Khamis, 19 November 2015

ISIS - PECAH DAN PERINTAH








DARI ARKIB

15/7/2015





ISIS - PECAH DAN PERINTAH

“[The Yinon plan] is an Israeli strategic plan to ensure Israeli regional superiority. It insists and stipulates that Israel must reconfigure its geo-political environment through the balkanization of the surrounding Arab states into smaller and weaker states.


Minggu lalu saya telah menulis tentang stratiji  global Anglo-Amerika untuk meneruskan Perang Dingin dan Perang Terkawal. Saya juga telah menulis tentang The Yinon Plan. Mengikut Yinon Plan - secara terang  dan jelas Israel telah merancang untuk memecahkan negara-negara Arab demi keselamatan Israel.
Negara Arab yang berpotensi melawan Israel wajib dipecahkan. Negara-negara ini wajib dilemahkan. Ini adalah stratiji geo-politik - strateji yang bersangkutan dengan alam, kawasan dan wilayah.

Ketika saya menulis ini Rancangan Yinon ini sedang berjalan lancar. Projek ini sedang diuruskan oleh  - Monshe Ya’alon - bekas Ketua  Special Branch dan kini Menteri Pertahanan Israel.

Justeru, warga dunia  sedang melihat Iraq diserang dan kini sedang dipecahkan untuk menjadi tiga wilayah - Sunni, Shiah dan Kurdish. Selama tiga tahun bermula dari  tahun 2013 -  Syria telah diserang hingga ke hari ini. Dunia melihat kehancuran yang sedang dihadapi oleh Syria. Negara Arab ini sedang menuju kehancuran dan akan menjadi ‘failed state atau daulah gagal’. Ketika ini daulah Syria tidak lagi ada keupayaan untuk menjaga keselamatan sempadan. 

Lebanon telah berkali-kali lunyai diserang Israel. Sudan telah pecah menjadi Sudan Selatan dan Sudan Utara semenjak tahun 2011. Libya sedang dalam proses pemecahan. Mesir dalam keadaan yang amat miskin.  Semua ini adalah hasil dari perancangan yang tersusun dalam projek untuk mewujudkan apa yang di panggil Greater Israel - Israel Raya.

Israel Raya ini akan bermula dari Sinai Mesir, Palestin, Lebanon, Jordan  dan Syria. Ramai warga dunia TIDAK sedar bahawa hingga ke hari ini Israel masih tidak memiliki peta  yang menunjukkan wilayah dan sempadannya. Ini kerana proses untuk mewujudkan apa yang dipanggil Israel Raya masih berjalan. Gaza dan Lebanon Selatan itu hanyalah ‘aji-no-moto’ dalam Projek Yinon yang lebih besar.

Ketika  kancah politik Timur Tengah hangat berkecamok dan mengelegak kuasa imperialis Amerika telah mengeluarkan satu dokumen penting. Dokumen - National Military Strategy of the United States of America 2015 - melakarkan strateji Amerika untuk dunia hari ini. Secara jelas dokumen ini menyatakan siapa kawan dan siapa musuh Amerika.

Mengikut dokumen ini - di Timur Tengah Amerika akan sentiasa membantu Jordan,   Saudi, Kuwait,  Qatar, UAE, Bahrain dan Pakistan.  
Dalam masa yang sama dokumen ini juga menunjukkan bahawa Jordan, Saudi, Kuwait, Qatar dan Pakistan adalah  negara-negara yang sedang membantu dan mendanai ‘kumpulan extremis Islam’ yang sedang menghuru harakan dunia.

Dengan jelas dan tuntas mengikut dokumen ini musuh Amerika pada ketika ini ialah Russia, China, Iran dan Korea Utara. Amerika melihat Russia dan China memiliki potensi ekonomi dan kekuatan tentera yang boleh menandingi Amerika. 

Satu dokumen dasar - Project for the New American Century (PNAC)  - yang  telah diajukan ke Rumah Puteh pada tahun 1997 oleh pemikir berhaluan kanan  kini diguna pakai sebagai dasar Amerika.  Dasar PNAC ialah Amerika  tidak akan membenarkan mana-mana negara untuk memiliki kuasa ekonomi dan tentera yang boleh menandingi kuasa Amerika. Justeru China dan Russia adalah musuh.

Intipati dari dasar PNAC ini ialah : Kepimpinan Amerika adalah baik untuk Amerika dan baik untuk dunia. 

