Khamis, 19 November 2015

TTPA - MALAYSIA AKAN DIJUAL









TTPA

MALAYSiA


DIJUAL 


TIMBANG 


KATI

---------------

LAWAK MALAM INI



LAWAK

MALAM INi






 | November 19, 2015
Azalina-Othman-Said_jpm_600
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan dan pengalaman More ››



KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
tak ada apa nak komen
kah kah kah
nak cakap apa lagi
mana ada ngok
ngakju ngok
kah kah kah

SEMUA NGOK


----------

TERIMA KASEH HUSAM









BALAK

DAH TEBANG

TiNGGAL 

TANAH 

KONTANG


Jawatankuasa khas pantau pembangunan tanah di Lojing, kata menteri besar

Kelantan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau pembangunan tanah pertanian di Lojing, bagi mengatasi masalah hakisan yang menjejaskan alam sekitar.
Menteri Besar Ahmad Yakob berkata jawatankuasa itu yang dianggotai pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan di tanah tinggi tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawatankuasa-khas-pantau-pembangunan-tanah-di-lojing-kata-menteri-besar#sthash.BtZzmgR5.dpuf


KAH KAH KAH
woit
terima kaseh husam
kalau husam tak cakap
satyu habuk tak jalan
balak ooo balak
dah habis atu belum
kah kah kah

BALAK LAGi

-------------

ISIS - PECAH DAN PERINTAH








DARI ARKIB

15/7/2015





ISIS - PECAH DAN PERINTAH

“[The Yinon plan] is an Israeli strategic plan to ensure Israeli regional superiority. It insists and stipulates that Israel must reconfigure its geo-political environment through the balkanization of the surrounding Arab states into smaller and weaker states.


Minggu lalu saya telah menulis tentang stratiji  global Anglo-Amerika untuk meneruskan Perang Dingin dan Perang Terkawal. Saya juga telah menulis tentang The Yinon Plan. Mengikut Yinon Plan - secara terang  dan jelas Israel telah merancang untuk memecahkan negara-negara Arab demi keselamatan Israel.
Negara Arab yang berpotensi melawan Israel wajib dipecahkan. Negara-negara ini wajib dilemahkan. Ini adalah stratiji geo-politik - strateji yang bersangkutan dengan alam, kawasan dan wilayah.

Ketika saya menulis ini Rancangan Yinon ini sedang berjalan lancar. Projek ini sedang diuruskan oleh  - Monshe Ya’alon - bekas Ketua  Special Branch dan kini Menteri Pertahanan Israel.

Justeru, warga dunia  sedang melihat Iraq diserang dan kini sedang dipecahkan untuk menjadi tiga wilayah - Sunni, Shiah dan Kurdish. Selama tiga tahun bermula dari  tahun 2013 -  Syria telah diserang hingga ke hari ini. Dunia melihat kehancuran yang sedang dihadapi oleh Syria. Negara Arab ini sedang menuju kehancuran dan akan menjadi ‘failed state atau daulah gagal’. Ketika ini daulah Syria tidak lagi ada keupayaan untuk menjaga keselamatan sempadan. 

Lebanon telah berkali-kali lunyai diserang Israel. Sudan telah pecah menjadi Sudan Selatan dan Sudan Utara semenjak tahun 2011. Libya sedang dalam proses pemecahan. Mesir dalam keadaan yang amat miskin.  Semua ini adalah hasil dari perancangan yang tersusun dalam projek untuk mewujudkan apa yang di panggil Greater Israel - Israel Raya.

Israel Raya ini akan bermula dari Sinai Mesir, Palestin, Lebanon, Jordan  dan Syria. Ramai warga dunia TIDAK sedar bahawa hingga ke hari ini Israel masih tidak memiliki peta  yang menunjukkan wilayah dan sempadannya. Ini kerana proses untuk mewujudkan apa yang dipanggil Israel Raya masih berjalan. Gaza dan Lebanon Selatan itu hanyalah ‘aji-no-moto’ dalam Projek Yinon yang lebih besar.

Ketika  kancah politik Timur Tengah hangat berkecamok dan mengelegak kuasa imperialis Amerika telah mengeluarkan satu dokumen penting. Dokumen - National Military Strategy of the United States of America 2015 - melakarkan strateji Amerika untuk dunia hari ini. Secara jelas dokumen ini menyatakan siapa kawan dan siapa musuh Amerika.

Mengikut dokumen ini - di Timur Tengah Amerika akan sentiasa membantu Jordan,   Saudi, Kuwait,  Qatar, UAE, Bahrain dan Pakistan.  
Dalam masa yang sama dokumen ini juga menunjukkan bahawa Jordan, Saudi, Kuwait, Qatar dan Pakistan adalah  negara-negara yang sedang membantu dan mendanai ‘kumpulan extremis Islam’ yang sedang menghuru harakan dunia.

