Rabu, 15 April 2015

JANGAN BAGI REHAT





KOMENTAR
satu malaysia masih menunggu 
orang ramai tunggu jawapan dari najib

mahathir lontar dua pertanyaan
najib masih belum jawab

1- siapa upah sirul & azilah bunuh altantuya
2- siapa arah sirul & azilah bunuh altantuya




Mahathir: Anggota polis 
tidak mungkin bunuh orang

SHAH ALAM - Mahathir Mohamad menegaskan anggota polis tidak mungkin membunuh orang awam melainkan diserang atau diminta pihak lain berbuat demikian.

Beliau berkata, jika benar anggota polis itu boleh membunuh sesiapa sahaja tanpa alasan yang munasabah, sudah tentu orang awam akan terancam.

"Kalau dia betul-betul pergi bunuh orang, gantung laa, tapi dia ni anggota polis...seorang anggota polis tidak membunuh orang, kecuali orang menyerang dia atau ada orang minta dia lakukan.

"Kalau tidak kita pun takut dengan anggota polis nanti dia tembak kita sekali," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bekas anggota pasukan elit polis, Sirul Azhar Umar bahawa pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu dilakukan kerana mengikut arahan.


KAH KAH KAH

woit
jangan bagi najib rehat
gasak tiap hari
ingatkan orang ramai
dua soalan ini
kah kah kah
JANGAN BAGI LUPA

-------------

ZIANA SOKONG SIAPA?






ZIANA ZAIN SOKONG?
Ziana Zain mesti lah sokong budak badan besar teman di pelabuhan anak kontol aka port dick son Sumbat dan kemut dah tak boleh cakap apa dah.... on HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/15/15

KAYUH DAN LAWAN
SABTU INI


-------------

IKUTI TUKAR TIUB





KAH KAH KAH

ikuti tukar tiub 
di twitter



@IshamRais




------------

ZAM JADI BERANI




KOMENTAR
ini tanda paling jelas
jika zam mula menulis
ini adalah hari hari akhir 
tali gantung  telah sampai

zam bukan berani mengambil sikap
zam hanya menyokong kuasa
siapa yang kuat berkuasa
maka akan dibantu oleh zam

kali ini sekali lagi zam bersuara






NOTA
pokok condong
bukan sahaja kura kura memanjat
mat bangla pun berani menengek terberak








Najib makin tergugat bila Jho Low 

bersuara, kata Zam 

Kedudukan Najib Razak yang dilihat menerima sokongan dan stabil kini mulai tergugat apabila ahli perniagaan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low bersuara, kata bekas menteri penerangan, Zainuddin Maidin. 
Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas wartawan itu berkata, perkara itu berlaku apabila Jho Low menuduh Umno menjadi dalang dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Gambaran Najib berada dalam keadaan stabil dan kuat dengan sokongan dalam parti dan luar parti, tergugat dan meruncing semula apabila ahli perniagaan terkemuka Jho Low menuduh Umno menjadi dalang yang memutar belitkan isu 1MDB yang menyebabkannya dianggap sebagai punca skandal.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-makin-tergugat-bila-jho-low-bersuara-kata-zam#sthash.NUuUxPMl.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sudah lebih
zam  datang kembali
zam dah jadi berani
kalau zam dah berani
ertiny najib akan lupus
bayangkan zam ini
bulan lalu kecut takut
janji tak nak tulis apa2
sekarang dah tibai najib
kah kah kah
ZAM HULKA ZAM


---------------

NAJIB TIDAK SELAMAT




ANAK RAZAK 
atau

CUCU RAZAK


NAJIB TIDAK

 SELAMAT

Minggu ini diwarung, dirumah, dalam portal media, dalam blog, dalam media sosial dan dialam siber – diseluruh negara rakyat sedang bertanya tiga soalan:
1- Bolehkah Najib Razak menyelamatkan diri?
2- Berapa lama Najib Razak boleh bertahan?
3- Siapa akan ganti Najib Razak?

Tiga soalan ini muncul kerana Mahathir Muhamad yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun telah mengeluarkan dua pertanyaan kepada Najib Razak:
1 – Siapa beri arahan kepada Sirul dan Azilah?
2 – Siapa upah Sirul dan Azilah bunuh Altantuya?

