Pas kekal jadi pembangkang kerana Peristiwa Memali
SHAH ALAM – Pas menegaskan parti Islam itu akan terus berperanan sebagai pembangkang dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan Umno dan BN kerana tragedi pembunuhan beramai-ramai ahli dan pimpinannya dalam peristiwa Memali yang genap 30 tahun, hari ini.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tragedi malang itu menjadi titik tolak kepada parti Islam itu untuk konsisten tidak akan menyertai parti pemerintah kerana kes itu tidak diadili di mahkamah, malah keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan.
Peristiwa Memali ini tetap dikenang sebagai lambang kezaliman kerajaan Umno-BN ke atas pimpinan dan ahli-ahli Pas. Sejarah sedih ini tetap tidak akan dilupakan walaupun kerajaan pernah mengeluarkan arahan melarang majlis memperingati peristiwa sedih ini.
“Meskipun 30 tahun sudah berlalu, kezaliman Peristiwa Memali ini akan tetap dituntut di akhirat. Pemimpin yang terlibat dan pasukan tentera yang menjadi alat kepada tindakan zalim ini mesti diadili,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Tuan Ibrahim, hari ini tercatat dalam sejarah sebagai hari yang sangat menyayat hati 30 tahun lalu di Kampung Siong, Memali Baling Kedah.
Seramai 14 penduduk kampung terkorban mempertahankan Ibrahim Libya dalam peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.
“Hak mereka mesti dikembalikan. Pemimpin yang terlibat mesti dihadapkan ke mahkamah dunia sebelum mereka dihadap ke mahkamah ALLAH di akhirat.
“Sementara peluang masih terbuka, Pas berharap mereka yang terlibat bertaubat, memohon maaf kepada waris yang terlibat dan ganti rugi mesti dibayar,” katanya lag
--------------
Boleh percaya ka...
BalasPadamaikkk... pulak dah. kata umno xsejahat Firaun.....
BalasPadamaisehman tuan ibrahim pegi bukak memali massacre pulak
BalasPadambaru je mahafiraun nak beli insuran, ini sudah kacau premium
hahaha
Aiyoyo. Kiri kanan depan blakang semua kena hemtan. Pas tak sakit dan bangkit. Hahadidi syiok sendiri.
BalasPadam