Rabu, 18 Mac 2015

PEJUANG DIPENJARA 10 BULAN





SOKONG

 OKZ13



1. Ameerah Malaysia melahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah rayuan putrajaya hari ini yg menjatuhkan hukuman penjara terhadap aktivis demokrasi, OKZ 13.  

2. Ameerah Ameerah Malaysia menganggap hukuman ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi rakyat yang berjuang menuntut keadilan.  

3. Sudah pasti situasi ini akan memburukkan lagi kondisi demokrasi di Malaysia setelah akhir akhir ini kita menyaksikan satu persatu pemimpin politik dan aktivis rakyat ditangkap hanya kerana mereka mempraktikkan hak kebebasan bersuara yg dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.  

4. Ameerah Malaysia menyatakan solidariti bersama2 mangsa kezaliman ini dan mendoakan agar kesemua 13 mangsa terutamanya pihak keluarga akan terus kuat dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan.  

Fareedah Samad, 
Pengerusi Ameerah Malaysia,  
Dewan Muslimat Pas Pusat

"Menerajui Perubahan Generasi Baru"

"Happy Women for a Happier Malaysia"



---------------

PETANG SABTU DI SOGO













SABTU SOGO
 


-----------------

MALAM INI DI KUANTAN







MALAM INI
di pusat komuniti
dun semambu
jalan haji ahmad
KUANTAN




RADIO 

BANGSAR
 buat siaran lansung
dari 
KUANTAN







-------------

SEJARAH PERAK







MALAM INI

KAJANG



KOMENTAR
jangan lupa dengan sejarah
jangan lupa apa yang telah terjadi
ingat tentang kerajaan perak runtuh
runtuh adun pkr kena diperas ugut
dengan projek lendir china doll

kalau perak dirampas kembali
mustahil  gerombolan ketuanan melayu
dan kuncu kuncunya 
akan membolehkan PAKATAN RAKYAT
mengambil alih malaysia dalam PRU14

ini sekolah politik
dan 13 pejuang ini
ada guru yang memberi
kuliah politik kepada kita


13 penunjuk perasaan bantah pelantikan 

MB Perak dipenjara 10 bulan 


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 13 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.
Semua 13 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/12-penunjuk-perasaan-bantah-pelantikan-mb-perak-dipenjara-10-bulan#sthash.iYVJ6gMg.dpuf


---------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA





LETAK 

JAWATAN


PECAH 

BERITA
atas desakan 
dari orang ramai
tertutama dari para kartonis
zunar
maka ketua twiteer negara 
akan letak jawatan 
tidak lama lagi

adalah difahamkan
KTN
bersama anakandanya
akan membuka
kedai nasi campur
di MONTENEGRO

-------------

SURAT TERBAIK TAHUN INI






SUREK DEN

PADO NAJIB

terbaik 

jelas

manarik


---------

KENDURI PAKAI DUIT KERAJAAN









        PARSEPOLIS 1970 – KLCC 2015

Pada bulan Oktober 1970 satu pesta menyambut 2,500 tahun Empire Raja Parsi telah berlangsung di Parsepolis Iran. Ini sambutan kelahiran Empire Raja Parsi ini dimulai oleh Raja Cyrus Yang Agong – 576-530 BC. Raja Cyrus menobatkan diri sebagai Raja Empat Penjuru Alam.

Ibu kota empire ini ialah Parsepolis. Kota ini mula dibina oleh Raja Darius pada tahun 518 BC. Parsepolis memberi makna – kota orang Parsi. Sayangnya - kota sejarah ini telah dibakar musnah oleh Iskandar Zulkarnain apabila dia melanggar Iran pada tahun 330 BC.

Diatas runtuhan kota Parsepolis yang telah dibakar dan ditapak, ditiang dan di tembok runtuhan kota inilah berlangsung selama 6 hari 6 malam Bapak Segala Kenduri. Pengarah filem terkenal Orson Welles berkata : Ini bukan pesta tahunan. Ini Pesta 25 Kurun.

Ahmad Reza Pahlevi dan Pemaisuri Farah Deba empat tahun sebelum ini, baru sahaja ditabalkan. Ahmad Reza telah menobatkan dirinya sebagai Shahan Shah Raja Kepada Segala Raja. Pertabalan ini juga berlangsung di Parsepolis.

Jika mengkaji sosio politik Iran maka kita akan bertemu dengan fakta dan data tentang Kenduri Yang Membunuh Semua Kenduri ini. Dari fail resmi kerajaan Iran kita ketahui bahawa bujet perbelanjaan kenduri ini ialah 140 juta pound sterling bersamaan 766 juta Ringgit Malaysia. Ini nilai wang pada tahun 1970. Hari ini nilainya mungkin telah melintasi 1 bilion ringgit.

