Rabu, 16 Disember 2015

CHINA DATANG BANTU SYRIA








SUASANA

rusia china iran iraq
&
hisbullah 
kini bersama syria


ROTAN DAN UPAH






JENG JENG JENG



SPRM siasat skandal rasuah balak di Kelantan

 | December 16, 2015
Agensi itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.






PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan.
“SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.
“Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” kata SPRM.

JENG JENG JENG

dalam bahasa politik

ini dipanggil

rotan dan upah

akan kena rotan

tapi ada upah

faham tak?

KAH KAH KAH
----------------

INI DON MADEY








LiMA RATUS

RiBU TURUN

BERSiH EMPAT





Ribuan penyokong Kedah, S'gor juga mahu PM undur?

Mahathir Mohamad terus mempersoalkan kenapa beliau seorang disiasat kerana ucapan dan kenyataannya dalam blog yang mendesak pengunduran perdana menteri.
Katanya, gesaan itu bukan dibuat oleh beliau seorang, sebaliknya ramai lagi, termasuk penyokong pasukan Kedah dan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

KAH KAH KAH
woit
memang tak masuk akal
memang tak adil
kenapa don corleone
ooops.. DON MADEY kena
500,000 penyokong bersih
pun mahu najib celah
tapi tak kena pulak
kah kah kah
paling terbaru ribuan 
anak muda kaki bola
mahu najib berambus
kah kah kah
napa don madey sorang kena
madey sekarang godffather
gerakan terajang najib
kah kah kah

DON MADEY



------------

SELAMTKAN NAJIB







TEMA PAU

SUDAH JELAS

SELAMATKAN

NAJiB RAZAK


Ucapan Najib ‘mengecewakan’, hanya pertahankan diri, kata Dr Mahathir

Ucapan presiden Umno Najib Razak pada perhimpunan agung parti baru-baru ini "amat mengecewakan" kerana tertumpu dan terhad kepada mempertahankan dirinya saja, kata  Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berkata, Najib mendakwa dirinya "gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur", tetapi dalam ucapannya, beliau tidak menyentuh mengenai perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ucapan-najib-amat-mengecewakan-hanya-pertahankan-diri-kata-dr-mahathir#sthash.9lLP8rb3.dpuf

KAH KAH KAH
woit
nak kecewa pasal apa
ini pau selamatkan najib
ini pau selamatkan bugis
pahlwan bugis kena serang
bani melayu bangun melawan
kah kah kah
woit ...ini namany
masuk bakul naik lift
kah kah kah

MASUK BAKUL


-------------

SURAH TOK ARAB




SURAH TOK ARAB

Parti United Malays National Organisation baru selesai berhimpun. Himpunan kali ini amat-amat menarik. Najib Razak Presiden kepada parti Ketuanan Melayu ini sedang digasak kiri dan kanan. 

Serangan bertubi-tubi datang awal -  sebelum parti Ketuanan Melayu mula bersidang. Serangan datang dari dalam parti sendiri. Saperti biasa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad terus menyerang. Mahathir dibantu oleh dua pimpinan parti  - Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal. Dua sosok ini telah dilucutkan dari jawatan menteri tetapi masih menjawat kedudukan parti.

Mahathir bekas Presiden parti Ketuanan Melayu ini secara terbuka mahu Najib berundur. Mengikut bacaan politik Mahathir jika Najib terus memimpin hingga ke  PRU14 - parti Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional akan lingkup. Mahathir telah berulang-ulang kali membacakan mantra ini. Mahathir Muhamad - yang dikenali sebagai Yang Amat  Mulia Tun kini menjadi Don Mahathir memimpin Gerakan Anti-Najib.

Gerakan Anti-Najib ini juga mendapat sokongan dari GKCM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia. Ini adalah gerakan ahli-ahli parti Ketuanan Melayu dari  wilayah akar umbi yang mahu Najib berundur. 

GKCM berpendapat Najib ini lebih banyak membawa bala kepada parti dan Bani Melayu. GKCM tidak mahu memikul biawak hidup jauh sekali memikul anak badak.  Justeru, beratus-ratus ketua-ketua cawangan telah mengadakan mesyuarat dan secara terbuka mengadakan sidang akhbar menuntut Najib berundur.  Gerakan ini  kelihatan sebaris  bersama  Yang Amat Mulia Tun.

Justeru, ketika ini GKCM sedang menjadi api dalam sekam. Memperngaruhi ahli-ahli cawangan. Berpropaganda di Bahagian. GKCM sedang menjadi api dibatang rokok. Dihisap atau tidak dihisap bukan lagi soalan. Rokok telah dibakar - menunggu masa sampai ke puntung untuk membakar jari.