Politik Malaysia menjadi hangat semenjak dua soalan ini terhambur dari mulut Mahathir. Dua soalan dari Yang Amat Mulia Tun ini telah mengoncangkan tiang dan sendi United Malaya National Organisation.

Minggu lalu saya telah memberi latar tentang pembunuhan Altantuya. Melalui Akuan Bersumpah Balasubramaniam rakyat Malaysia diberitahu bahawa Altantuya ini ialah 'penyedap' Najib. Kemudian Minah Kurus a.l.a Ziana Zaian ini 'dihadiahkan' pula kepada Razak Baginda. Dalam tulisan minggu lalu saya telah memunculkan latar belakang pemain utama dalam kes Siapa Beri Arahan Sirul dan Azilah bunuh Altantuya.

Jangan lupa - pembunuhan Altantuya ini bersangkut rapat dengan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Ketika jual beli ini dijalankan Najib menjawat Menteri Pertahanan. Skandal kapal selam ini dihebohkan kerana syarikat Peranchis ini telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit 'duit saku' agar jual beli ini berjaya.

Justeru kerana duit saku dan Minah Cun inilah yang menjadikan dua soalan dari Mahathir Muhamad bukan bertaraf ledakan C4 tetapi ledakan 'bom nuklear'. Ledakan ini menyebabkan Najib Razak menjadi gelabah dan hilang pedoman. Dan berkemungkinan akan menelan prozac kalau air ketum tidak dtemui.

Amat jelas, ledakan Mahathir telah mempengaruhi alam siber. Saperti biasa media baru telah menyambut ledakan Mahathir ini dengan pelbagai tokok tambah aji-no-moto terutama oleh anak-anak muda yang cekap dengan teknoloji komputer. Reka bentuk, poster dan selebaran tentang Najib yang dikatakan 'takut bini' semakin menjadi-jadi. Dengan teknoloji komputer Najib telah dibomoh dan diubah suai untuk diperlekeh.

Tindakan anak-anak muda ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Sayugia diingatkan bahawa majoriti warga Malaysia TIDAK lagi menyokong United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Sebanyak 52% rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Dalam PRU13 yang lalu dari segi fakta Pakatan Rakyat telah menang. Gerombolan parti Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Gerombolan ini terus berkuasa hanya melalui penipuan yang telah diurus atur oleh SPR.

Sabaik sahaja pertanyaan dari Mahahir diumumkan – Najib Razak mula mendapat tekanan. Najib diminta untuk menjawab pertanyaan dari Yang Amat Mulia Tun. Rakyat satu Malaysia ternanti-nanti akan jawapan Najib. Kutukan memperlekeh Najib muncul silih berganti dalam media sosial kerana rakyat tidak sabar menunggu jawapan. Malah dalam parti United Malays National Organisation sendiri tekanan telah mula datang agar Najib menjawab pertanyaan dari Mahathir.

Sayang bin Pelik - cucu kepada Hairan binte Takjub – muka muka yang mendindingi Najib dari serangan Yang Amat Mulia Tun cukup menyeramkan. Seorang Mamat yang bernama James Masing telah ' mengacukan pistol air' untuk mempertahankan Najib Razak. Ini diikuti pula suara Salleh Kerouk dan Musa Aman. Ketiga-tiga 'tembok Najib ' ini adalah Selipar Jepun dari Sabah dan Sarawak. Dalam kancah politik nasional tidak ada siapa ambil pot suara mereka.

Fakta dan data terkumpul selama ini telah menunjukkan dengan jelas akan perangai Najib Razak. Dalam banyak persoalan politik negara yang amat penting Najib Razak menjadi batu. Tidak berkata apa-apa. Tetapi dalam kes Altantuya ini mustahil Najib dapat membatu. Satu dunia tahu bahawa Altantuya ini adalah bekas ' penyedap ' Najib yang terlibat dalam jual beli Scorpene. Malah di Paris kes Najib masih lagi dalam siasatan. Akhbar dunia terus tertarik dengan kes sex, rasuah dan pembunuhan.


