Rabu, 21 Oktober 2015

RASUAH BERTERUSAN








PEGAWAI TINGGI MARA YANG DINAMAKAN DI AUSTRALIA MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN SEJAK SKANDAL MARA DIDEDAHKAN


Skandal pembelian hartanah oleh MARA yang melibatkan MARA terlebih bayar sehingga RM129 juta pada kala biasiswa dan pinjaman pendidikan MARA dipotong telah didedahkan dalam bulan Jun 2015. Selain dari beberapa pengumuman pendek mengenai perlantikan juru audit bebas untuk menyemak urusniaga-urusniaga itu, sehingga kini rakyat masih belum mendapat maklumat mengenai tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pegawai-pegawai tinggi MARA yang terbabit/disyaki terbabit di dalam skandal ini.

Walaupun jumlah RM129 juta yang disyaki diselewengkan dalam bentuk bayaran melebihi harga pasaran tidaklah setinggi skandal 1MDB yang mencecah dana sehingga RM50 bilion, nilainya tetap besar kerana itu jumlah yang boleh dilaburkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan pinjaman pendidikan seperti mandat asal MARA.

Rakan saya di National Oversight & Whistleblowers (NOW), Saudara Akmal Nasir telah ke Melbourne dalam bulan Julai 2015 untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai urusniaga dan siapa yang terbabit. Selain dari nama-nama yang telah diketahui umum, saya terkejut kerana nampaknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap seorang pegawai tinggi MARA yang pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang memiliki syarikat-syarikat yang terbabit dengan pembelian hartanah ini.

Semakan saya di laman Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelaburan induk yang menguruskan pelaburan dan aset MARA dan dimiliki sepenuhnya oleh MARA masih menunjukkan seorang yang bernama sebagai Nazim Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.

Jika siasatan dalaman oleh MARA di bawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dibuat dengan teliti, siasatan itu sudah tentu akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama di dalam syarikat yang terbabit di dalam urusniaga hartanah MARA di Australia. Malah, siasatan ringkas juga akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman kenal rapat dan mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang lain dalam syarikat-syarikat lain selain dari syarikat yang terbabit dalam urusniaga hartanah MARA.

Ini menimbulkan satu percanggahan kepentingan (“conflict of interest”) apabila Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA yang menguruskan pelaburan aset MARA mempunyai kepentingan perniagaan di dalam syarikat yang berurusan dengan MARA dalam pembelian hartanah di Australia.

Malangnya, skandal ini nampaknya cuba didiamkan begitu sahaja dan sehingga kini tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke mahkamah atau diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa baik MARA sendiri atau SPRM.
 
Oleh yang demikian, saya akan mendedahkan dokumen-dokumen yang diperolehi dari Australia termasuklah dokumen mahkamah di sana yang secara jelas menamakan individu-individu yang terbabit . Saya berharap tindakan diambil terhadap mereka ini termasuklah seorang EXCO Pemuda Umno yang dinamakan secara jelas di dalam dokumen-dokumen tersebut. 
  

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



------

3 ulasan:

  1. Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BILYON BILYON saja ; itu yang penting....

    Rakyat Bahalol bah !!!!!!

    BalasPadam
  2. MARA ditubuhkan untuk orang melayu berlindung dan bergayut. Objektif MARA sememangnya telah lama dicapai. Lihat lah disekitar bgn MARA KL .. Sogo dan restoren, dari pagi hingga petang ada saja Pegawai MARA minum .. tak tau bila mereka bekerja .. kehadiran mereka senang dikenalpasti sebab dah ada uniform .. jelas mereka betul betul dilindungi .. pasal duit songlap RM129 juta .. entahlah .. semuanya macam main-main .. ramai yg dah kaya dan dilindungi dalam kes macam ni .. bila dah kaya orang akan hormat, ditambah pula pergi umrah 4,5 kali .. dahlah kaya nanti mati masuk surga pula .. kits yg miskin ni tak tau lagi ..

    BalasPadam
  3. MARA ditubuhkan untuk orang melayu berlindung dan bergayut. Objektif MARA sememangnya telah lama dicapai. Lihat lah disekitar bgn MARA KL .. Sogo dan restoren, dari pagi hingga petang ada saja Pegawai MARA minum .. tak tau bila mereka bekerja .. kehadiran mereka senang dikenalpasti sebab dah ada uniform .. jelas mereka betul betul dilindungi .. pasal duit songlap RM129 juta .. entahlah .. semuanya macam main-main .. ramai yg dah kaya dan dilindungi dalam kes macam ni .. bila dah kaya orang akan hormat, ditambah pula pergi umrah 4,5 kali .. dahlah kaya nanti mati masuk surga pula .. kits yg miskin ni tak tau lagi ..

    BalasPadam