Kerana Najib digasak kiri dan kanan maka perhimpunan kali ini bertemakan  Perhimpunan Selamatkan Najib. Dari awal lagi tembok dan benteng telah didirikan untuk memastikan serangan terhadap Najib dapat ditepis dan dikendurkan.

Babak politik yang paling menarik kali ini  ialah Surah Tok Arab. Duit derma dari Tok Arab ini telah menjadi peluru berpandu menyerang Najib. Berdentam berdentum Surah Tok Arab ini berkumandang ke seluruh  alam Melayu. Tak putus-putus Surah Tok Arab ini meledak menjadi tajuk induk dalam portal berita.

Zahid Hamidi pada awalnya  pernah berkata yang duit 2.6 bilion ringgit ini datang dari saekor PENDERMA dari benua Arab bukan dari benua Keling. Bila berita Tok Arab ini muncul saentero alam Melayu tertanya-tanya. Siapakah gerangan Tok Arab yang baik hati ini. Spekulasi bermacam-macam. 

Akhbar luar negara  telah melaporkan berita Putera Walid dari Saudi  dengan garang telah menafikan dirinya ialah Tok Arab itu.

Spekulasi berterusan. Surah Tok Arab ini  menjadi  bertambah hangat. Mengikut kata Zahid Hamidi Saekor Tok Arab menjadi amat-amat gumbira kerana Malaysia berjaya memperkasa mazhab Sunnah Wal Rasuah oppps.. maaf Sunnah Wal Jamaah. Tok Arab ini amat-amat gumbira tanpa bantuan pil kuda atau air ketum Si Tok Arab ini  telah menderma sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan 2.6 bilion ringgit. Ini Surah Tok Arab bahagian awal.

Tetiba, sebelum gerombolan Ketuanan Melayu berhimpun, Najib sebagai Presiden Parti telah membuka mulut. Dari temubual dalam sebuah akhbar Bahasa Inggeris  Najib menggambarkan duit derma ini datang bukan dari saekor Tok Arab. Ada beberapa ekor.
\
Temubual Najib dengan akhbar ini sabenarnya adalah cara Najib berlangir Mandi Air Sabun Fab sebelum ahli-ahli parti Ketuanan Melayu berhimpun. Setelah Mandi Air Sabun Fab ini  maka  Najib boleh  mengaku dirinya suci dan bersih untuk terus memimpin parti Ketuanan Melayu. 

Sayangnya, lebong  Najib  melalui temubual ini  telah   memaksa Zahid bersilat lidah. Kini  Zahid  wajib mengubah ayatnya. Dari saekor Tok Arab kini Tok Arab telah beranak pinak. Dari saekor Tok Arab  kini telah menjadi jamak. Saekor Tok  Arab telah beralih menjadi Tok Tok Tok Tok Tok Arab Arab Arab Arab.  

Surah ini tidak habis disini sahaja.  Ayat dua dari surah ini  secara soheh berkesah bahawa Tok Arab ini menderma kepada parti United Malays National Organisation.  Maka sahlah cakap Najib bahawa duit ini tidak digunakan oleh Najib untuk membeli coli atau beg Birkin suaminya. Najib tidak pernah menggunakan duit rakyat. Najib pakai duit derma untuk kegunaan parti.  Najib menggunakan duit derma Tok Arab ini hanya  untuk kesejahteraan nusa dan bangsa. Alhamdulilah.

Para pembaca jangan lupa -  dari segi sejarah  - awal wahid akhbar Wall Street Journal (WSJ) dari New York yang telah bertanggung jawab  membuka Surah Tok Arab ini. Ini terjadi berbulan-bulan sebelum perhimpunan gerombolan berlangsung. Akhbar WSJ ini melaporkan  bagaimana Najib telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika atau bersamaan 2.6 bilion ringgit. Duit dolar ini dihantar dari bank luar negara masuk ke dalam akaun pribadi sosok yang bernama Muhamad Najib bin Abdul Razak di Ambank.

Jangan lupa - apabila  Surah Tok Arab didengari ramai  - Si Najib marah dan mengugut mahu menyaman akbar WSJ. Dilebongkan - entah ia entah tidak - peguam Najib telah ke hulu ke hilir - dari London ke New York - dari New York ke Masjid India  mencari peguam terbaik dunia untuk menyaman WSJ.

Pada awal wahid Najib menafikan adanya duit  700 juta dolar ini masuk ke akaun pribadi dirinya. Mengikut Najib semua itu fintah dan tohmah. Najib marah dan bengis. Malah seorang pakar  Ilmu Tilek dan Pakar Tangkap Jin telah berkata bahawa tidak masuk akal duit sebanyak itu masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Mengikut pakar Jinnakolojis ini Najib bukan  bodoh saperti Jin yang sering ditipu masuk ke dalam botol.