Dari rekod resmi kerajaan United Kingdom, Ahmad Reza telah juga menjemput Baginda Queen Elizebeth. Tetapi Baginda Queen enggan mencemar duli kerana merasakan Pesta ini agak lucah dan tidak ada kelas.

Akhbar Daily Telegraph yang memetik rekod resmi kerajaan UK telah melaporkan bagaimana seramai 160 orang Tukang masak – Chef – dari Paris yang telah diterbangkan ke Parsepolis. Laporan akhbar ini diterbitkan pada 12 Ogos 2001. Laporan berita merujuk data arkib negara UK yang menyebut tentang 1 tan 'golden imperial caviar' - telor ikan termahal dalam dunia ini telah didatangkan ke Parsepolis.

Malah dikatakan pada minggu itu hampir semua restoran 'top kelas' di Paris dan Peranchis telah ditutup selama 15 hari kerana semua chef, tukang masak, tukang buat roti, tukang buat kuih, pembantu dapor dan pelayan telah di bawa ke Parsepolis. Juga diberitakan Peranchis telah kehabisan air anggur Champagne yang terbaik kerana semuanya telah diterbangkan ke Parsepolis.

Khemah DiRaja telah direka khusus oleh arkitek terkenal dari Peranchis. Khemah-kemah yang menjadi singahsana tetamu ini telah didirikan dalam runtuhan kota kuno ini. Khemah yang direka saperti bilik hotel ini telah disaluti dengan bunga-bunga yang diterbangkan khas dari Paris.

Sebanyak 250 buah kereta Mercedez Merah telah tersedia di lapangan Terbang Shiraz untuk menunggu para jemputan yang datang dengan pesawat khas dari luar Iran.

Siapa yang dijemput? Setiap Raja, setiap Presiden, setiap Perdana Menteri yang wujud dalam dunia ini telah dijemput. Dikatakan lebih dari 60 Emperor, Al-Malik, Sultan, dan Raja telah dijemput datang. Dikatakan lebih dari 40 Presiden termasuk George Pompidou dari France telah datang. Presiden Nixon dari Amerika bercadang untuk datang tapi membatalkan. NIxon telah digantikan oleh Naib Presiden Spiro Agnew.

Bintang filem, penyanyi, pereka feshen, wartawan, Minah dan Mamat yang ada nama dan glamour semuanya dijemput datang. Hakikatnya pada minggu itu – Siapa Dan Siapa – dalam dunia ini akan berada di Parsepolis. Kamu bukan sosok ternama dalam dunia ini jika kamu tidak berada di Parsepolis pada 12 hingga 16 Oktober 1970.

Pasti ada yang bertanya kenapa saya bersurah panjang lebar tentang kenduri Parsepolis ini?

Saya menggarap tulisan ini untuk memberitahu bahawa : Kamu juga bukan sosok yang ada nama dalam dunia ini jika pada Sabtu 28 haribulan Mac 2015 kamu TIDAK berada di KLCC Kuala Lumpur. Kamu – yang membaca tulisan ini - bukan sosok ternama jika kamu TIDAK mendapat jemputan kenduri kahwin anak Rosmah Mansor. JIka kamu TIDAK dijemput untuk hadir dijamuan kenduri ini maka nama kamu ialah Encik Tak Da Sapa.

Dari Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa kenduri perkahwinan anak Rosmah ini akan dilihat lebih hebat dari Kenduri Empire Raja Parsi di Parsepolis. Farah Deba hanya sempat berkenduri selama 5 hari 5 malam. Manakala Rosmah dikatakan akan berkenduri selama 6 hari 6 malam.

Surat jemputan... opps maaf. Bukan Surat Jemputan tetapi Watikah Jemputan dari Rosmah Mansor yang bersadur air emas dikatakan telah diedar untuk jemputan yang terpilih. MalaysiaKini telah menayangkan rupa bentuk Watikah Jempuatn ini. Harga sakeping Watikah Jemputan ini sahaja pasti melintasi sebulan gaji seorang Pak Gad. Jika Rosmah berdandan rambut bayaran 1200 ringgit. Justeru masuk akal jika Watikah Jemputan yang bersejarah ini berganda-ganda harganya dari bil berdandan rambut.

