Rabu, 29 April 2015

BUKAN 3 JUTA RINNGIT





Mahathir: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?Hafiz Yatim | 2:21PM Apr 29
dikemaskini 3.15pmBekas PM nak tahu kebenaran cerita RM3 juta dibelanja untuk hiasan majlis perkahwinan.


Orang bercerita Rosmah hidup mewah, kata  Mahathir


Mahathir Mohamad berkata, rakyat kini bercerita mengenai gaya hidup mewah suami perdana menteri Rosmah Mansor, dan tidak kira sama ada ia benar atau tidak, itu merupakan satu masalah.
Memetik laporan portal Malaysiakini,Mahathir juga menafikan menyerang suami Najib Razak itu di blognya, sebaliknya hanya mempersoalkan dakwaan gaya hidup mewah itu.
"Ada khabar angin mengatakan beliau membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-bungaan (ketika majlis perkahwinan anaknya)," kata Dr Mahathir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/orang-bercerita-rosmah-hidup-mewah-kata-dr-mahathir#sthash.lU14DWng.dpuf


KAH KAH KAH

woit
madey ni salah kira
tolong jangan buat fitnah
tolong jangan dengar
berita tak betuk
bukan 3 juta ringgit 
2 juta 99997 ringgit saja
tak lebih tak kurang

APA PUNYA TUUUR


-----------------

AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK






MENYUSAHKAN RAKYAT
Jika sayalah Ahmad Maslan, demi Allah saya akan membunuh diri. Memang membunuh diri adalah dicegah dalam agama Islam, tapi demi maruah agama dan tuhan rabbuljalil, mmg membunuh diri jika bodoh mcm Ahmad Maslan ini, ternyata memang berbaloi dan disukai tuhan. Hidupnya hanya menyusahkan rakyat. on AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK
Anonymous
at 6:11 PM
3.85 POINTER
tengok muka dan cakap dia ni....ada tokoh ke ....3.85. tiga suku adalah kot... on AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:05 PM

tengok muka dan cakap dia ni....ada tokoh ke dapat 3.85 kehkehkeh... on AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK
Anonymous
at 6:03 PM

Sy knl sgt budok ahmad mi...dia mmg bdok bijok....bijok kelentong .. on AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK
Anonymous
at 5:17 PM

URUT URUT
Itulah keadaan Malaysia sekarang. Bik Mama jaga Najib. Najib jaga Malaysia. Maslan jaga ekonomi. Ia sama macam musang jaga reban ayam. Ia sama macam polis jaga kawasan.

Akhbar The Star semalam cerita polis mati (sakit jantung) semasa diurut oleh gadis Siam disebuah rumah urut di Sg. Besi. Musti gadis siam ini comel habis punye sampai boleh sesak napas...kahkahkah.

 Ini bukan pertama kali cerita polis kantoi di rumah urut. Ituhari polis hilang duit semasa sedang syok diurut. Yang bestnya polis ini boleh buat report pulak dimana ia hilang duit...kahkahkah. Agaknye sebab itulah rumah urut ade je tak pernah tutup sebab...lu pikirlah sendiri...kahkahkah. on AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK
panglimo potaseh
at 4:59





--------------

AHMAD MASLAN YANG HASAN MALEK





Ahmad tak tahu apa?


Di mata  Mahathir,  Ahmad Maslan bukanlah tokoh yang sesuai diberi tanggungjawab menjaga ekonomi negara.

Kata bekas perdana menteri itu, Ahmad dilihat seorang yang tidak tahu apa-apa mengenai kewangan.

Kenyataan itu dibuat beliau hari ini sebagai reaksi kepada komen Ahmad






KAH KAH KAH

woit
ini 3.85 pointer
dari universiti new zealand
kah kah kah
ini mesti ijazah beli
nampak hasan maleknya
kah kah kah
OH AHMAD MASLAN

KENPA KAMU 

HASAN MALEK


------------

KITA SEMUA CUCU TOK JANGGUT







KITA SEMUA CUCU TOK JANGGUT



Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff.


Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa. 

Dipungut dari : Ismaic modernism in Malaya: the life and thought of Sayid Syekh al-Hadi 1867-1934

Pada 29 April 2015 ini adalah hari ulang tahun ke 100 PERJUANGAN Tok Janggut. Seratus tahun dahulu Haji Hassan bin Panglima Mat Munas a.k.a Tok Janggut telah bangun menentang British kerana cukai.

Seratus tahun kemudian pada 29 April 2015 ini seluruh rakyat Malaysia sedang menyusun gerakan rakyat untuk melawan cukai kerajaan United Malays National Organisation. Rakyat Malaysia sedang bangun melawan kerajaan Ketuanan Melayu yang dieram, dilahir dan dibesarkan oleh British. Justeru mengikut salasilah jalur sejarah perjuangan melawan cukai ini menjadikan kita semua cucu Tok Janggut.

Seratus tahun dahulu British dengan licik telah memisahkan 4 wilayah Tanah Melayu untuk menjadi wilayah Siam dengan Pejanjian Anglo-Siam Treaty 1909. Dalam masa yang sama British juga telah memasukan Kelantan ke dalam pentabiran Tanah Jajahan British. Tujuan penjajahan ialah menjarah dan merompak harta kekayaan Kelantan. Cara senang kuasa kolonial British mendapat harta kekayaan ialah dengan memaksa rakyat Kelantan membayar cukai.

Ini tidak ada beza dengan parti politik buatan British – United Malaya National Organisation. Semenjak British mengundurkan diri - Parti politik Ketuanan Melayu ini telah berpesta merembat dan menjarah harta negara. Hasilnya - dana simpanan negara semakin susut. Nilai Ringgit semakin kuncup. Malaysia berada dilandasan menuju jalan bangkrap.

Sedar akan kekurangan duit maka gerombolan Ketuanan Melayu ini sedang memaksa rakyat membayar cukai. Seratus tahun dahulu – dizamam Tok Janggut - cukai dipungut untuk memperkaya Baginda Queen. Seratus tahun kemudian cukai dipaksa untuk memperkaya Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya.


Seratus tahun dahulu kuasa Penjajah British memaksa warga Kelantan membayar :
1- cukai tanah
2- cukai kepala 1 ringgit setahun
3- cukai pokok buah-buahan 3 sen setahun
4- cukai kelapa 3 sen setandan
5- cukai sireh 5 sen sejunjung

Manakala United Malays National Organsiation telah memaksa rakyat membayar cukai 6% setiap barang yang dibeli. Sebelum ini orang ramai juga dipaksa membayar Cukai Khidmat sebanyak 10%. Justeru jumlah kedua cukai ini menjadi 16%. Ini belum termasuk barang-barang yang kita beli itu telah terlebih awal dicukai. Semua ini jelas rompakan ke dalam saku kita yang dijalankan oleh Najib Rosmah.

Seratus tahun dahulu British TIDAK berselindung apabila memaksa rakyat membayar cukai. Warga Kelantan dipaksa membayar kerana British datang dengan soldadu dan sepoy dari India. Malah Sultan Kelantan terpaksa akur dan bersubahat dengan British.

Hari ini United Malaya National Organsiation telah mengupah para Mufti dan Agamawan untuk mengeluarkan fatwa fatwi yang menghalalkan pungutan cukai ini. Saperti biasa ada gulungan agamawan yang menjual agama bersekongkol dengan lanun untuk merompak orang ramai.

Untuk memaksa rakyat Malaysia membayar cukai pelbagai hukum hakam telah disediakan. Akta Hasutan, Akta Keganasan, Akta Himpunan – semua ini adalah hukum hakam yang diluluskan secara tegesa-gesa untuk memastikan orang ramai akan takut. Undang-uandang ini diluluskan untuk menekan orang ramai dari membantah cukai zalim ini. Akta-akta ini menjadi tembok untuk mendindingi segala kejahatan rasuah dan rompakan yang telah dan sedang dilakukan oleh Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya.


