ANAK RAZAK
atau
CUCU RAZAK
NAJIB TIDAK
SELAMAT
Minggu
ini diwarung, dirumah, dalam portal media, dalam blog, dalam media
sosial dan dialam siber – diseluruh negara rakyat sedang bertanya
tiga soalan:
1-
Bolehkah Najib Razak menyelamatkan diri?
2-
Berapa lama Najib Razak boleh bertahan?
3-
Siapa akan ganti Najib Razak?
Tiga
soalan ini muncul kerana Mahathir Muhamad yang pernah menjadi Perdana
Menteri Malaysia selama 22 tahun telah mengeluarkan dua pertanyaan
kepada Najib Razak:
1
– Siapa beri arahan kepada Sirul dan Azilah?
2
– Siapa upah Sirul dan Azilah bunuh Altantuya?
Politik
Malaysia menjadi hangat semenjak dua soalan ini terhambur dari mulut
Mahathir. Dua soalan dari Yang Amat Mulia Tun ini telah
mengoncangkan tiang dan sendi United Malaya National Organisation.
Minggu
lalu saya telah memberi latar tentang pembunuhan Altantuya. Melalui
Akuan Bersumpah Balasubramaniam rakyat Malaysia diberitahu bahawa
Altantuya ini ialah 'penyedap' Najib. Kemudian Minah Kurus a.l.a
Ziana Zaian ini 'dihadiahkan' pula kepada Razak Baginda. Dalam
tulisan minggu lalu saya telah memunculkan latar belakang pemain
utama dalam kes Siapa Beri Arahan Sirul dan Azilah bunuh Altantuya.
Jangan
lupa - pembunuhan Altantuya ini bersangkut rapat dengan kes rasuah
pembelian kapal selam Scorpene. Ketika jual beli ini dijalankan
Najib menjawat Menteri Pertahanan. Skandal kapal selam ini
dihebohkan kerana syarikat Peranchis ini telah mengeluarkan
berjuta-juta ringgit 'duit saku' agar jual beli ini berjaya.
Justeru
kerana duit saku dan Minah Cun inilah yang menjadikan dua soalan
dari Mahathir Muhamad bukan bertaraf ledakan C4 tetapi ledakan
'bom nuklear'. Ledakan ini menyebabkan Najib Razak menjadi gelabah
dan hilang pedoman. Dan berkemungkinan akan menelan prozac kalau air
ketum tidak dtemui.
Amat
jelas, ledakan Mahathir telah mempengaruhi alam siber. Saperti biasa
media baru telah menyambut ledakan Mahathir ini dengan pelbagai
tokok tambah aji-no-moto terutama oleh anak-anak muda yang cekap
dengan teknoloji komputer. Reka bentuk, poster dan selebaran tentang
Najib yang dikatakan 'takut bini' semakin menjadi-jadi. Dengan
teknoloji komputer Najib telah dibomoh dan diubah suai untuk
diperlekeh.
Tindakan
anak-anak muda ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Sayugia
diingatkan bahawa majoriti warga Malaysia TIDAK lagi menyokong
United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Sebanyak 52%
rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Dalam PRU13 yang lalu
dari segi fakta Pakatan Rakyat telah menang. Gerombolan parti
Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Gerombolan ini terus
berkuasa hanya melalui penipuan yang telah diurus atur oleh SPR.
Sabaik
sahaja pertanyaan dari Mahahir diumumkan – Najib Razak mula
mendapat tekanan. Najib diminta untuk menjawab pertanyaan dari Yang
Amat Mulia Tun. Rakyat satu Malaysia ternanti-nanti akan jawapan
Najib. Kutukan memperlekeh Najib muncul silih berganti dalam media
sosial kerana rakyat tidak sabar menunggu jawapan. Malah dalam parti
United Malays National Organisation sendiri tekanan telah mula
datang agar Najib menjawab pertanyaan dari Mahathir.