Dengan jelas dan tuntas mengikut dokumen ini musuh Amerika pada ketika ini ialah Russia, China, Iran dan Korea Utara. Amerika melihat Russia dan China memiliki potensi ekonomi dan kekuatan tentera yang boleh menandingi Amerika. 

Satu dokumen dasar - Project for the New American Century (PNAC)  - yang  telah diajukan ke Rumah Puteh pada tahun 1997 oleh pemikir berhaluan kanan  kini diguna pakai sebagai dasar Amerika.  Dasar PNAC ialah Amerika  tidak akan membenarkan mana-mana negara untuk memiliki kuasa ekonomi dan tentera yang boleh menandingi kuasa Amerika. Justeru China dan Russia adalah musuh.

Intipati dari dasar PNAC ini ialah : Kepimpinan Amerika adalah baik untuk Amerika dan baik untuk dunia. 

Ini adalah dasar yang sedang digunakan oleh Amerika. Semua tindak tanduk, dasar luar, dasar ketenteraan, perjanjian ekonomi dan dasar budaya Amerika berlandaskan intipati PNAC ini. 

Negara-negara lain dalam dunia ini  hanyalah  wilayah jajahan dalam Empire Amerika. Amerika kerana memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera  yang maha agung telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi kuasa hegemon - menjadi Empire.

Berlandaskan dokumen-dokumen ini dunia sedang melihat Dasar Pertahanan Amerika  telah beralih  ke Asia. Dasar baru ini dipanggil  Pasak Asia  atau Pivot Asia. Pasak Asia ini dimulakan oleh Presiden Obama pada tahun 2012. Dasar pertahanan Amerika yang baru ini tidak lari dari dasar PNAC. Malah Pasak Asia memperkukuh dasar PNAC.

Justeru, kita akan melihat perubahan  mendadak di wilayah Asia Tenggara.  Bala tentera Amerika akan dialih untuk berlabuh dan berpengkalan di Asia. Kawan setia Amerika saperti Siam dan Pilipina telah menyediakan tapak-tapak untuk pengekalan tentera darat dan udara. Kapal laut dan kapal selam Amerika akan mengawal Selat Melaka. Latihan bala tentera akan sering berlaku di Asia Tenggara. Singapura akan menjadi ‘ kedai pomen’ untuk ‘ membaikai’ alat jentera yang rosak.

Tetiba - warga Malaysia telah  diberitahu  bahawa Inchek Barack Obama akan datang sekali lagi ke Malaysia. Kali ini Inchek Obama datang untuk meminta  tanah. Inchek  Obama bukan hendak membuka  ladang tebu atau  membuka kolam udang tetapi meminta kawasan  untuk pengekalan soldadu Amerika. Mustahil Inchek Obama datang untuk membeli petai dan tempoyak.

Bagaimana semua ini kait mengait dengan ISIS. Apa pula hubungan semua ini dengan Zionis Israel?

Saya nyatakan disini bahawa satu kesilapan jika kita gagal untuk melihat perancangan  global Amerika ini berkait rapat dengan Israel dan berkait rapat dengan ISIS.

Negara yang dipanggil Israel diwujudkan pada  tahun 1948. Israel adalah sebuah negara  yang diwujudkan oleh kuasa Anglo-Amerika. Bumi  Palestin telah dirampas dan dijajah untuk mendirikan apa yang dipanggil  Israel.  Negara yang bernama Israel ini sebenarnya adalah pengkalan tentera Amerika. Peranan Israel ialah memastikan bahan bakar petrolium dari Timur Tengah akan terus menerus sampai ke pasaran dunia.

Bahan bakar petrolium ini adalah asas ekonomi dunia hari ini. Jika tersekat, jika terganggu gugat pengaliran  bahan mentah  ini maka dunia kapitalis akan tutup kedai. Justeru  Israel dan kaum Zionis lebih diyakini oleh kuasa imperial Anglo-Amerika untuk menjadi  polis yang setia di Timur Tengah.

Dasar Pertahanan  Amerika, dasar PNAC dan Yinon Plan - semuanya dalam kerangka yang sama. Semua ini adalah projek Zionis-Anglo-Amerika untuk mengawal dan mendominasi.
Minggu lalu secara tuntas telah dinyatakan bahawa ISIS ini bertelor, mengeram dan menetas dalam reban CIA - dalam kandang Amerika.  Sama saperti Zionis Israel, gerombolan Isis juga  sedang melunaskan dasar  dan  strateiji pertahanan Amerika.