Untuk menipu rakyat - untuk menipu orang ramai – United Malays National Organisation telah memberi nama cukai ini GST. Ini sengaja dirancang. GST ialah GOOD and SERVICES TAX – ini perkataan Inggeris.

Nama Inggeris ini sengaja dipilih dalam usaha untuk menipu orang kampong yang TIDAK faham bahasa Inggeris. Dengan penggunan G-S-T perkataan CUKAI telah diketepikan. Ini adalah taktik perang saraf yang bertujuan untuk mengolah persetujuan.

Perkataan C-U-K-A-I akan mengingatkan kembali warga Tanah Melayu dengan sejarah perjuangan Tok Janggut seratus tahun dahulu. Perkataan cukai difahami sebagai merampas duit secara resmi. Maka cukai memberi makna – bangun melawan. Cukai memberi konotasi gelap lagi kotor.

Perkataan cukai ini juga memberi makna Tok Janggut. Cukai memberi makna kita semua ini menyambung perjuangan adil Tok Janggut. Manakala GST yang tidak dihayati maknanya TIDAK membawa apa-apa jalur sejarah perjuangan.

Biar diterangkan dengan jelas disini. Gerakan #BatalGST ini bukan menentang sistem cukai. Ada latar yang kukuh kenapa rakyat wajib bangun bersama menentang GST.

Dalam semua negara wajib diwujudkan sistem pengcukaian. Cukai tidak dapat dielakkan dalam sistem tata negara moden. Malah di zaman Kerajaan Melaka juga ada cukai. Jong dan tongkang yang masuk ke pelabuhan Sungai Melaka dikenakan cukai.

Hakikatnya - cukai digunakan untuk pentabiran daulah. Untuk membayar gaji kaki tangan penjawat awam. Untuk membayar gaji polis, tentera, hospital, sekolah dan dan dan. Jelas cukai diperlukan. Mustahil ada negara wujud tanpa cukai.

Jika cukai diperlukan kenapa menentang GST? Apa perlunya rakyat turun ke Dataran Merdeka dan berarak ke KLCC pada Jumaat jam 3 petang pada 1 Mei ini ?

Rakyat Malaysia akan turun ke jalan raya pada 1 Mei ini kerana menentang GST. Ini cukai Najib Rosmah. Rakyat membatah GST yang dibebankan oleh Najib Rosmah keatas warga negara ini.

Rakyat menentang dan menuntut GST dibatalkan serta merta. Ini kerana telah dibuktikan bahawa duit cukai negara telah digunakan oleh Rosmah bercanda-canda mengunakan kapal terbang negara. Duit cukai negara telah digunakan oleh Rosmah untuk membayar duit kenduri bertunang anaknya. Rakyat Malaysia tidak bersetuju duit cukai negara digunakan untuk membayar bil minyak kapal terbang ketika Rosmah dan Najib terbang ke Kazakhtan untuk kenduri kahwin anak mereka.

Duit cukai orang ramai tidak boleh digunkan untuk dijadikan dana pelaboran filem di Holywood. Duit cukai orang ramai TIDAK boleh digunakan untuk menjadi dana anak Rosmah Mansor membeli rumah bernilai berjuta dolar di Amerika.


Duit cukai negara hilang 42 bilion ringgit kerana dirembat oleh Jho Low. Ahli perniagaan dari Pulau Pinang ini adalah kawan baik anak Rosmah Mansor. Lelaki berbadan tembam ini juga ialah orang kepercayan Najib dalam syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini dikepalai oleh Najib Razak yang juga menteri keewangan.

Kini satu Malaysia telah diberitahu bahawa negara akan jatuh bengkarap kerana hutang 1MDB yang melibat dana negara. Sekali lagi diulangi - dana negara ialah cukai dari duit rakyat.

Tanda awal untuk mengenal sama ada sebuah kerajaan itu zalim atau tidak ialah cukai. Kerajaan di negara zalim akan mengenakan cukai kepada rakyat biasa yang miskin. Manakala yang kaya akan terlepas dari cukai.