Dikatakan kenduri ini bermula pada minggu akhir bulan Mac ini. Dilaporkan juga bahawa kenduri kahwin ini juga akan diadakan di Pekan Pahang – di wilayah kawasan yang memilih Najib Razak sebagai wakil Parlimen. Kenduri ini juga dikatakan akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur – mungkin untuk penyokong Najib dan ahli parti United Malays National Organisation.

Grande Finale atau Kemuncak Kenduri ini akan diadakan di Pusat Konvenshen/ Covention Center - KLCC Kuala Lumpur pada malam Sabtu 28 Mac ini. Inilah kenduri kahwin yang membunuh semua kenduri kahwin di Malaysia. Kenduri kahwin anak Rosmah ini akan tercatit dalam sejarah dunia sama saperti Pesta di Parsepolis 1970. KLCC 2015 akan mencipta sejarah.

Awal Januari dahulu – Rosmah dan Najib telah bercuti. Ini ketika banjir besar melanggar Kelantan. Najib telah dikritik hebat kerana TIDAK ambil pot terhadap rakyat yang menderita. Akhirnya Najib tergesa-gesa pulang. Tetapi Rosmah Mansor terus bercanda-canda menggunakan pesawat udara resmi negara. Malah Najib sendiri terpaksa pulang dengan kapal terbang awam. Baginilah kuasa yang dimiliki oleh Rosmah Mansor.

Ketika banjir melanda Kelantan - satu Malaysia tertanya-tanya kemana Rosmah Mansor bercanda dan berpoya. Pesawat resmi kerajaan Malaysia yang telah diekori oleh teknoloji terkini memperlihatkan ianya berpindah dari Indianapolis Amerika menuju dari kota ke kota.

Pertanyaan RAKYAT MALAYSIA ini akhirnya terjawab bulan ini apabila desas desus anak Rosmah nak kahwin mula muncul dalam media sosial. Rupa-rupanya ketika Kelantan banjir Rosmah Mansor sedang sibuk membeli belah dari Los Angles, ke London, ke Dubai , ke Soeul dan ke Bangkok. Rosmah bershopping untuk kenduri anak nak kahwin.

Pasti ada orang yang akan bertanya kenapa 'sibuk-sibuk' pasal anak Rosmah nak kahwin.

Biar saya jawab disini. Saya menimbulkan agenda anak Rosmah nak kahwin dalam tulisan ini kerana ada sebab musabab yang amat kukuh. Saya TIDAK menentang anak Rosmah kahwin. Tak ada siapa yang ambil pot tentang anak Rosmah ini. Rakyat Malaysia bukan menentang perkahwinan. Perkahwinan adalah hak asasi Najwa dan Daniyar untuk meresmikan hubungan mereka. Tetapi apabila anak Rosmah kahwin ianya lebih dari KAHWIN.

Ketika anak Rosmah bertunang 5 tahun dahulu, seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri yang TIDAK puas hati telah membocorkan bil jamuan makan malam kenduri bertunang ini. Maklumat ini telah disampaikan kepada YB Rafizi Ramly. Saudara Rafizi telah membocorkan kepada media tentang bagaimana Pejabat Perdana Menteri telah dipaksa membayar kos jamuan kenduri itu. Sebanyak 409,767 ribu ringgit telah dibayar ke Hotel Shangrila yang menyediakan jamuan ini di Seri Perdana. Ini duit rakyat.

Amat jelas Rosmah Mansor dan Najib Razak ini adalah dua sosok yang terbukti telah menggunakan harta dan duit negara untuk kegunaan pribadi. Maklumat rompakan resmi yang dilakukan oleh Rosmah dan Najib ini telah banyak tersebar luas.

Soalan timbul – kalau kenduri bertunang Rosmah telah merembat hampir satu juta duit orang ramai, berapa juta agaknya duit negara yang akan dirembat oleh Rosmah untuk perkahwinan anaknya pada Sabtu 28 Mac ini?

Desas desus telah mula tersebar bagaimana bunga telor akan diganti dengan Beg Birkin. Desas desus juga telah kedengaran bahawa kesemua ' bilik suite' hotel 5 bintang di Kuala Lumpur telah penuh di tempah. Desas desus juga mula kedengaran bagaimana lapangan terbang Subang akan diampoh oleh jet pribadi tetamu Rosmah Mansor.

Rosmah dan Najib merembat duit negara ini bukan lagi satu rahsia. Dunia telah diberitahu bahawa akhbar New Yorks Times memiliki semua resit-resit 'shopping' Datin Seri Paduka Rosmah. Rosmah dikatakan telah membeli intan berlian dan beg Birkin yang bernilai jutaan ringgit. Minggu ini Mahathir Muhamad, bekas PM Malaysia telah bertanya dari mana datangnya harta kekayaan Rosmah binte Mansor dan Najib bin Razak?

