KITA
SEMUA CUCU TOK JANGGUT
Engku
Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak
dan Penghulu Adam,
dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan
pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan
ini membimbangkan Encik Latiff.
Pada 29
April 1915,
Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang
diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib
untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku,
Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke
Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin
memberontak dan merampas kuasa.
Dipungut
dari : Ismaic modernism in Malaya: the life and thought of Sayid
Syekh al-Hadi 1867-1934
Pada
29 April 2015 ini adalah hari ulang tahun ke 100 PERJUANGAN Tok
Janggut. Seratus tahun dahulu Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
a.k.a Tok Janggut telah bangun menentang British kerana cukai.
Seratus
tahun kemudian pada 29 April 2015 ini seluruh rakyat Malaysia
sedang menyusun gerakan rakyat untuk melawan cukai kerajaan United
Malays National Organisation. Rakyat Malaysia sedang bangun melawan
kerajaan Ketuanan Melayu yang dieram, dilahir dan dibesarkan oleh
British. Justeru mengikut salasilah jalur sejarah perjuangan melawan
cukai ini menjadikan kita semua cucu Tok Janggut.
Seratus
tahun dahulu British dengan licik telah memisahkan 4 wilayah Tanah
Melayu untuk menjadi wilayah Siam dengan Pejanjian Anglo-Siam Treaty
1909. Dalam masa yang sama British juga telah memasukan Kelantan ke
dalam pentabiran Tanah Jajahan British. Tujuan penjajahan ialah
menjarah dan merompak harta kekayaan Kelantan. Cara senang kuasa
kolonial British mendapat harta kekayaan ialah dengan memaksa
rakyat Kelantan membayar cukai.
Ini
tidak ada beza dengan parti politik buatan British – United Malaya
National Organisation. Semenjak British mengundurkan diri - Parti
politik Ketuanan Melayu ini telah berpesta merembat dan menjarah
harta negara. Hasilnya - dana simpanan negara semakin susut. Nilai
Ringgit semakin kuncup. Malaysia berada dilandasan menuju jalan
bangkrap.
Sedar
akan kekurangan duit maka gerombolan Ketuanan Melayu ini sedang
memaksa rakyat membayar cukai. Seratus tahun dahulu – dizamam Tok
Janggut - cukai dipungut untuk memperkaya Baginda Queen. Seratus
tahun kemudian cukai dipaksa untuk memperkaya Najib Rosmah dan
kuncu-kuncunya.
Seratus
tahun dahulu kuasa Penjajah British memaksa warga Kelantan membayar :
1-
cukai tanah
2-
cukai kepala 1 ringgit setahun
3-
cukai pokok buah-buahan 3 sen setahun
4-
cukai kelapa 3 sen setandan
5-
cukai sireh 5 sen sejunjung
Manakala
United Malays National Organsiation telah memaksa rakyat membayar
cukai 6% setiap barang yang dibeli. Sebelum ini orang ramai juga
dipaksa membayar Cukai Khidmat sebanyak 10%. Justeru jumlah kedua
cukai ini menjadi 16%. Ini belum termasuk barang-barang yang kita
beli itu telah terlebih awal dicukai. Semua ini jelas rompakan ke
dalam saku kita yang dijalankan oleh Najib Rosmah.
Seratus
tahun dahulu British TIDAK berselindung apabila memaksa rakyat
membayar cukai. Warga Kelantan dipaksa membayar kerana British datang
dengan soldadu dan sepoy dari India. Malah Sultan Kelantan terpaksa
akur dan bersubahat dengan British.
Hari
ini United Malaya National Organsiation telah mengupah para Mufti
dan Agamawan untuk mengeluarkan fatwa fatwi yang menghalalkan
pungutan cukai ini. Saperti biasa ada gulungan agamawan yang menjual
agama bersekongkol dengan lanun untuk merompak orang ramai.