Di Malaysia – untuk mereka yang berduit – hartawan dan jutawan - amat sadikit yang membayar cukai. Elit kaya dikelilingi oleh Peguam dan Akountan yang bijak untuk melarikan kekayaan dari cukai. Malah harta dan duit mereka besar kemungkinan TIDAK tersimpan dalam negara Malaysia. Justeru, yang dibebani oleh cukai hanya orang biasa yang tidak lari kemana bila cukai sampai.

Dalam negara pemerentah zalim kita akan bertemu dengan jurang pendapatan yang maha luas. Dalam soalan bertulis di Parlimen - Rosmah Mansor pernah ditanya tentang harga semalam tidur disebuah hotel di Dubai. Dikatakan bilik hotel ini untuk satu malam sewanya ialah RM100,000 ++.

Soalan ini tidak akan timbul jika orang kaya bernama Rosmah menggunakan duit sendiri. Yang menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Najib Rosmah ialah mereka berdua ini menggunakan duit cukai negara untuk bercanda canda dan berpoya-poya.

Justeru, 1 Mei 2015 ini adalah hari sejarah. Hari ini rakyat Malaysia mengingati kembali perjuangan Tok Janggut yang mati dibunuh British. Mayat pejuang ini digantung kaki keatas kepala kebawah selama 3 hari di hadapan Istana. Hari ini kawasan ini dipanggil Dataran Merdeka Kota Baru. Menggantung mayat ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar jangan menentang cukai British.

Hari ini rakyat miskin tidak gentar. Ini pilihan hidup atau mati. Mereka merasa amat tertekan dengan GST. Belanja sara hidup dengan serta merta melonjak naik 6%. Ini bermakna duit gaji dalam poket hilang 6%. Dalam masa yang sama upah kerja TIDAK pula naik. Ini amat amat membebankan gulungan bawahan.


Dalam masa yang sama kaum pemodal melipat gandakan keuntungan. Orang biasa – pembeli – disedut duit mereka kerana mereka juga TIDAK arif dalam hal GST. Malah ada berita melaporkan bagaimana pegawai kerajaan yang mengendalikan GST ini juga kurang faham tentang GST.

Ketika tulisan ini digarap kebencian orang ini semakin meluap-luap. Suasana ini dipanaskan lagi dengan gerakan menuntut Najib Rosmah mengundur dan meletak jawatan. Serangan Mahathir Muahamad kepada Najib Rosmah ini sedang merancakkan dan memangkin keinginan orang ramai untuk turun ke jalan raya menghalau Najib Rosmah.


Najib Rosmah mahu orang ramai terlentang bersyukur menerima GST ini. Ini mimpi Najib Rosmah. Rakyat Malaysia telah sebulat tekad Najib Rosmah akan ditendang bersama GST – sekali gus.

Tok Janggut – seratus tahun dahulu – telah membuka jalan untuk diikuti oleh anak cucu zaman berzaman. Jika ada cukai yang zalim anak cucu Tok Janggut akan turun ke jalan raya. Jumpa Jumaat ini. ( TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini
sila pukultalipon
03-92-2130-45




---------------------

MAHATHIR CERAMAH UNTUK PAKATAN






PRK: 'Kritikan Mahathir macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek


KUALA LUMPUR: Kritikan Mahathir kepada Najib  Razak akhir-akhir ini diibarat ceramah percuma untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat semasa pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin pada Mei ini.

Bekas presiden MCA,  Chua Soi Lek berkata, tindakan Mahathir itu dilihat lebih kepada langkah merosakkan kredibiliti Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) daripada usaha membantu memberi kemenangan parti pada kedua-dua PRK berkenaan.


KAH KAH KAH

woit
bijak bijak
pelakon video ini
cekap dan tepat
yang mulia TUN
sekarang sedang kempen
untuk PAKATAN 
lagi lama lagi panjang
najib madey gaduh
lagi molek lagi baik
lagi cun melecun
CUN CUN CUN


-----------------

GERAKAN TIBAI NAJIB






GTN DI USM

pagi khamis
30 april 2015
gerakan tibai najib
akan berada di USM


MAHATHIR

 BERTANYA:
1- siapa arah sirul
2 - siapa upah sirul
3 - RM42 bilion sapa rembat?



