DARI ARKIB
KENAPA iSIS
DIWUJUDKAN
Minggu lalu saya telah memulakan pencerahan tentang ISIS. Pasti masih ramai yang tertanya-tanya adakah apa yang saya paparkan itu benar. Pasti ada juga yang menyangkal apabila saya nyatakan bahawa Isis ini bertelor , menentas dan dieramkan oleh CIA - badan perisik Amerika.
Pasti ada yang berkata - MUSTAHIL - satu gerakan Islam yang berjuang untuk mendirikan sistem Khalifah diwujudkan oleh lembaga kafir. Mustahil ini berlaku. Semua ini fitnah dan tohmah oleh sosok-sosok yang anti-Islam.
Untuk menjawab semua kesangsian ini saya hanya mengajukan satu soalan sahaja : Kenapa hingga ke hari ini Isis tidak pernah menyerang Zionis Israel?
Isis telah melintas Jordan, melintas Mesir dan melintas Libya - masuk ke Tunis untuk menyerang Hotel Marhaba di Tunisia. Isis melintas Isreal untuk ke Sinai dan menyerang Mesir. Isis menerbus ke Selatan Iraq untuk menyerang Masjid Imam Sadiq di Kuwait. Isis masuk ke utara untuk menyerang Syria.
Pelik tetapi benar negara Zionis Israel tidak pernah di ganggu gugat walau pun Isis heboh dengan retorika menghancurkan Zionis dan kaffir. Justeru siapa sebenarnya Islamic State of Iraq dan al-Sham ini?
Untuk memahami politik dunia bukan satu yang susah. Kita tak perlu belajar Sains Politik di Universiti Yale atau Havard atau Westminster Universiti London. Yang wajib kita ketahui ialah politk adalah ekonomi. Perebutan politik adalah perebuatan kuasa. Merebut kuasa politik bertujuan untuk merebut ekonomi.
Pilihanraya, siapa jadi Presiden atau siapa jadi Perdana Menteri, atau dimana ada rampasan kuasa, ada perang berlaku, ada kumpulan pengganas, ada gerila mahu jatuhkan kerajaan - semua ini adalah bentuk-bentuk perebutan kuasa. Merebut kuasa untuk merebut punca-punca ekonomi.
Kuasa politik dunia hari ini didominasi oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Inilah kuasa bala tentera yang terkuat dalam dunia. Inilah kuasa hegemon yang mencatur politik dan ekonomi dunia hari ini.
Ekonomi dunia hari ini mengamalkan dua sistem ekonomi. Satu ekonomi sosialis dan satu lagi ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis dikepalai oleh Amerika. Sistem ekonomi sosialis diguna pakai di Korea Utara, Cuba, Venuezula. Musuh sistem ekonomi kapitalis ialah sistem ekonomi sosialis.
Pertempuran politik dunia hari ini hakikatnya ialah pertempuran sistem ekonomi kapitalis yang mahu menundukkan sistem ekonomi sosialis. Kaum pemodal kapitalis mahu menghalang negara-negara dalam dunia dari mengamalkan sistem ekonomi sosialis.
Sistem kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk individu. Sistem sosialis berkiblatkan keadilan dan kesejahteran ramai lebih penting dari keuntungan maksima individu. Dua sistem ekonomi ini bertentang iman dan akidah.
Perang Dingin antara blok Soviet dengan blok Amerika ialah pertempuran dua idealoji, dua pendekatan dalam usaha untuk menyusun masyarakat. Sistem ekonomi kapitalis tidak akan membenarkan sistem sosialis muncul kerana sistem sosialis yang mengajukan kebajikan ramai.
Sistem ekonomi sosialis akan menghalang niat cita-cita kaum kapitalis untuk mendominasi punca-punca ekonomi dunia. Sistem ekonomi sosialis akan melawan dan menghapuskan kaum kapitalis yang memerah tenaga kerja kaum buruh untuk keuntungan maksima.
Perang Dingin yang dikatakan telah tamat satelah Tembok Berlin runtuh kini telah bemula kembali. Apa yang kita lihat hari ini adalah sambungan Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Russia. Apa yang sedang berlaku dalam politik dunia hari ini ialah perlawanan dua sistem ekonomi ini.
Maka timbul persoalan - apa sangkut paut semua ini dengan Isis?
Jawabanya senang sahaja. Isis adalah salah satu peluru yang digunakan oleh Amerika sebagai senjata untuk menewaskan Russia. Isis menjadi senjata perang Amerika untuk membantai sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkan sistem ekonomi kapitalis.
Perang Dunia Pertama berpunca dari perebutan wilayah. Perang Dunia keDua berpunca dari perebutan wilayah, bahan mentah dan pasaran. Perang Dunia keDua kalau dikaji rapi akan terbukti tidak pernah tamat hingga ke hari ini. Perang Dunia keDua berpindah ke Korea, ke Vietnam, ke Afghanistan, ke Bosnia, ke Kesovo, ke Iraq, ke Syria dan kini baru bermula di Ukraine.