Sayang
bin Pelik - cucu kepada Hairan binte Takjub – muka muka yang
mendindingi Najib dari serangan Yang Amat Mulia Tun cukup
menyeramkan. Seorang Mamat yang bernama James Masing telah '
mengacukan pistol air' untuk mempertahankan Najib Razak. Ini diikuti
pula suara Salleh Kerouk dan Musa Aman. Ketiga-tiga 'tembok Najib '
ini adalah Selipar Jepun dari Sabah dan Sarawak. Dalam kancah
politik nasional tidak ada siapa ambil pot suara mereka.
Fakta
dan data terkumpul selama ini telah menunjukkan dengan jelas akan
perangai Najib Razak. Dalam banyak persoalan politik negara yang
amat penting Najib Razak menjadi batu. Tidak berkata apa-apa. Tetapi
dalam kes Altantuya ini mustahil Najib dapat membatu. Satu dunia tahu
bahawa Altantuya ini adalah bekas ' penyedap ' Najib yang terlibat
dalam jual beli Scorpene. Malah di Paris kes Najib masih lagi dalam
siasatan. Akhbar dunia terus tertarik dengan kes sex, rasuah dan
pembunuhan.
Satu
minggu lebih sesudah Mahathir bertanya, barulah Najib menjawab.
Jawapan Najib diatur susun oleh stesen TV3 - stesen milik gerombolan
Ketuanan Melayu sendiri. Belum pun terhurai jawapan Najib – satu
Malaysia telah heboh memperlekehkan temubual ini. Ini kerana temu
bula ini diumumkan sebagai rakaman bukan siaran langsung.
Soalan
dan jawapan Najib ini telah diatur dan disusun lebih awal. Ini
memualkan anak anak muda. Dengan serta merta perbandingan telah
dibuat bagaimana Dolah Badawi yang pernah diserang Mahathir telah
ditemubual secara 'live' di stesen TV. Tidak cukup dengan 'kutukan'
ini kumpulan yang mahu Najib mengundur telah membocorkan berita
bahawa ' temu bual' ini sengaja dirancang untuk memperlihatkan
Najib Razak sebagai sosok bodoh. Projek 'temu bual bodoh' ini
'diangiankan' sebagai dirancang khas oleh kumpulan yang menyokong
bakal pengganti Najib. Najib terperangkap - tak jawab salah -
sudah jawab dilihat bodoh pulak.
Lalu
timbul persoalan hakiki: Selamatkah Najib Razak?
Secara
hitam puteh saya merakamkan disini bahawa hari hari akhir untuk Najib
semakin hampir. Tali gantung semakin merapati Najib. Saya sedar ada
kumpulan dalam Pakatan Rakyat mahu Najib terus menjadi PM. Najib
memiliki banyak skandal. Najib memiliki Rosmah yang kini sedang
menjadi beban yang amat berat untuk United Malays National
Organisation. Najib dan Rosmah senang untuk diserang dalam PRU14.
Biar
saya katakan disini secara terbuka. PRU14 ini pun - dengan Najib
atau tanpa Najib tetap akan dimenangi oleh United Malays National
Organisation. Pilihanraya ini tidak ada sangkut paut dengan siapa
memimpin parti Ketuanan Melayu. Ini kerana yang dilawan oleh Pakatan
Rakyat bukan parti United Malaya National Organisation tetapi SPR dan
lembaga-lembaga daulah yang menjadi alat untuk mempertahankan kuasa
yang sedia ada. Justeru Najib atau Rosmah BUKAN agenda dalam PRU14.
Perebutan
kuasa politik antara Najib dan Mahathir inilah yang akan membawa
keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Bila United Malays National
Organisation beramok sesama sendiri inilah yang membawa laba politik.
Justeru,
Najib jelas dilihat TIDAK selamat kerana Muhyiddin Yassin , Zahid
Hamidi , Shafie Afdal dan Hishammuddin Hussein – tidak keras
menangkis serangan Mahathir Muhamad. Empat watak ini adalah watak
utama dalam struktur United Malays National Organisation. Shafie
Afdal terus terkunci mulutnya. Muhyiddin dan Zahid ada bersuara –
saperti suara dalam tandas – bersuara untuk memberihau bahawa '
ada orang didalam' – tidak lebih dari itu.
