BETUL KE
ADA TUJUH
RIBU ORANG
SAJE TANYA
JANGAN
MARAH
7 ribu UMNO cawangan desak perubahan pimpinan parti
PETALING JAYA: 81 ketua UMNO cawangan dari lapan UMNO Bahagian Johor menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendesak supaya perubahan dibuat dalam pimpinan tertinggi demi kebaikan parti.
Mereka mendakwa lebih banyak gerakan besar-besaran akan dibuat di mana tujuh ribu UMNO cawangan seluruh negara akan berbuat demikian selepas merasakan diri disisih.
“Kami tak mahu Presiden dan orang-orang Presiden menggadaikan masa depan kami,” kata Ketua UMNO Cawangan Kulai Jaya 2, Zainuddin Abdul Hamid.
“Berdasarkan maklumat risikan yang kami ada, sudah 200 cawangan bersama kami dan selepas perbincangan ada tujuh ribu lagi cawangan termasuk dari Sabah,” tambahnya.
Dia berkata semua cabang yang hadir bersamanya terdiri dari Bahagian Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Pagoh, Labis, Kulai, Segamat dan Kluang.
Mereka menafikan tindakan itu dibuat ekoran khabar angin kononnya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dipecat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu petang Selasa.
Mereka turut menafikan dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan dalam media semalam bahawa kesemua ketua-ketua cawangan yang ‘anti Najib’, didana oleh pemimpin tertentu.
“Ku Nan (Tengku Adnan) keluar kenyataan kata kami didana. Bagi kami itu adalah pembohongan.Kita tetap dengan perjuangan atas nawaitu kita sendiri.
“Kenyataan Setiausaha Agong UMNO (yang) menyatakan kami didalangi mana-mana pihak dan dibiayai adalah kenyataan tak berasas dan tak bertaggungjawab. Kami bergerak guna kudrat dan kemampuan kami sendiri atas niat pertahankan bangsa Melayu dan Malaysia,” tegas Zainuddin.
Mesyuarat MT UMNO pada Selasa dijangka ‘panas’ berikutan khabar angin bertiup kencang beberapa tindakan bakal diambil terhadap Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Mohd Shafie Apdal dan beberapa lagi yang dilabel sebagai ‘pemberontak’ dalam parti.
Minggu lalu, beberapa ketua UMNO dari Bahagian Teluk Kemang dan Sepang mengadakan sidang media melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Najib.
KAH KAH KAH
woit
kalau betul
ini hebat mebat
ini gempak mempak
ini baru betul
pejuang anak bangsa
ucapan syabas
yang berani dihormati
BARU BETUL
--------------
7,000 lawang 3,000,000 .. macang 300 peringgi lawang 150,000 hulubalang melaka .. macang 2 juta israel lawang 1000 juta islang.
BalasPadampening woit..dah ramai mintak derma kah kah kah
BalasPadamjika anda berniat membeli rumah. Tangguhkan dahulu 1~3 tahun kerana
BalasPadam1. kerajaan tengah berpesta meluluskan projek perumahan akibat margin untung sehingga 500%
2. pemaju, bank & kerajaan termasuk kerajaan PAS, PKR turut bersekongkol supaya kita tak boleh jual rumah pada harga pasaran & pembeli cuma boleh beli dengan pemaju sahaja.
3. birokrasi akan diperketatkan untuk menyusahkan pemilik rumah menjual aset mereka
4. Akibat margin yang tinggi ini telah berlaku lambakan tawaran (di mana ada tanah, kerajaan akan luluskan)
5. Rancaknya pembinaan ini bukan hasil dari permintaan tetapi dari agen hartanah yang terlebih dahulu membeli secara pukal.
Ini semua BON BON MUALAF ke ????
BalasPadam