Minggu hadapan saya akan merungkai kenapa Ahmad Reza buat kenduri besar. Minggu depan juga saya akan menerangkan kenapa dan siapa sebenarnya Rosmah Mansor ini. ( TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukuyl talipon: 03-92-21-30-45

------------------

HASUT DAN LAWAN






HASUT 

& 

LAWAN



INI HASUT



INI LAWAN










--------------

MENUNGGU SEORANG GHURKHA





KOMENTAR
menunggu ku li 
lebih lama dari
menunggu cacing naik ke mata

menunggu ku li
lebih bosan dari
menoton tv malaysia

ku li ini sebenarnya
ialah calon tetap presiden 
united malays national organisation

ku li ini sebenarnya 
ialah calon tetap 
PERDANA MENTERI malaysia

sayangnya ku li ini
sebenarnya hanyalah 
ketua bahagian gua musang 



RAKYAT MALAYSIA 

MENUNGGU 

AKSI YBM TENGKU RAZALEIGH

Hari ini, YBM Tg Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang sekali lagi menyampaikan kritikan pedas terhadap kepimpinan negara di bawah YAB DS Najib Tun Razak.
Ia tidak akan mengubah apa-apa selain merekodkan keberanian YBM Ku Li untuk berbeza pandangan dengan Ketua parti beliau. Jika rakyat Malaysia boleh percaya tentang serius dan kritikalnya keadaan ekonomi dan politik negara seperti yang diucapkan oleh YBM Ku Li, apa kah yang mereka boleh harapkan dari YBM Ku Li?
Hanya menghafal ucapan-ucapan itu? Bukankah beban kewajipan membetulkan keadaan negara turut terletak di bahu YBM Ku Li? Apa kah tindakan yang beliau boleh ambil?
Adakah kata-katanya hari ini di Dewan Rakyat seperti di bawah, hanya untuk diucapkan atau untuk dilaksanakan, bermula dari diri beliau sendiri?
Saya petik sebahagian ucapan beliau; 

Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali ahli Yang Berhormat sekalian.

Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar Perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.
Yang demikian, ahli Yang Berhormat sekalian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan saja hak sebagai ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat.

Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada ahli Yang Berhormat sekalian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

Tan Sri yang dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Langkah pertama yang boleh diambil oleh YBM Ku Li ialah untuk sama menyokong usul tergempar bagi mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang akan dikemukakan besok.
Ia akan mencatatkan sejarah baru dan membenarkan kata-kata yang telah beliau ungkapkan hari ini.
Kedua, YBM Ku Li boleh memulakan langkah menubuhkan kaukus Parlimen untuk memantau hutang negara. Beliau boleh mempengerusikan kaukus ini dengan menjemput Ahli Parlimen dari parti yang berbeza untuk menganggotainya.
Ketiga, membentuk kelompok Ahli Parlimen seperti kata beliau : “..... Kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi........ “ yang berani bertindak mengatasi ketaatan kepada parti demi negara dengan membawa usul menolak kepimpinan DS Najib yang telah dikritik oleh beliau.
Jika sekalipun puncak tindakan patriotik seperti itu tidak mampu dilakukan, saya percaya banyak lagi tindakan bersama Ahli Parlimen dari kelompok meletakkan negara sebagai pertimbangan utama mengatasi parti boleh lakukan untuk kepentingan negara.
Jika tidak, YBM Ku Li juga akan tersenarai sebagai mengkhianati rakyat dan negara pada satu masa akan datang.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
17 Mac 2015




SABTU


SOGO

---------------

DARI ABU JADI ABAH









KOMENTAR
dari ABU asalkan bukan umno
anyone but umno
kini menjadi ABAH
asalkan bukan hadi
anyone BUT hati
]
inilah pergerakan politik
inilah politik baru 
yang dibawa oleh anak anak muda
ini lah politik baru
yang wujud kerana internet

NOTA
terima kasdeh ronald reagan


الدجاج

Tiada konspirasi jatuhkan Hadi, hanya kecewa dengan kepimpinannya


Sentimen “Asal Bukan Hadi” dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang i Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun.
Bercanggah dengan dakwaan “konspirasi” untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-konspirasi-jatuhkan-hadi-hanya-kecewa-dengan-kepimpinannya#sthash.OzhDhwrf.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
tak sangka
ada yang kecewa
denga hadi
bukan kerana tak dapat kang
tapi....
kang kang kang

TANGKAG IKANG 


----------------