Satu minggu lebih sesudah Mahathir bertanya, barulah Najib menjawab. Jawapan Najib diatur susun oleh stesen TV3 - stesen milik gerombolan Ketuanan Melayu sendiri. Belum pun terhurai jawapan Najib – satu Malaysia telah heboh memperlekehkan temubual ini. Ini kerana temu bula ini diumumkan sebagai rakaman bukan siaran langsung.

Soalan dan jawapan Najib ini telah diatur dan disusun lebih awal. Ini memualkan anak anak muda. Dengan serta merta perbandingan telah dibuat bagaimana Dolah Badawi yang pernah diserang Mahathir telah ditemubual secara 'live' di stesen TV. Tidak cukup dengan 'kutukan' ini kumpulan yang mahu Najib mengundur telah membocorkan berita bahawa ' temu bual' ini sengaja dirancang untuk memperlihatkan Najib Razak sebagai sosok bodoh. Projek 'temu bual bodoh' ini 'diangiankan' sebagai dirancang khas oleh kumpulan yang menyokong bakal pengganti Najib. Najib terperangkap - tak jawab salah - sudah jawab dilihat bodoh pulak.

Lalu timbul persoalan hakiki: Selamatkah Najib Razak?

Secara hitam puteh saya merakamkan disini bahawa hari hari akhir untuk Najib semakin hampir. Tali gantung semakin merapati Najib. Saya sedar ada kumpulan dalam Pakatan Rakyat mahu Najib terus menjadi PM. Najib memiliki banyak skandal. Najib memiliki Rosmah yang kini sedang menjadi beban yang amat berat untuk United Malays National Organisation. Najib dan Rosmah senang untuk diserang dalam PRU14.

Biar saya katakan disini secara terbuka. PRU14 ini pun - dengan Najib atau tanpa Najib tetap akan dimenangi oleh United Malays National Organisation. Pilihanraya ini tidak ada sangkut paut dengan siapa memimpin parti Ketuanan Melayu. Ini kerana yang dilawan oleh Pakatan Rakyat bukan parti United Malaya National Organisation tetapi SPR dan lembaga-lembaga daulah yang menjadi alat untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada. Justeru Najib atau Rosmah BUKAN agenda dalam PRU14.

Perebutan kuasa politik antara Najib dan Mahathir inilah yang akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Bila United Malays National Organisation beramok sesama sendiri inilah yang membawa laba politik.

Justeru, Najib jelas dilihat TIDAK selamat kerana Muhyiddin Yassin , Zahid Hamidi , Shafie Afdal dan Hishammuddin Hussein – tidak keras menangkis serangan Mahathir Muhamad. Empat watak ini adalah watak utama dalam struktur United Malays National Organisation. Shafie Afdal terus terkunci mulutnya. Muhyiddin dan Zahid ada bersuara – saperti suara dalam tandas – bersuara untuk memberihau bahawa ' ada orang didalam' – tidak lebih dari itu.


Paling memeranjatkan ialah sikap sepupu Najib sendiri – Hiahammuddin Hussein. Menteri Petahanan ini dikatakan menjadi 'calon impian Najib' jika Najib berundur. Nampaknya mimpi dan harapan Najib ini tinggal kosong. Sepupu Najib ini amat malas bersuara. Malah tidak diketahui sama ada Mamat ini lalang atau batang pisang.

Suara-suara lain - Tengku Adnan, Shahidan, Shahrizat – hanyalah suara latar yang tidak akan mengubah apa-apa. Suara-suara ini hanya tinggi bunyinya sadikit dari suara sokongan dari Mat Ezam, Lokman Adam, Roslan Kassim atau Zahid Mat Arif.

Saya bagitu yakin Najib akan diundurkan. Gerakan #KitaLawan telah memberikan tamparan yang kuat terhadap Najib. Hampir setiap petang Sabtu – selama dua bulan - anak muda telah turun berdemo di Sogo menuntut Najib dan Rosmah berundur. Demo #KitaLawan ini telah mempengaruhi orang ramai untuk menerima hakikat bahawa Najib Razak wajib diundurkan. Terbukti anak muda #KitaLawan telah lebih awal membuka gelangang memecah ruyung menolak Najib lebih awal dari Mahathir Muhamad.

Jangan silap baca dan jangan terlepas pandang. Demo #KitaLawan ini juga telah mempengaruhi media luar negara. Kini media luar negara telah mengambil sikap bahawa Najib bin Razak ini adalah pemimpin yang amat lemah. Najib pernah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. 