Paling
memeranjatkan ialah sikap sepupu Najib sendiri – Hiahammuddin
Hussein. Menteri Petahanan ini dikatakan menjadi 'calon impian Najib'
jika Najib berundur. Nampaknya mimpi dan harapan Najib ini tinggal
kosong. Sepupu Najib ini amat malas bersuara. Malah tidak diketahui
sama ada Mamat ini lalang atau batang pisang.
Suara-suara
lain - Tengku Adnan, Shahidan, Shahrizat – hanyalah suara latar
yang tidak akan mengubah apa-apa. Suara-suara ini hanya tinggi
bunyinya sadikit dari suara sokongan dari Mat Ezam, Lokman Adam,
Roslan Kassim atau Zahid Mat Arif.
Saya
bagitu yakin Najib akan diundurkan. Gerakan #KitaLawan telah
memberikan tamparan yang kuat terhadap Najib. Hampir setiap petang
Sabtu – selama dua bulan - anak muda telah turun berdemo di Sogo
menuntut Najib dan Rosmah berundur. Demo #KitaLawan ini telah
mempengaruhi orang ramai untuk menerima hakikat bahawa Najib Razak
wajib diundurkan. Terbukti anak muda #KitaLawan telah lebih awal
membuka gelangang memecah ruyung menolak Najib lebih awal dari
Mahathir Muhamad.
Jangan
silap baca dan jangan terlepas pandang. Demo #KitaLawan ini juga
telah mempengaruhi media luar negara. Kini media luar negara telah
mengambil sikap bahawa Najib bin Razak ini adalah pemimpin yang amat
lemah. Najib pernah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Kini bukan sahaja Najib mungkir janji malah membawa Malaysia ke
zaman yang amat gelap dengan pelbagai akta-akta baru yang lebih zalim
dari ISA.
Akhirnya
bukti soheh Najib akan diundurkan muncul pada 11 April 2015 dalam
betuk satu tulisan dalam majalah The Economist. Ini tulisan dalam
bahasa Inggeris sama saperti nama parti Ketuanan Melayu. Biar saya
terangkan apa dia majalah ini dan apa peranan The Economist ini.
Majalah
The Economist beribu pejabat di London. Majalah ini adalah majalah
yang mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini
memberi garis politik kepada kaum pemodal antarabangsa tentang
kedudukan dan politik negara-negara dalam dunia ini. Peranan majalah
ialah memberi nasehat kepada kaum pemodal dimana pelaburan mereka
selamat. Di negara mana suasana politikanya baik untuk meraih
keuntugan maksima. Parti politik mana yang perlu disokong dan parti
mana yang wajib dilawan kerana menentang kepentingan pemodal.
Penganut
Hindu ada kitab Bhagavad Gita, penganut Yahudi ada kitab Taurat,
penganut Kristian ada kitab Injil dan penganut Islam ada kitab Quran
– kaum pemodal Anglo-Amerika ada kitab The Economist. Hakikatnya
The Economist ini adalah majalah rukun iman kaum kapitalis.
Ada
kumpulan atau ajen-ajen risikan ekonomi yang menjalankan kerja
secara rahsia untuk memandu kaum pemodal Anglo-Amerika cara
berpolitik untuk membuat untung. Ini kerja sulit bawah tanah. The
Economist membuat juga kerja tertutup dan kerja terbuka. Wartawan
majalah ini mungkin wartawan profesional atau mungkin ajen dari
syarikat multinasional. Ini kekuatan majalah ini.
Justeru
– minggu lepas The Economist telah mengakhiri artikle itu dengan
ayat : “It is time to call Najib out”.
Maka
saya amat yakin seruan itu adalah satu pedoman untuk kaum pemodal
Anglo-Amerika. Seruan ini memberitahu bahawa masanya telah sampai
untuk parti United Malays National Organisation mencari pemimpin
yang baru. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------------