Khamis, 12 November 2015

SATU AMAL JARIAH









AMAL JARiAH


JAMiL KHiR




NOW dakwa keluarga pemimpin Wanita Umno Kelantan raih pendapatan RM80,000 sebulan 

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini sekali lagi mendedahkan kepincangan sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan serta keluarganya mempunyai 14 jawatan berbeza dalam yayasan itu, memperoleh pendapatan hampir RM81,700 sebulan.
Wanita Umno yang berada di kedudukan kedua tertinggi di yayasan tersebut menerima gaji dan elaun RM45,500 sebulan dengan memegang 7 jawatan, manakala anak lelakinya turut memegang jawatan sebagai pengarah, dan menerima gaji dan elaun bulanan RM31,200.
Bukan itu sahaja, suami wanita berkenaan turut dilantik menjadi fellow yayasan itu dengan dibayar elaun RM5,000 sebulan.
"(Maklumat) ini pun merupakan pendapatan tahun lepas. Tahun ini mungkin ada kenaikan.
"Perkara itu disahkan melalui surat elaun bulanan," kata Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. 
Pada sidang media itu, Akmal turut mendedahkan beberapa bukti dalam bentuk surat pengesahan elaun bulanan, carta organisasi yayasan dan surat tawaran lantikan jawatan.
NGO itu turut mendedahkan seorang lagi individu yang memegang 12 jawatan, termasuk berstatus presiden dan pengerusi, memperoleh pendapatan RM73,000 sebulan.
Justeru, NOW menggesa perkara tersebut diperjelaskan, memandangkan tugas mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.
"Sebaliknya, mereka menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku?" soal Akmal.
Yayasan itu berada di bawah pengawasan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam,  Jamil Khir Baharom
Beliau setakat ini tidak memberi sebarang respons kepada panggilan dan mesej dari The Malaysian Insider bagi menjawab dakwaan dibuat NOW itu.
NOW akhir-akhir ini sering membongkar kegiatan rasuah oleh yayasan berkaitan kerajaan tersebut yang menerima sumbangan dari orang ramai dan juga geran kerajaan.
Awal minggu ini, NOW mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam menyalurkan RM223,000, kononnya bagi program kemasyarakatan ketika pilihan raya kecil Rompin pada Mei tahun ini, tetapi sebaliknya ia disalurkan kepada seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan.
Pemimpin Wanita Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyalahgunakan dana bantuan banjir yang diamanahkan kepada yayasan itu untuk mangsa banjir di Kelantan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/now-dakwa-keluarga-pemimpin-wanita-umno-kelantan-raih-pendapatan-rm80000-se#sthash.6piNoO71.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ini namanya 
perniagan kaum keluarga
ini namanya 
syarikat anak beranak
ini namanya
syarikat abang adik
kah kah kah
yang cilakanya
duit kita kena rembat
kah kah kah

iHUP MELAYU

-------------

5 ulasan:

  1. Rembat lah kamu sebelum di rembatkan....itu pegangan ahli umno wal rasuah...

    BalasPadam
  2. orang lain jangan jeles.. nanti presideng sotong sutut nanti baru tau.malam jumaat ni, presideng sotong akan naik ke langit.mengusulkan apakah tujuan wang itu diturunkan melalui langit berperantaraan jamil khir..warga diharap bersabar.presideng sotong juga akan bermseyuarat dengan wali2 sedunia di mekah ataupun di taman syurga di madinah bagi mdapatkan restu dan nasihat.sesunguhnya apa jua kata yg keluar dari mulut presideng sotong, adalah kata2 dari tuhan.mengkritik akan ia, bermakna mkritik tuhan.wajib la sedar bahawa anda sume dijdkan oleh tuhan.tunduk dan patuh la seruan ni..kuikuikui..

    BalasPadam
  3. Dizaman empayar islam berada dipesada dunia, atau apa juga empayar yang masyur dan kuat, perlakuan cilaka anak beranak yang meterdarah hasil rakyat dan negara ini hukumannya adalah DI BUNUH seluruh keluarganya dibakar dan abu bangkainya dibuang ke laut.

    BalasPadam
  4. Ini contoh org cerdik. Guna agama utk kaut untung. Yg bangang adalah penderma sebab percayakan melayu umno utk jaga amanah.

    Aku takde laa nak derma ke puak puak tu, potong2 gaji bagai. Kau rasa nak menderma atau nak bayar zakat, terus jer baik duit pada yg berhak... diulang 'yang berhak'.

    Pejadah laa bangang potong gaji tiap2 bulan bayar ke yapiem, lepas tu berangan masuk Sorga!! Kah kah kah bodoh!

    BalasPadam