Jika Isreal digunakan oleh imperialis Anglo-Amerika sebagai soldadu untuk menjaga dan mengawal Timur Tengah  maka ISIS sedang digunakan  sebagai samseng yang membuat huru hara.

Pasti ada pembaca yang akan merasa kurang senang apabila saya menyatakan secara jelas bahawa Isis ini adalah anak syarikat imperialis Amerika. Isis dengan retorik Islam, dengan bacaan ayat suci, dengan takbir  dan dengan niat untuk mendirikan sistem Khalifah  pasti ada pembaca akan menjadi terganggu dengan pernyataan saya.

Sebenarnya bukan susah sangat untuk memahami projek Isis ini. Mari kita lihat kembali sejarah Tanah Melayu.  Parti Komunis Malaya ( PKM) telah ditubuhkan pada tahun 1930. Tujuan PKM ialah berjuang untuk menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Musuh PKM ialah penjajah British.

Tetapi apabila Jepun melanggar Tanah Melayu ( 1941)  , British telah bekerjasama dengan PKM dalam usaha untuk menentang Jepun. British telah menghantar  senjata kepada gerila PKM. Selesai perang dan Jepun berundur  maka PKM dan British menjadi musuh kembali. Ini fakta sejarah.

Pekara yang sama berlaku pada tahun 1979 apabila Zbigniew Brzezinski - Penasehat Keselamatan  Negara Presiden Jimmy Cater ( 1977-1981) - telah menubuhkan Mujahiden di Afghanistan. Dari perancangan ini munculnya Al-Qaeda, Usama ben Ladin.  Dari reban yang sama munculnya  pula Abu Musab al-Zaqarwi, Jabhat al-Nusra , Isis  dan Abu Bakr al-Baghdadi

Di Afghansitan kumpulan-kumpulan dan suku kaum yang menentang kerajaan Kabul telah diberi latihan, dana dan diberi senjata oleh  Amerika. Peshawar di  Pakistan menjadi pengkalan Mujahiden.  Manakala Tok  Arab Ibni Saudi memberi dinar dan dolar untuk membeli senjata.  Ini juga fakta sejarah.

Hari ini mondus operandi yang sama sedang diguna pakai di Iraq dan Syria.  Pemainnya bertukar - kalau dulu yang bertempur ialah anak-anak muda Afghan - hari ini anak anak muda Arab. Malah dengan teknoloji internet jala Isis telah meluas. Jala ini telah berjaya memerangkap anak-anak muda Islam dari Eropah termasuk dari Malaysia.

Amerika dan kuncu-kuncunya  dalam NATO telah gagal untuk menjatuhkan Bashar al-Assad di Damascus. Ini kerana 1) rakyat masih menyokong Bashar 2)  Syria mendapat bantuan dari Russia dan Iran.  

Justeru Amerika memerlukan strateji baru. Straterji ini ialah dengan menggunakan gerila dan  gerombolan yang menentang Baghdad dan Damascus.  Kalau di Afghanistan pecah perintah mengikut suku kaum. Ada Tajik, Hazara, Baloch dana ada Pashtun. Suku kaum ini diadu dumba untuk memastikan mereka TIDAK akan bersatu menentang kuasa imperialis.

Di Iraq dan Syria - Sunni dan Shia menjadi strateji penting untuk pecah dan perentah. Manakala bangsa Kurdish juga mendapat bantuan dolar dan  senjata.

Secara global - melalui pandangan micro - maka kita akan melihat bahawa Isis ini hanya paku dan tukul dalam strateji  Zionis-Anglo-Amerika. Isis hanya alat sama saperti Mujahideen di Afghanistan. 

Alat dan pekakas ini diperlukan oleh kuasa imperial Amerika untuk terus mendominasi dunia. Amerika ingin mengawal dan menguasai dunia kerana  ingin  mempertahan sistem yang ada sekarang.

Sistem ekonomi kapitalis  yang wujud hari ini memberi nikmat kepada 1% warga dunia manakala 99% yang lain beramok sesama sendiri. Bergaduh tentang mazhab. Bergaduh tentang hudud. Bergaduh tentang dunia kayang-kayangan yang tidak berdiri di bumi nyata. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

---------------

LAGI 26 HARI










APA iTU?


ramai bertanya
apa makna angka
yang dipaparkan?

angka ini adalah
jumlah hari
yang semakin dekat

enam bulan dahulu
pada 14 jun 2015
najib razak telah berjanji
akan menyelesaikan 
masalah besar kes 1MDB
termasuk kesah tok arab 
beri derma 2.6 bilion ringgit
masuk akaun pribadi najib

tukar tiub hanya beri ingatan
tukar tiub menghitung hari
tukar tiub harap
bani melayu jangan cepat lupa

lagi 26 hari
janji najib akan ditunai?


kita tunggu dan lihat






---------------

HARI KHAMIS







HARi INi

KHAMiS


TOK AJi

JADi SAMAN 


KE TAK JADi

SAJE TANYA

NAK BAGi

SUSAH


Jamil Khir beri tempoh kepada Akmal hingga Khamis - Sinar ...

www.sinarharian.com.my/.../jamil-khir-be...
Translate this page
Sinar Harian
4 days ago - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Putrajaya hari ini, ...

Akmal, tempoh mohon maaf hingga Khamis - The Rakyat Post

bm.therakyatpost.com/berita/.../akmal-tempoh-mohon...
Translate this page
4 days ago - 'Umat Islam sendiri yang beri imej negatif terhadap Islam' ... Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan ... memberi Akmalsehingga Khamis untuk memohon maaf di mana pada hari Jumaat ini, ...

Jamil Khir beri tempoh kepada Akmal hingga Khamis pulak..!!

wargamarhaen.blogspot.com/.../jamil-khir-beri-tempo...
Translate this page
4 days ago - Kita bagi tempoh dua hari. Jika tiada (permohonan maaf) kita akan failkan saman pada Khamis ini ," katanya pada media selepas membuat




--------------

MANA YANG MASAK?








MANA DiA


Kertas kerja itu tidak menyatakan secara terperinci objektif perbelanjaan dan program lawatan yang dibatalkan. More ››

KAH KAH KAH

woit
yang dah masak
dimana sorok
dimana simpan
kah kah kah

KANTOi LAGi





----------------

AMIL DAN JAMIL








TUKANG 


PUNGGUT 

DUiT ZAKAT


ADALAH AMiL

TUKANG

REMBAT

DUiT ZAKAT

ADALAH JAMiL

KAH KAH KAH






---------------

DOKUMEN TOK AJI SOHEH










WHEN 

MAK AJi GO


SHOPPiNG

TOK AJi

PLAYS GOLF
 
Yapeim akui dokumen NOW betul, kesal dengan pendedahan


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini mengaku dokumen yang digunakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah "betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya".
Pengarah undang-undang Yapeim Mohd Naser Disa berkata, siri dakwaan Pengarah NOW Akmal Nasir itu bersifat "separuh masak" kerana tidak "mendapatkan penjelasan Yapeim sebelum membuat kesimpulan".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yapeim-akui-dokumen-now-betul-kesal-dengan-pendedahan#sthash.N5qhS3GC.dpuf


KAH KAH KAH
woit
gwa sudah cakap
dokumen bil belanja
semua betul bukan fitnah
ini  kerja orang dalam
yang muak dengan tok aji
yang tahu tok aji 
kaki rembat
yang tahu mak aji
kaki shopping
ini semua tim jual agama
tim rembat duit anak yatim
kah kah kah

ANAK YATiM


-------------

MUSIM DEMO SAMPAI







DEMO 


ANTI OBAMA


JUMAAT INi

Himpunan Bantah Penindasan Amerika dan Zionisma Sempena Kedatangan Obama!

Bersempena dengan kehadiran Presiden Amerika, Barrack Obama ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-27, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu anak muda bertekad untuk mengadakan sebuah aksi bantahan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Mewakili suara ramai rakyat Malaysia, SAMM dan rakan sekutu organisasi massa lain akan berperanan memberitahu dunia bahawa kedatangan Obama tidak disenangi sama sekali.

Kedatangan Obama ke rantau ini juga dijangka bagi memuktamadkan perjanjian TPPA yang merupakan satu perjanjian berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika. Perjanjian TPPA juga dikenali sebagai satu penjajahan baru terhadap tanahair yang turut akan menjejaskan kedaulatan negara, merompak hasil bumi dan satu pembulian ekonomi.

Rakyat Malaysia juga tidak mengalu-alukan kehadiran Obama di atas polisi peperangan oleh pentadbiran Rumah Putih. Amerika perlu mendesak negara haram Israel menghentikan serangan terhadap Palestin dan Amerika juga harus menghentikan semua perang di mana Amerika terlibat secara langsung atau tidak langsung (dengan menggunakan proksi di sesebuah negara).

Maka dengan ini kami mengumumkan aksi bantahan seperti berikut;

Himpunan Bantahan Kedatangan Obama

Tarikh: 20 November 2015 (Jumaat)

Masa : 2 petang

Lokasi : Bermula di Menara Tabung Haji, 

Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


SEMUA

DIJEMPUT

TURUN






-------------

HANYA BERTANYA







HANYA TANYA

JANGAN 


MARAH







-------------