Untuk
memaksa rakyat Malaysia membayar cukai pelbagai hukum hakam telah
disediakan. Akta Hasutan, Akta Keganasan, Akta Himpunan – semua ini
adalah hukum hakam yang diluluskan secara tegesa-gesa untuk
memastikan orang ramai akan takut. Undang-uandang ini diluluskan
untuk menekan orang ramai dari membantah cukai zalim ini. Akta-akta
ini menjadi tembok untuk mendindingi segala kejahatan rasuah dan
rompakan yang telah dan sedang dilakukan oleh Najib Rosmah dan
kuncu-kuncunya.
Untuk
menipu rakyat - untuk menipu orang ramai – United Malays National
Organisation telah memberi nama cukai ini GST. Ini sengaja dirancang.
GST ialah GOOD and SERVICES TAX – ini perkataan Inggeris.
Nama
Inggeris ini sengaja dipilih dalam usaha untuk menipu orang kampong
yang TIDAK faham bahasa Inggeris. Dengan penggunan G-S-T perkataan
CUKAI telah diketepikan. Ini adalah taktik perang saraf yang
bertujuan untuk mengolah persetujuan.
Perkataan
C-U-K-A-I akan mengingatkan kembali warga Tanah Melayu dengan
sejarah perjuangan Tok Janggut seratus tahun dahulu. Perkataan cukai
difahami sebagai merampas duit secara resmi. Maka cukai memberi
makna – bangun melawan. Cukai memberi konotasi gelap lagi kotor.
Perkataan
cukai ini juga memberi makna Tok Janggut. Cukai memberi makna kita
semua ini menyambung perjuangan adil Tok Janggut. Manakala GST yang
tidak dihayati maknanya TIDAK membawa apa-apa jalur sejarah
perjuangan.
Biar
diterangkan dengan jelas disini. Gerakan #BatalGST ini bukan
menentang sistem cukai. Ada latar yang kukuh kenapa rakyat wajib
bangun bersama menentang GST.
Dalam
semua negara wajib diwujudkan sistem pengcukaian. Cukai tidak dapat
dielakkan dalam sistem tata negara moden. Malah di zaman Kerajaan
Melaka juga ada cukai. Jong dan tongkang yang masuk ke pelabuhan
Sungai Melaka dikenakan cukai.
Hakikatnya
- cukai digunakan untuk pentabiran daulah. Untuk membayar gaji kaki
tangan penjawat awam. Untuk membayar gaji polis, tentera, hospital,
sekolah dan dan dan. Jelas cukai diperlukan. Mustahil ada negara
wujud tanpa cukai.
Jika
cukai diperlukan kenapa menentang GST? Apa perlunya rakyat turun ke
Dataran Merdeka dan berarak ke KLCC pada Jumaat jam 3 petang pada 1
Mei ini ?
Rakyat
Malaysia akan turun ke jalan raya pada 1 Mei ini kerana menentang
GST. Ini cukai Najib Rosmah. Rakyat membatah GST yang dibebankan
oleh Najib Rosmah keatas warga negara ini.
Rakyat
menentang dan menuntut GST dibatalkan serta merta. Ini kerana telah
dibuktikan bahawa duit cukai negara telah digunakan oleh Rosmah
bercanda-canda mengunakan kapal terbang negara. Duit cukai negara
telah digunakan oleh Rosmah untuk membayar duit kenduri bertunang
anaknya. Rakyat Malaysia tidak bersetuju duit cukai negara
digunakan untuk membayar bil minyak kapal terbang ketika Rosmah dan
Najib terbang ke Kazakhtan untuk kenduri kahwin anak mereka.
Duit
cukai orang ramai tidak boleh digunkan untuk dijadikan dana
pelaboran filem di Holywood. Duit cukai orang ramai TIDAK boleh
digunakan untuk menjadi dana anak Rosmah Mansor membeli rumah
bernilai berjuta dolar di Amerika.
Duit
cukai negara hilang 42 bilion ringgit kerana dirembat oleh Jho Low.