Kuasa imperialis Anglo-Amerika masih lagi meneruskan perang untuk merebut bahan mentah dan pasaran. Bahan mentah yang sedang menjadi rebutan utama ialah bahan bakar petrolium. Bahan mentah ini masih banyak tersimpan dalam perut bumi di Saudi, Iraq dan Iran. Telaga minyak dan pancutan gas berselirat dalam negara ini.
Pada tahap ini dilihat jelas bahawa kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menggunakan Isis. Agenda utama Isis ialah mengharu birukan bumi Arab. Isis hanya paku dan punat dalam satu stratiji jangka panjang kaum Zionis yang didokong oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemikir Zionis telah melakar satu rancangan untuk memecah-mecahkan negara di bumi Arab.
Strateji yang di panggil Yinon Plan atau Rancangan Yilon. Mengikut perancangan Iraq akan pecah tiga - Iraq Sunni, Iraq Shia dan Iraq Kurdish. Syria juga akan terpecah dengan wujudnya Republik Kurdistan. Rancangan memecahkan negara-negara ini bukan satu yang baru.
Kuasa imperialis Anglo-Amerika telah berjaya memecahkan negara di Eropah Timur. Negara saperti Czechoslovakia pecah menjadi Republik Czech dan Slovakia. Negara Yukoslavakia hancur. Yang dimunculkan negara-negara kecil saperti Bosnia, Mercedonia, Montenegro dan Kosovo. Ini taktik pecah dan perentah. Negara kecil senang di kawal dan akan menurut kata.
Apakah dia Yinon Plan atau Ya’alon Strategy atau Rancangan Yinon ini?
Apabila kita membincangkan Timur Tengah dan Negara Arab ada dua pekara akan muncul : minyak dan Israel. Israel dan minyak ini kait berkait. Sistem ekonomi kapitalis perlukan minyak untuk bernafas. Manakala Israel pula menjadi soldadu yang setia untuk menjaga dan mengawal telaga minyak di wilayah Arab.
Dalam Yinon Plan (1) Jika Israel mahu terus wujud Israel wajib menjadi kuasa regional di wilayah Timur Tengah, (2) negara-negara Arab yang sedia ada wajib dipecah-pecahkan.
Dua pekara ini adalah induk dalam strateji pertahanan jangka panjang untuk keselamatan Zionis Israel. Maka dari sinilah dimunculkan Isis untuk membuat kacau. Isis menetas dari sarang CIA dilatih untuk mengadu domba antara Sunni dengan Shia. Antara Arab dengan Kurdish. Perbezaan mazhab dan suku kaum sedang digunakan untuk memastikan negara Arab terus berpecah dan lemah.
Iraq satu-satunya negara Arab yang besar, kaya dan membangun dibawah kerajaan yang mengamalkan ciri-ciri ekonomi sosialis telah diserang sebanyak dua kali. Pertama tahun 1990-1991. Kali kedua tahun 2003-2011. Sebelum Iraq di serang , selama 8 tahun Iraq dan Iran telah berperang.
Tujuan perang Iraq-Iran cukup jelas - untuk melemahkan dua negara yang menjadi musuh kepada Israel. Dua negara ini memiliki keupayaan tentera dan ekonomi untuk menyerang Israel.
Perang Iraq-Iran - September 1980 hingga Ogos 1988 - ini adalah sebahagian dari perancangan tersusun kaum Zionis-Anglo-Amerika.
Pada ketika ini rancangan untuk memecahkan Iraq sedang berjalan lancar. Di bahagian utara Iraq kini menjadi wilayah Kurdish dimana sentimen mahu berpisah dari Iraq semakin kuat. Sentimen ini diyakinkan dengan jumlah terlaga minyak yang ditemui dalam wilayah Kirkuk Kurdishtan. Kuasa Baghdad keatas wilayah Kurdish semakin berkurangan.
Manakala dalam kota Baghdad daerah dan mukim yang diduduki oleh warga Sunni telah diambil alih oleh warga Shiah. Warga Sunni tesepit antara wilayah Kurdish di utara dan wilayah Shiah di selatan. Iraq jelas telah terbahagi tiga. Ini adalah Rancangan Yilon. Ini tidak pernah difikirkan akan berlaku ketika Iraq dibawah Saddam Hussein. Iraq di bawah Sadadm adalah Iraq bersatu.
Gaduh sana, bom sini, pancung sana, ledakan sini, bunuh sana dan bunuh sini - apa makna semua ini?
Jumlah warga yang gugur di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Syria saban hari bertambah. Setiapa hari puluhan kematian warga negara-negara ini TIDAK akan kita ketahui. Saban hari bom meledak di Kabul, di Bahgdad, di Ramadi, di Mosul, di Allepo atau di Damas - tidak akan menjadi ‘news’ kepada media Barat.
Hakikatnya perang sedang berlangsung. Perang berjalan bukan ditepi rumah kita maka kita tidak tahu dan kita tidak ambil pot. Bagaimana pula dengan negara Arab dan negara Islam yang lain?
Bila soalan ini ditanyakan maka saya akan mengsahehkan bahawa politik ini tidak ada sangkut paut dengan agama, dengan bangsa atau dengan bahasa. Politik ialah ekonomi. Bangsa, agama dan bahasa ini hanyalah alat untuk mengolah persetujuan dalam usaha merebut ekonomi.