Ini adalah dasar yang sedang digunakan oleh Amerika. Semua tindak tanduk, dasar luar, dasar ketenteraan, perjanjian ekonomi dan dasar budaya Amerika berlandaskan intipati PNAC ini. 

Negara-negara lain dalam dunia ini  hanyalah  wilayah jajahan dalam Empire Amerika. Amerika kerana memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera  yang maha agung telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi kuasa hegemon - menjadi Empire.

Berlandaskan dokumen-dokumen ini dunia sedang melihat Dasar Pertahanan Amerika  telah beralih  ke Asia. Dasar baru ini dipanggil  Pasak Asia  atau Pivot Asia. Pasak Asia ini dimulakan oleh Presiden Obama pada tahun 2012. Dasar pertahanan Amerika yang baru ini tidak lari dari dasar PNAC. Malah Pasak Asia memperkukuh dasar PNAC.

Justeru, kita akan melihat perubahan  mendadak di wilayah Asia Tenggara.  Bala tentera Amerika akan dialih untuk berlabuh dan berpengkalan di Asia. Kawan setia Amerika saperti Siam dan Pilipina telah menyediakan tapak-tapak untuk pengekalan tentera darat dan udara. Kapal laut dan kapal selam Amerika akan mengawal Selat Melaka. Latihan bala tentera akan sering berlaku di Asia Tenggara. Singapura akan menjadi ‘ kedai pomen’ untuk ‘ membaikai’ alat jentera yang rosak.

Tetiba - warga Malaysia telah  diberitahu  bahawa Inchek Barack Obama akan datang sekali lagi ke Malaysia. Kali ini Inchek Obama datang untuk meminta  tanah. Inchek  Obama bukan hendak membuka  ladang tebu atau  membuka kolam udang tetapi meminta kawasan  untuk pengekalan soldadu Amerika. Mustahil Inchek Obama datang untuk membeli petai dan tempoyak.

Bagaimana semua ini kait mengait dengan ISIS. Apa pula hubungan semua ini dengan Zionis Israel?

Saya nyatakan disini bahawa satu kesilapan jika kita gagal untuk melihat perancangan  global Amerika ini berkait rapat dengan Israel dan berkait rapat dengan ISIS.

Negara yang dipanggil Israel diwujudkan pada  tahun 1948. Israel adalah sebuah negara  yang diwujudkan oleh kuasa Anglo-Amerika. Bumi  Palestin telah dirampas dan dijajah untuk mendirikan apa yang dipanggil  Israel.  Negara yang bernama Israel ini sebenarnya adalah pengkalan tentera Amerika. Peranan Israel ialah memastikan bahan bakar petrolium dari Timur Tengah akan terus menerus sampai ke pasaran dunia.

Bahan bakar petrolium ini adalah asas ekonomi dunia hari ini. Jika tersekat, jika terganggu gugat pengaliran  bahan mentah  ini maka dunia kapitalis akan tutup kedai. Justeru  Israel dan kaum Zionis lebih diyakini oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjadi  polis yang setia di Timur Tengah.

Dasar Pertahanan  Amerika, dasar PNAC dan Yinon Plan - semuanya dalam kerangka yang sama. Semua ini adalah projek Zionis-Anglo-Amerika untuk mengawal dan mendominasi.
Minggu lalu secara tuntas telah dinyatakan bahawa ISIS ini bertelor, mengeram dan menetas dalam reban CIA - dalam kandang Amerika.  Sama saperti Zionis Israel, gerombolan Isis juga  sedang melunaskan dasar  dan  strateiji pertahanan Amerika.

Jika Isreal digunakan oleh imperialis Anglo-Amerika sebagai soldadu untuk menjaga dan mengawal Timur Tengah  maka ISIS sedang digunakan  sebagai samseng yang membuat huru hara.

Pasti ada pembaca yang akan merasa kurang senang apabila saya menyatakan secara jelas bahawa Isis ini adalah anak syarikat imperialis Amerika. Isis dengan retorik Islam, dengan bacaan ayat suci, dengan takbir  dan dengan niat untuk mendirikan sistem Khalifah  pasti ada pembaca akan menjadi terganggu dengan pernyataan saya.

Sebenarnya bukan susah sangat untuk memahami projek Isis ini. Mari kita lihat kembali sejarah Tanah Melayu.  Parti Komunis Malaya ( PKM) telah ditubuhkan pada tahun 1930. Tujuan PKM ialah berjuang untuk menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Musuh PKM ialah penjajah British.

