SEHATi
SEKEPALA
BANA
Seorang ahli Umno hari ini memfailkan saman terhadap presiden parti menggesa beliau menjawab rentetan peristiwa yang terjadi melibatkan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Peguam bagi plaintif, Hanif Khatri memberitahu The Malaysian Insider saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.
"Pada dasarnya ini adalah saman oleh Umno untuk Umno, meminta presiden parti bertanggungjawab terhadap kronologi yang berkaitan wang RM2.6 bilion itu, dari mana datangnya, ke mana perginya, berapa banyak yang tinggal dan pulangkan ia bagi kebaikan Umno," katanya, sambil menambah beliau akan menjelaskan lebih lanjut pada satu sidang media hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, saman difailkan itu bertujuan mencabar Najib mengemukakan penyata kewangan parti bagi membuktikan beliau menerima wang itu.
"Saman difailkan terhadap Najib untuk beliau mengemukakan penyata kewangan parti yang mengatakan beliau terima derma RM2.6 bilion itu," kata sumber dalaman Umno.
Katanya, saman itu akan memetik Perlembagaan Umno yang menyentuh mengenai dana parti, yang mana ia perlu diisytiharkan kepada ahli.
"Oleh kerana ini proses perundangan, kita akan petik beberapa perlembagaan dalam parti berdasarkan artikel yang menuntut beliau mendedahkan kepada ahli di mana sumber dana itu didapati," katanya.
Sumber itu juga berkata, ahli Umno seluruh negara bakal memfailkan saman tersebut selepas ini selepas yang pertama di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, beberapa peguam juga sedang menyiapkan kertas untuk menyaman Najib dan bertindak selaku wakil kepada ahli Umno tersebut.
"Setiap ahli seluruh negara akan mengambil langkah sama satu persatu dengan mengemukakan saman ini terhadap presiden," kata sumber itu.
Walaupun ahli yang mengemukakan saman tersebut berdepan risiko bakal dipecat, kata sumber, mereka akan meneruskan tindakan itu untuk menjaga parti yang mereka sayangi.
"Ahli rela dipecat daripada membiarkan parti yang mereka sayangi ini terkorban dan lenyap," katanya sambil menambah kes kali ini dijangka menarik kerana ahli Umno sendiri yang akan melawan Najib selaku pihak yang disaman. – 28 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-disaman-umno-berhubung-derma-rm2.6-bilion#sthash.9hofJ69n.dpuf
KAH KAH KAH
woit
gwa susah cakap
gwa sudah bilang
lu tak caya
kah kah kah
perang makin luas
perang makin merebak
kah kah kah
sikalang isteri rosmah
kena saman ahli parti sendiri
kah kah kah
sikalang manyak susah
elopah tak tak pigi
mana mau sopping
kah kah kah
TAHNIAH!
-------------------