Isnin, 23 November 2015

SELAMAT KAN MALAYSIA






CAWANGAN

BANGUN

MALAWAN
KOMENTAR
semakin banyak cawangan
semakin ramai ahli parti
merasa tidak puas hati
dengan presiden parti
mereka beramai ramai
menuntut najib undur

kocak anti najib jadi ombak
ombak sedang membesar
kelihatan semakin meluas

ngo telah bersuara
bersih telah berdemo
kita lawan telah berdemo
yb telah bersuara
bekas piem telah bersuara
bekas menteri bersuara
sulatan dan raja telah bertitah

kini semua terpulang kepada
ahli parti ketuanan melayu
satu malaysia berharap
ahli parti ketuanan melayu
akan menyelamtkan malaysia


Lebih 200 lagi ketua cawangan akan tegur Najib

PUCHONG - Lebih 200 lagi cawangan Umno dipercayai akan mengadakan protes kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan dalam satu majlis khas Jumaat ini.

Pendedahan ini disuarakan Ketua Umno Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Amidon.

Mohd Said berkata, perkara ini dijangka akan menjadi satu protes lebih besar kepada Najib.

"Selangor sahaja ada 22 bahagian Umno, sekurang-kurangnya 10 cawangan setiap bahagian akan bersama kami dalam bantahan ini.

"Ramai ketua-ketua cawangan menyatakan persetujuan untuk bersama dalam majlis berkenaan nanti," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau ditemui ketika mengadakan sidang media bersama 22 lagi ketua cawangan Umno dalam bahagian Puchong menegur kepimpinan

Dalam pertemuan berkenaan, beliau juga menegaskan tindakan mereka ini tidak mendapat sebarang habuan daripada mana-mana pihak, sebaliknya adalah tindakan mereka sendiri.

"Jangan salah anggap dengan tindakan kami ini seolah-oleh akan memburukkan parti, kerana sayangkan parti lah kami buat semua ini.

"Kami ini bukan hanya ahli Umno, tetapi orang Umno yang bersedia dengan apa jua tindakan, kami tidak gentar," tegasnya.

KAH KAH KAH
woit
jangan ingat semua ahli
parti ketuanan melayu bebal
masih ada yang jujur
masih ada yang bernai
masih ada yang bersuara

SUARA LAGi

-------------

2 ulasan:

  1. Bersuara la sbb nak mentekendarah pun dah semakin susah. Cuba hidup senang lenang mcm Nong Chik da Shahrizat Lembu..dok diam2 la sbb dah kenyang boyot dah laki bini anak beranak..

    Biaq derang terperangkap sendiri dgn sistem ciptaan derang sendiri. Tgh kaya buleh la melenggak. Duit ni kejap ja abes.. 5-6 juta duit x berkat ni.. kejap ja abes.. lps tu jadi selipar buruk la

    BalasPadam
  2. Dalam umno paksi kehidupan mereka adalah duit .. duit yang datang dgn apa carapun adalah halel, boleh guna buat umrah .. jika duit tak datang mereka akan bising dan protes dan nyanyi lagu Iwan Fal "bongkar". Dah dapat duit .. otomatik mereka kata Najib lebih baek drp Cedet.

    Cara paling senang dapat duit adalah dengan melayu tipu melayu .. bila melayu yg kena tipu bising, maka dikatakan cina dan keling yang buat .. kahkahkah.

    BalasPadam