JENG JENG
JENG
Ketua UMNO cawangan rancang himpunan desak Najib berundur
PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara merancang mengadakan perhimpunan besar-besar bulan hadapan bagi mendesak Najib Razak meletak jawatan.
Ketua UMNO Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin berkata, kira-kira 5,000 ketua cawangan telah menyatakan sokongan itu dan yakin satu perempat ketua UMNO cawangan menyokong rancangan itu.
Katanya, mereka belum menetapkan lokasi perhimpunan itu.
“Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam UMNO kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua UMNO cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Mohd Isa berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama 34 ketua UMNO cawangan bagi mendesak secara terbuka Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO di Port Dickson, pada Sabtu.
Ketua UMNO cawangan itu dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah.
Mohd Isa berkata, 34 ketua UMNO cawangan itu sebulat suara mendesak Najib meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu.
Katanya, semasa peralihan jawatan antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan tinggi.
“Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan UMNO.
“Kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden, Naib Presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli UMNO yang tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya.
Sebelum ini, sebanyak 13 ketua UMNO cawangan di Teluk Kemang dan 20 ketua cawangan di Sepang membuat desakan terbuka agar Najib meletak jawatan
KiTA TUNGU
DAN LiHAT
KAH KAH KAH
--------------
Beg2 itam mula bertukar tangan. Happy Ending. Khalas.
BalasPadamTu je kalo sebut natang UMNO ni. Perjuangan bangsa dan agama = untuk perut2 buncit ja.
Bagi habuan $$$ diam la semua tu. Dasar puak cari makan cara mudah. Gempak nak duit jer tu TT. Jangan percaya cakap dorang tu!
BalasPadamEsok Lusa Bebudak Bahalol akan ke Bank Bank lah gaya nya macam Hari Raya Puasa jugak lah
BalasPadamBulan depan ada pulak yang bahalol ambil kereta baru dan Bini Janda Muda
Kata nya Rezeki TUHAN jangan di tolak
Kepala Otak !!!!!!!!!
Bebudak Bahalol nak kaya ber gaya tapi juta juta Melayu papa kedana miskin terus
Ini semua Ajaran Apa Ke Bende ????
Kepala Otak !!!!!!
Bodoo betuL budaK umnQ niiii...Obama nathanyahooo percaya sama najik, siap men goLf Lagi...bebudak umnQ puLak xvcaya najik
BalasPadamnampak gaya beg kena bagi lagi...penat jaga duit nie woit kah kah kah..sejak dunia tahu wang derma masuk akaun semua nak mintak share beb kah kah kah...demo demo nie semua acah acah je...mintak pakar perunding mai jumpa..bincang berapa perlu dibayar...bincang berapa kena huluq kah kah kah...mampoooosssssss
BalasPadam