan disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kebangsaan.
Jika kita meneliti dengan betul-betul, pertanyaan tentang isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri tidak pernah dimasukkan dalam 15 soalan yang pertama pada setiap hari persidangan, walaupun terdapat banyak soalan yang telah dilontarkan tentang dua isu tersebut. 15 soalan pertama biasanya sempat dijawab oleh para menteri.
Mengikut kajian saya, sebanyak 41 soalan telah ditanya oleh ahli-ahli Parlimen sepanjang 8 hari yang lepas. Secara purata lebih 5 soalan telah ditanya setiap hari, atau bersamaan dengan lebih kurang 10% soalan yang ditanya, tetapi, secara ajaibnya, ia tidak pernah masuk soalan top 15. Hanya 1 soalan berkenaan 1MDB yang berjaya masuk soalan ke-26, yang selainnya 30 dan ke atas. Adakah ia cuma satu kebetulan?
Isu 1MDB dan RM2.6 bilion ini adalah dua skandal terbesar dalam sejarah Malaysia. Ahli-ahli parlimen bergiat ingin membawa soalan-soalan dari rakyat ke dewan yang mulia. Maka timbul kemusykilan adakah menteri-menteri tidak bersedia menjawab isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion secara “live” di kaca TV kepada rakyat?
Ingin kita mengingatkan Perdana Menteri bahawa semua Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia masih menunggu Perdana Menteri untuk menjawab siapa penderma RM2.6 bilion, sebab-sebab ‘derma’ dan ke mana pergi duit sekarang.
Menteri JPM YB Pengerang juga memaklum kepada kami bahawa pertanyaan-pertanyaan ini akan dijawab secara serentak bersama pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dalam persidangan kali ini juga.
Saya ingin menyeru Menteri menyiarkan sesi tersebut secare Langsung atau "Live" melalui kaca TV untuk sekali gus menyelesaikan kemusykilan rakyat terhadap isu-isu ini.
Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan