SAJE TANYA
JANGAN
MARAH
ADAKAH BENAR YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) MILIK YaPEIM DINAUNGI OLEH HAJJAH ROSMAH MANSOR?
Saya telah membuat beberapa siri pendedahan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana program-program luar negara yang dirasmikan oleh Tuan Haji Jamil Khir Baharom, Menteri Hal Ehwal Islam termasuk di Washington D.C, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis yang dibiayai menggunakan wang YaPEIM telah disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).
National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan bertarikh 27 April 2009 yang bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.
Berdasarkan laporan tersebut, Hajjah Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Tuan Haji Jamil Khir.
Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu sebanyak RM 4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak RM 5 juta.
Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.
Ini menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Tuan Haji Jamil Khir seperti berikut:-
1. Benarkah Hajjah Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada PEMANGKIN?
2. Apakah rasional Hajjah Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?
3. Adakah benar penubuhan PEMANGKIN adalah sebagai usaha bagi menangani masalah anak yatim dan miskin?
4. Apakah rasional untuk PEMANGKIN terlibat dengan penganjuran Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan di luar negara?
5. Berapa ramai anak yatim dan miskin yang dapat dibantu oleh PEMANGKIN sekiranya wang YaPEIM tidak dibazirkan untuk perbelanjaan program-program luar negara dan sebaliknya digunakan untuk tujuan amal jariah anak yatim dan miskin?
Berdasarkan fakta yang dikemukakan, ini jelaslah menunjukkan apa-apa sumbangan atau wang yang diterima atau disalurkan kepada PEMANGKIN termasuk duit orang ramai dan dana daripada YaPEIM adalah untuk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah bantuan anak yatim dan miskin.
AKMAL NASIR - NOW
------------
Padan lah BADAK tak ber kubang kat KOLAM IKAN KELI
BalasPadamBadak pon pandai main kat SUNGEI KLANG...
KELI NIGERIA lago power OK
Mana bebudak Bahalol suka derma air je SUNGAI KLANG ??????
Kepala Otak.
Kah kah kah...lantik Vincent tan jadi jaga duit lagi bagus
BalasPadam