Tetapi apabila Jepun melanggar Tanah Melayu ( 1941)  , British telah bekerjasama dengan PKM dalam usaha untuk menentang Jepun. British telah menghantar  senjata kepada gerila PKM. Selesai perang dan Jepun berundur  maka PKM dan British menjadi musuh kembali. Ini fakta sejarah.

Pekara yang sama berlaku pada tahun 1979 apabila Zbigniew Brzezinski - Penasehat Keselamatan  Negara Presiden Jimmy Cater ( 1977-1981) - telah menubuhkan Mujahiden di Afghanistan. Dari perancangan ini munculnya Al-Qaeda, Usama ben Ladin.  Dari reban yang sama munculnya  pula Abu Musab al-Zaqarwi, Jabhat al-Nusra , Isis  dan Abu Bakr al-Baghdadi

Di Afghansitan kumpulan-kumpulan dan suku kaum yang menentang kerajaan Kabul telah diberi latihan, dana dan diberi senjata oleh  Amerika. Peshawar di  Pakistan menjadi pengkalan Mujahiden.  Manakala Tok  Arab Ibni Saudi memberi dinar dan dolar untuk membeli senjata.  Ini juga fakta sejarah.

Hari ini mondus operandi yang sama sedang diguna pakai di Iraq dan Syria.  Pemainnya bertukar - kalau dulu yang bertempur ialah anak-anak muda Afghan - hari ini anak anak muda Arab. Malah dengan teknoloji internet jala Isis telah meluas. Jala ini telah berjaya memerangkap anak-anak muda Islam dari Eropah termasuk dari Malaysia.

Amerika dan kuncu-kuncunya  dalam NATO telah gagal untuk menjatuhkan Bashar al-Assad di Damascus. Ini kerana 1) rakyat masih menyokong Bashar 2)  Syria mendapat bantuan dari Russia dan Iran.  

Justeru Amerika memerlukan strateji baru. Straterji ini ialah dengan menggunakan gerila dan  gerombolan yang menentang Baghdad dan Damascus.  Kalau di Afghanistan pecah perintah mengikut suku kaum. Ada Tajik, Hazara, Baloch dana ada Pashtun. Suku kaum ini diadu dumba untuk memastikan mereka TIDAK akan bersatu menentang kuasa imperialis.

Di Iraq dan Syria - Sunni dan Shia menjadi strateji penting untuk pecah dan perentah. Manakala bangsa Kurdish juga mendapat bantuan dolar dan  senjata.

Secara global - melalui pandangan micro - maka kita akan melihat bahawa Isis ini hanya paku dan tukul dalam strateji  Zionis-Anglo-Amerika. Isis hanya alat sama saperti Mujahideen di Afghanistan. 

Alat dan pekakas ini diperlukan oleh kuasa imperial Amerika untuk terus mendominasi dunia. Amerika ingin mengawal dan menguasai dunia kerana  ingin  mempertahan sistem yang ada sekarang.

Sistem ekonomi kapitalis  yang wujud hari ini memberi nikmat kepada 1% warga dunia manakala 99% yang lain beramok sesama sendiri. Bergaduh tentang mazhab. Bergaduh tentang hudud. Bergaduh tentang dunia kayang-kayangan yang tidak berdiri di bumi nyata. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

---------------

11 ulasan:

  1. Hack of Netanyahu Chief of Staff Shows Israeli Control of ISIS

    “The ISIL terrorists have been brought from across the world to Syria and Iraq to build a promised land not for the Jews but, this time, for the Jihadis and terrorists,” Ahmad al-Daris told FNA.

    Noting that the methods used to empower the Takfiri system of the ISIL are similar to those used by the Zionists to create Israel on occupied Palestinian territories, he said that based on Talmudic rituals and the global Zionism’s rules, Palestine will turn into a promised land for the Jews, and Syria and Iraq as well as the entire Middle-East will turn into a territory for the Takfiris’ caliphate to protect Israel.

    http://www.veteranstoday.com/2015/07/11/hack-of-netanyahu-chief-of-staff-shows-israeli-control-of-isis/

    BalasPadam
  2. Piem Yunani dah kata, http://www.zerohedge.com/news/2015-07-14/tsipras-stunner-creditors-said-countries-under-bailout-there-no-point-holding-electi

    Nanti kita dapat benda yg sama boleh suruh sprm jaga ros aje...tak yah sibuk sibuk pasal eleksi...nanti takdak ereksi.