Kini bukan sahaja Najib mungkir janji malah membawa Malaysia ke zaman yang amat gelap dengan pelbagai akta-akta baru yang lebih zalim dari ISA.

Akhirnya bukti soheh Najib akan diundurkan muncul pada 11 April 2015 dalam betuk satu tulisan dalam majalah The Economist. Ini tulisan dalam bahasa Inggeris sama saperti nama parti Ketuanan Melayu. Biar saya terangkan apa dia majalah ini dan apa peranan The Economist ini.

Majalah The Economist beribu pejabat di London. Majalah ini adalah majalah yang mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini memberi garis politik kepada kaum pemodal antarabangsa tentang kedudukan dan politik negara-negara dalam dunia ini. Peranan majalah ialah memberi nasehat kepada kaum pemodal dimana pelaburan mereka selamat. Di negara mana suasana politikanya baik untuk meraih keuntugan maksima. Parti politik mana yang perlu disokong dan parti mana yang wajib dilawan kerana menentang kepentingan pemodal.

Penganut Hindu ada kitab Bhagavad Gita, penganut Yahudi ada kitab Taurat, penganut Kristian ada kitab Injil dan penganut Islam ada kitab Quran – kaum pemodal Anglo-Amerika ada kitab The Economist. Hakikatnya The Economist ini adalah majalah rukun iman kaum kapitalis.

Ada kumpulan atau ajen-ajen risikan ekonomi yang menjalankan kerja secara rahsia untuk memandu kaum pemodal Anglo-Amerika cara berpolitik untuk membuat untung. Ini kerja sulit bawah tanah. The Economist membuat juga kerja tertutup dan kerja terbuka. Wartawan majalah ini mungkin wartawan profesional atau mungkin ajen dari syarikat multinasional. Ini kekuatan majalah ini.

Justeru – minggu lepas The Economist telah mengakhiri artikle itu dengan ayat : “It is time to call Najib out”.


Maka saya amat yakin seruan itu adalah satu pedoman untuk kaum pemodal Anglo-Amerika. Seruan ini memberitahu bahawa masanya telah sampai untuk parti United Malays National Organisation mencari pemimpin yang baru. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



-----------------

APA JADI DENGAN KOTAK HITAM




KOMENTAR
sudah kah kotak hitam
dari kemalangan heli
diberikan kepada kerajaan british?

kotak hitam pesawat MH17
telah diberikan kepada kerajaan british
hingga hari ini tak dengar khabar berita 



KOTAK HITAM
rakaman kotak hitam nahas helikopter al aidana wal baizieva menunjukkan tiada langsung suara dirakam oleh kotak hitam..kahkahkah..

betul kata tt..ada 9999 jenis gila dlm dunia..kahkahkah..tapi kotak hitam nahas air france yg terbenam 2 tahun di laut kalzum ada pulak suara..kahkahkah..panggil la raja bomoh bagi timbulkan suara..kahkah..dpt dengar suara co pilot pun jadi la..kahkah..kahkah.. on SABDA ISMAIL SABRI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/15/15

SABTU INI








--------------

HASUT KAYUH LAWAN


HASUT 

KAYUH 

LAWAN


Seterusnya, Kita Lawan protes berbasikal pula

Gerakan Kita Lawan akan turun ke jalanan lagi - kali ini melalui protes berbasikal di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini.

"Sebelum ini, apabila kami berkumpul (kami ditangkap) di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Perhimpunan Aman," kata anggota sekretariat Kita Lawan, Akmal Nasir.

Oleh itu, mereka akan menukar taktik dengan berbasikal pula, katanya dalam forum @Kini di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, protes dengan berbasikal itu akan bermula dari Dataran Kita Lawan di Jalan Raja Laut ke KLCC dan tempat-tempat lain dan butiran lanjut akan diumumkan hari ini.