Ahli perniagaan dari Pulau Pinang ini adalah kawan baik anak Rosmah
Mansor. Lelaki berbadan tembam ini juga ialah orang kepercayan Najib
dalam syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini dikepalai oleh Najib Razak
yang juga menteri keewangan.
Kini
satu Malaysia telah diberitahu bahawa negara akan jatuh bengkarap
kerana hutang 1MDB yang melibat dana negara. Sekali lagi diulangi -
dana negara ialah cukai dari duit rakyat.
Tanda
awal untuk mengenal sama ada sebuah kerajaan itu zalim atau tidak
ialah cukai. Kerajaan di negara zalim akan mengenakan cukai kepada
rakyat biasa yang miskin. Manakala yang kaya akan terlepas dari
cukai.
Di
Malaysia – untuk mereka yang berduit – hartawan dan jutawan -
amat sadikit yang membayar cukai. Elit kaya dikelilingi oleh Peguam
dan Akountan yang bijak untuk melarikan kekayaan dari cukai. Malah
harta dan duit mereka besar kemungkinan TIDAK tersimpan dalam negara
Malaysia. Justeru, yang dibebani oleh cukai hanya orang biasa yang
tidak lari kemana bila cukai sampai.
Dalam
negara pemerentah zalim kita akan bertemu dengan jurang pendapatan
yang maha luas. Dalam soalan bertulis di Parlimen - Rosmah Mansor
pernah ditanya tentang harga semalam tidur disebuah hotel di Dubai.
Dikatakan bilik hotel ini untuk satu malam sewanya ialah RM100,000
++.
Soalan
ini tidak akan timbul jika orang kaya bernama Rosmah menggunakan duit
sendiri. Yang menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Najib
Rosmah ialah mereka berdua ini menggunakan duit cukai negara untuk
bercanda canda dan berpoya-poya.
Justeru,
1 Mei 2015 ini adalah hari sejarah. Hari ini rakyat Malaysia
mengingati kembali perjuangan Tok Janggut yang mati dibunuh British.
Mayat pejuang ini digantung kaki keatas kepala kebawah selama 3 hari
di hadapan Istana. Hari ini kawasan ini dipanggil Dataran Merdeka
Kota Baru. Menggantung mayat ini bertujuan untuk menakut-nakutkan
rakyat agar jangan menentang cukai British.
Hari
ini rakyat miskin tidak gentar. Ini pilihan hidup atau mati. Mereka
merasa amat tertekan dengan GST. Belanja sara hidup dengan serta
merta melonjak naik 6%. Ini bermakna duit gaji dalam poket hilang
6%. Dalam masa yang sama upah kerja TIDAK pula naik. Ini amat amat
membebankan gulungan bawahan.
Dalam
masa yang sama kaum pemodal melipat gandakan keuntungan. Orang biasa
– pembeli – disedut duit mereka kerana mereka juga TIDAK arif
dalam hal GST. Malah ada berita melaporkan bagaimana pegawai
kerajaan yang mengendalikan GST ini juga kurang faham tentang GST.
Ketika
tulisan ini digarap kebencian orang ini semakin meluap-luap. Suasana
ini dipanaskan lagi dengan gerakan menuntut Najib Rosmah mengundur
dan meletak jawatan. Serangan Mahathir Muahamad kepada Najib Rosmah
ini sedang merancakkan dan memangkin keinginan orang ramai untuk
turun ke jalan raya menghalau Najib Rosmah.
Najib
Rosmah mahu orang ramai terlentang bersyukur menerima GST ini. Ini
mimpi Najib Rosmah. Rakyat Malaysia telah sebulat tekad Najib Rosmah
akan ditendang bersama GST – sekali gus.
Tok
Janggut – seratus tahun dahulu – telah membuka jalan untuk
diikuti oleh anak cucu zaman berzaman. Jika ada cukai yang zalim anak
cucu Tok Janggut akan turun ke jalan raya. Jumpa Jumaat ini. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini
sila pukultalipon
03-92-2130-45
---------------------