    BalasPadam
  3. Advice from retired Special Forces Master Sergeant Stan Goff for those considering joining the military.

    https://www.facebook.com/video.php?v=10153074415590983

    *
    **

    BalasPadam
  4. Cerita diatas hanyalah rekaan.karut pengarang.fakta sejarah tanpa fakta.
    Fakta sebenar syiahlah sekutu amerika dan israel yang kezaliman syiah disyria dan iraq telah memicu munculnya isis diiraq.
    Apabila saddam.dijatuhkan maka iraq diserah kepada syiah yang sememangnya pasti menindas.rompak.rogol,seksa dan bunuh puak islam sunni.
    Maka muncul isis melawan.kezaliman majusi syiah iraq,sehingga syria juga menzalimi warga sunninya.
    Isis menghantar aljaulani (jabhah nusrah)membantu warga sunni disyria yang dizalimi bashar asad.
    Adalah dangkal mengatakan isis ciptaan amerika padahal amerika terpaksa keluar biaya millian per hari untuk serang isis dan.jabhah nusrah.
    Munculnua isis terbukti adalah kerana dendam.dan.marah atas kezaliman sekutu amerika israel diiraq dan syria iaitu syiah terhadap warga sunni.

    BalasPadam
  5. Tanpa nama 3.27. Kamu menulis berdasar fakta, emosi, pengalaman, bacaan atau mimpi malam tadi. Sila baca banyak2 lagi.

    BalasPadam
  6. pelik betul tindakan isis (Israel special intelligence services) ni.

    brp byk musuh dia nak buat? dgn Russia pun dah tak boleh tahan. dijemput perancis (bom paris) dan cina (bunuh tebusan cina) pula.

    memang tak masuk akal tindakan. sasaran has no military or strategic value.

    apa2 pun, isis ni memang barua Israel. tu ari sorg colonel Israel ditangkap bersama2 isis di Iraq. senjata yg juga dirampas dtg dr turki.

    tu ari sorg putera Saudi kena tangkap seludup 2 TAN dadah captagion dlm pesawat peribadi dia di Lebanon. dadah tuk bekalan pengganas isis. dadah tu ada cop mohor kerajaan arab Saudi.

    yg paling haru, tu ari Russia bom 500 lori tangki isis yg bawa minyak mentah ke Iraq.

    Reporters at the briefing were shown the photos showing hundreds of fuel tank trucks form a column.

    Hundreds of fuel tank trucks are delivering thousands of tons of crude oil for refining to Iraq and the fuel they sell then is one of the main sources of their financing.

    “In the first several days alone, our warplanes destroyed about 500 fuel tank trucks,” Gen Kartapolov said.

    yg terbukti isis ni barua Israel ialah petikan ini:

    "Oil tanker fleet heading to Iraq in BROAD DAYLIGHT under watchful eye of AMERICAN SATELLITES."

    operasi rompak minyak syria ini sudah berjalan bertahun2 tp amerika buat2 tak nampak.

    kalau bomb flash, satelit amerika boleh kesan, konvoi beratus2 lori ni amerika tak nampak? begitu juga, tak nampak sapa tembak MH17?

    BalasPadam
  7. - lu punya article sudah buktikan orang arab islam cukup bodoh
    boleh dipeguna oleh Kafir, In buktikan Islam ini agama yang dipegang Pak ARab memang sia sia jatuhkan islam sendiri
    Boloh .. Boloh .. Boleh ,lawan kafir tapi caya kafir
    Pordah Otak Pak Arab !

    BalasPadam
  8. Anonymous di atas 3:27 adalah wahabi... isil, isis adalah wahabi salafi takfiri

    Fahaman wahabi diasaskan oleh seorang freemason yang bernama Mr. Hempher. Kemudian fahaman ini dikembangkan oleh Muhammad Abduh Wahab....

    BalasPadam
  9. Korang yang dok komplen syiah la, wahabbi la, ahmad b la, korang sendiri membuktikan hujah penulis..

    BalasPadam
  10. Kesian kat Anon 3.27 PG. Pemikirannya hanya tertumpu kpd dua pihak shj tanpa memikirkan bahawa ada pihak ketiga yg merencana.

    BalasPadam
  11. melayu mmg pukimak bodoh smpai ke mampos..syiah jgk yg jahat kau tnggu je la..incik putin tolong kasi bom melayu satu kali plsss

    BalasPadam