---------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB







KOMENTAR
jika penyanyi
jika pelakon
yang sering dikaitkan
dengan kepala kosong
kini telah mengambil pendirian
kini telah mengambil sikap

ini maknanya
soalan mahathir muhamad
1- siapa arah sirul dan azilah bunuh altantuya
2- siapa upah sirul dan azilah bunuh altantuya
telah meledak viral


Siti Nurhaliza , Che Ta sokong Mahathir

 | April 14, 2015
Kenyataan Tu Mahathir Mohamad yang beliau keseorangan mendapat perhatian dua artis tersohor tempatan untuk menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.





PETALING JAYA: Selain pemimpin politik, dua artis tersohor tempatan turut menyatakan sokongan kepada  Mahathir Mohamad.
Artis wanita terkaya di Malaysia, Siti Nurhaliza di akaun Instagram menulis, beliau menyayangi dan akan sentiasa bersama menyokong  Mahathir untuk selamanya.
“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Cindai.
Sejak dimuat naik tujuh jam lalu, gambar dan status isteri kepada Khalid Mohd Jiwa tersebut telah disukai lebih 14 ribu pengguna lain.
Pelakon terkenal , Rozita Che Wan atau popular Che Ta turut menyatakan sokongan kepada Mahathir di akaun Instagram.
“Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang….,” tulis Rozita.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
yang mulia tun
makin popular
woit
ziana zain sokong sapa?
anwar zain sokong siapa?
sokong najib
atau sokong sepupu najib
kah kah kah
APA PUNYA SOKONG

------------

JENG JENG JENG






 IKUT ARAHAN
SIAPA?  

KOMENTAR
1 - siapa arah sirul & azilah bunuh altantuya
2 - siapa upah sirul & azilah bunuh altantuya

dua soalan ini menuggu jawapan

kenyataan dari MUSA HASSAN ini amat penting
masa pembunuhan altantuya berlaku
musa hasan menjawat ketua polis

implikasi kenyuatan ini amat luas
mendobrak ke akar umbi
kes pembunuhan
dan keterlibatan razak baginda
keterlibatan najib razak
keterlibatan pegawai najib

bekas ketua polis negara
tidak membuat kenyataan
secara membuta tulis


FAKTA 
sirul dilaporkan berkata
ada kertas siasatan 
hasil soal siasat awal
laporan soal siasat ini
ada dalam tangan PDRM

justeru
MUSA HASSAN tahu sesuatu
yang mahathir dan kita semua
tidak tahu

NOTA
kuasa - rasuah - sex - minah cun - pembunuhan
ini adalah skrip untuk  reza aziz
filem baru yang wajib ditulis
THE WOLF OF PETALING STREET




Siasat semula kes Altantuya, Mahathir tak salah menyoal, kata Musa Hassan


Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dilihat memihak kepada Mahathir Mohamad dalam gesaannya agar pihak berkuasa menyiasat semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Katanya, bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya disalahkan ataupun dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan seperti desakan beberapa pihak, hanya kerana bertanya mengenai kes pembunuhan tersebut.
"Sekarang ini  Mahathir tidak melakukan kesalahan. Nak siasat beliau (Mahathir) kenapa?
"Beliau ( Mahathir) hanya tanya, siapa yang memberi arahan (pembunuhan Altantuya)? Adakah itu dianggap hasutan?
"Beliau hanya nak tahu siapa mengarah. Jadi, siasatan kalau boleh, menjuruskan kepada untuk mendapat jawapan, ataupun siapa yang mengarah," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Terdahulu, beliau menulis di laman Twitternya @TSMusaHassan mengatakan, pihak polis perlu membuka semula kes itu, walaupun mahkamah sudah mensabitkan kesalahan, agar segala pertanyaan perdana menteri paling lama berkhidmat itu terjawab.
Kata Musa menerusi tweetnya,  Mahathir langsung tidak melakukan kesalahan apabila mengeluarkan kenyataan menggesa pihak berkuasa menyiasat kes itu.
" Mahathir tidak melakukan kesalahan beliau menyuarakan pertanyaan harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," kata beliau yang merupakan ketua polis negara semasa pembunuhan itu berlaku pada Oktober 2006.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siasat-semula-kes-altantuya-dr-m-tak-salah-menyoal-kata-musa-hassan#sthash.adF1cXcS.dpuf


JENG JENG 

JENG


woit
 yang bercakap ini
bekas ketua polis negara
bukan 
bekas ketua twiter negara
kah kah kah
APA JAWAPAN KTN



----------------------