Dunia menjadi takut dan loya apabila membaca atau melihat keganasan yang dilakukan oleh Isis. Keganasan atasa nama Islam ini tidak mungkin dapat dijalankan tanpa senjata dan dana. Tanpa Saudi , Qatar, Kuwait, Negara Telok dan Turki memberi dana mustahil Isis dapat membeli senjata.
Membeli senjata dari mana? Tanpa persetujuan Amerika dan Israel mustahil senjata dapat dibeli. Pusing punya pusing kita sampai kembali kepada punca segala punca - Amerika dan Israel. Pusing punya pusing kita hanya bahan mainan yang telah dirancang oleh kuasa imperial Zionis-Anglo-Amerika.
Pusing punya pusing kita wajib bertanya kepada Isis - kenapa Zionis Israel tidak pernah diserang? (TT)
NOTA: Yinon Plan adalah
dari nama Monshe Ya'alon
Ketua Risikan tentear Israel (1992-1998)
Ketua Agong Tentera Israel (2002-2005)
YB Likud Parti ( 2009-2013)
Menteri Pertahan semenjak 2013
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar minggun ini
sial pukul talipon:
03- 92-21-3045
---------------
Ala TT tak yah pegi jauh kat malaysia ni pun dah banyak jadi yahudi.Melayu jenis ngok namanya umngok adalah yahudi nombor satu yang harus kita perangi.Mana ada ketuanan melayu?pi lanhowsla sembang macam kepala butoh.Kepala Yahudi yang jelas adalah Najib Razak.Tidak masakan dia selalu main golf dengan presiden kapir amerika barrack Obama. Pi lanchowlah melayu. Bangang macam haramjadah.
BalasPadamELOK LAH ADA ISIS
BalasPadamESOK ADA OSOS
LUSA ADA BAHALOL
Semua semua peperangan untuk hapuskan bebudak bahalol yang bagi banyak masalah pada pemimpin dunia
Industry Peperangan perlu buat duit jugak
Industry Keranda dan Kain Kapan perlu di kembang kan jugak
Jangan salah kan yahudi buta buta
Nak HARAP MELAYU cipta Bank Bank tak akan wujud punyea
MELAYU tipu Bank Bank sampai pekerja Melayu kena buang dan Bank TUTUP tu anytime MELAYU BOLEH
Bahalol
Bila dah rasa pemikiran diri hebat, mulalah nak menjaja fitnah sana sini...x tau lebih baik diam....sbb org cam tuan punya blog lah is ssh nak masuk palestin...inshaallah dgn izin allah, akan sampai di bumi quds...
BalasPadamMasih ada ramai umat melayu masih stim dgn islamisasi ni. Amalan camsial dah sebok nak berjihad. Sbb tu la anak bini adik kakak pun lintang pukang sana sini. Tu baru berbagi harta peninggalan org tua. Yg ni pun blom lulus lagi ujian, dah kalot nak gi berperang.
PadamSyam, aku tertanya sesuatu....kalau negara keliling israel adalah sekutu kuat israel termasuk la saudi tu, dan negara2 tu pulak memiliki peralatan perang yg sangat banyak....adakah wajar IS menyerang israel ketika ini? Atau lumpuhkan dahulu kekuatan sokongan israel dan endingnya serang israel.
BalasPadamAku tak sokong mana2 pihak, cuma terpikir buah catur dan dam haji kedai kopi.
Hampir semua ulama dunia xsokong IS. Maybe sebab ditetaskan CIA, tapi tak da 1 pun yg berani kedepan halang. Masing2 main 'tuju2' dengan perkataan sahaja. Tapi tak berani nak bentuk kumpulan halang IS. Pelik.
Msia ni pemimpin negara jahat2 belaka....depa tak setuju IS. Depa lawan. Tapi.....dah semua duduk side lawan IS, otomatik macam duduk side bush masa perihal kes serangan twin tower NY dulu. Hahaha.
Penulis hanua guna imiginasi dalam mengatakan.isis adalah hasil dari cia.
BalasPadamIsis tidak serang israel kerana menghapuskan musuh dalam.selimut(syiah dan.para munafik)lebih perlu sebelum menyerang induknya.(israel)
Menghapus musuh dalam.selimut lebih utama jika.ingin.kejayaan terhadap perang apapun.
Saya tidak menyokong isis tetapi kenyataan terbentuknya isis adalah dari kezaliman syiah nuri almaliki yang mendapat restu kuasa dari amerika kemudian menzalimi rakyat sunninya.isis adalah hasil dari kekejaman itu.mereka bangkit untuk membalas dendam sehingga memaksa amerika turun tangan.mempertahankan antek syiahnya diiraq itu.
Tuan TT,
BalasPadamAnon 9.28 PTG kata tuan hanya guna imaginasi. Dia sendiri pulak kata ISIS tak serang Israel kerana nak hapuskan musuh dalam selimut dulu.. kah..kah..kah hayalan apa ni?