---------------

RAPE ITU ROGOL






KOMENTAR


rape in english
rogol in malay
dua dua mula dengan R



Masyarakat Melayu tersepit dalam bahasa 

sendiri, kata Rais


Masyarakat Melayu hari ini tersepit dalam penggunaan bahasa sendiri disebabkan kekangan dasar, pelaksanaan dan keadaan semasa, hingga menyebabkan karya penulis Melayu tidak memberangsangkan di pasaran.
Rais Yatim (gambar) berkata untuk mengatasi masalah itu Malaysia perlu bersahabat dengan negara jiran, Indonesia, bagi mencari jalan penyelesaian mengetengahkan karya Bahasa Melayu ke republik itu dan sebaliknya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masyarakat-melayu-tersepit-dalam-bahasa-sendiri-kata-rais#sthash.hymClHu0.dpuf

KAH KAH KAH

woit
cakap nak tukar
guna PRECINCT
sampai sekarang tak tukar
bukan tak ada perkataan melayu
contihnya RAPE dalam BI
ada ROGOL danlam BM
kah kah kah

APA CERITA ROGOL


----------------

SIAPA TOKAN ITU









KOMENTAR
sila teka
siapa angaknya
tokan dadah ini




Isteri ‘lelaki berpengaruh’ beri Chong Wei kapsul bahan terlarang, kata laporan

Dadah anti-radang dexamethasone yang diharamkan ditemui di dalam kapsul Cordyceps yang diambil oleh jaguh badminton  Lee Chong Wei yang diterimanya daripada isteri seorang "lelaki yang sangat berpengaruh di Malaysia", menurut laporan panel 3 anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF). - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isteri-lelaki-berpengaruh-beri-chong-wei-kapsul-bahan-terlarang-kata-lapora#sthash.sBCBDOw5.dpuf


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
tak jelas  berita ini
isteri ke suami ke
yang berpengaruh
my lord what could  i say
kah kah kah
my lord what should i ask

KAH KAH KAH










--------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA





TUKAR TIUB

BERITA SEDUNIA

yb amir shaari
exco sukan kerajaan selangor
dipanggil datang 
ke rumah pasong dang wangi

petang ini jam 2:30 petang
yb amir bersama
 peguam radzlan jalaludin
akan ke dang wangi

mata mata ingin soal siasat
tentang demo #KitaLawan pada
28 mac 2015




---------

#KITA LAWAN TERUS MELAWAN





#KITA LAWAN
 TRENDING #1 
DI TWITTER
Hastag #KitaLawan sedang trending tertinggi di Malaysia di laman Twitter ketika ini membuktikan perjuangan anak muda telah membuka mata dan menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia untuk bersama dengan #KitaLawan.
Tidak kira melalui pilihanraya mahupun jalan raya, anak muda akan terus melawan kezaliman dan penindasan. Yang pasti dalam masa 3 hari lagi, rakyat akan turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur untuk melawan GST.
Moga perbincangan di laman-laman sosial ini akan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa suara rakyat ini mampu melakukan perubahan. 
Desakan anak muda pada Himpunan 7 Mac 2015 agar #UndurNajib dan #BebasAnwar kini telah menampakkan keretakkan dan perpercahan di kalangan pimpinan UMNO. Pastinya, tuntutan anak muda #KitaLawanGST pada Himpunan 1 Mei 2105 akan memberi kesan yang mendalam jika kerajaan terus menzalimi rakyat melalui cukai GST.
Juga, ceramah grand finale #KitaLawanGST akan diadakan pada hari Khamis, 30 April 2015 jam 8.30 malam bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Segala pemberitahuan terakhir mengenai pergerakan Himpunan 1 Mei 2015 akan dimaklumkan pada malam tersebut.  
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!
Sebarkan
28 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN





-------------------