Pada awalan ketika Surah Tok Arab ini diwahyukan kita sering mendengar suara-suara  dari ahli kabinet Najib.  Menteri jantan, menteri betina  dan menteri tak tentu jantan betina semuanya naik marah. Semua mengatakan akhbar WSJ ini membuat fitnah dan tohmah. Mengikut menteri bergenre Hasan Malik ini  ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Dari segi sejarah salasilah ayat dari Surah Tok Arab  ini sampai terputus-putus. Tetiba wahyu sampai lagi. Ayat baru ini sampai ketika ahli parti sedang berhimpun. Mengikut kata Zahid Hamidi duit derma ini bukan dari beberapa ekor Tok Arab tetapi datang dari  Sebuah Kerajaan Tok Arab yang amat gumbira kerana Malaysia negara Islam yang berjaya. Malaysia berjaya dengan Sunnah Wal Jemaah dan berjaya melawan Isis.  

Bila ayat ini sampai Satu Malaysia jadi lintang pukang. Mula-mula saekor, kemudian beranak pinak dan kini  duit derma ini datang dari kerajaan.

Ketika satu persatu  ayat-ayat Surah Tok Arab ini diturunkan   Yang Amat Mulia Tun duduk tersenyum. Don Mahathir bekas Presiden parti United Malays National Organisation hanya bertanya siapakah gerangan Tok Arab ini. Bolehkah dia berkenal sapa dengan Tok Arab ini? 

Mengikut Mahathir selama 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dia belum pernah berjumpa saekor Tok Arab yang bermurah hati suka menderma.  Mahathir terus membuka salasilah sejarah Universiti Islam Gombak. Ketika universiti ini dalam perancangan untuk didirikan Mahathir pernah cuba  mencari derma dari  Tok Arab dan dari negara kerajaan Arab. Hasilnya satu dinar  pun tak sampai  dari negara-negara Tok Arab. 

Maka timbul pertanyaan : Apakah rahsia Najib yang berjaya mendapat derma yang amat lumayan dari Tok Arab? Apakah kerana isteri Najib tinggi langsing cun dan bergetah hinggakan semua Tok Arab luruh hati dan terus menderma?  Atau Najib ada memakai ilmu  peninggalan Guru Ji?

Surah Tok Arab ini akhirnya menjadi lawak bodoh apabila  Yang Amat Mulia Tun berkata bahawa Tok Arab yang menderma sebanyak 2.6 bilion ringgit ini  mesti Tok Arab Gila. Mungkin masuk akal - kalau tidak gila macam mana boleh bermurah hati mendermakan  duit yang amat banyak. Ini lojik Don Mahathir.

Disebalik lawak bodoh Tok Arab Gila ini Yang Amat Mulia Tun telah mengajukan satu pertanyaan  hakiki. Ini adalah pertanyaan cepu emas untuk talian hayat Najib. Duit sebanyak 2.6 bilion ini bukan untuk Najib tapi untuk parti United Malaya National Organisation. Duit ini sampai sebelum PRU13. Ertinya duit ini telah digunakan untuk parti Ketuanan Melayu berkempen untuk menang dalam PRU13.

Justeru, Don Mahathir hanya ingin melihat laporan Bendahari tentang keluar masuknya duit ini. Permintaan Mahathir ini masuk akal. Malah GKCM telah membuat laporan polis untuk melihat penyatan kira-kira keewangan tahunan parti United Malays National Organisation. 

Perhimpunan Selamatkan Najib telah selesai. Tapi yakinlah Surah Tok Arab ini belum selesai. Pada 4 Disember yang lalu Wall Street Journal telah melaporkan bahawa siasatan kes 1MDB ini sedang berjalan di lima buah negara - Swiss, UK, Amerika, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Wajib disedari bahawa duit derma  Tok Arab sebanyak 2.6 bilion ringgit ini sebenarnya  menjadi kes besar diluar negara. FBI sedang menyiasat. Peguam Negara Swiss telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat. 

Tetapi di Malaysia kes ini hanya ‘decoy’ untuk mengkaburi mata orang ramai. Kes yang betul-betul disiasat oleh SPRM bukan duit Tok Arab tapi duit 45 juta dari SRC International Sdn Berhad yang masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun pribadi. Ini kes pecah amanah.

Dalam Kes SRC International ini tidak  wujud Tok Arab Gila. Tidak wujud surat derma dari Tok Arab.Yang wujud hanyalah empat orang saksi yang telah dihilangkan. Empat orang saksi inilah yang menyimpan ayat-ayat suci yang sedang dicari oleh Bank Negara dan SPRM. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------

KANTOI TERBONGGENG










KANTOi

TERBOGGENG

KOMENTAR
isis diwujudkan
oleh CIA, MOSSAD, MI6
di bantu oleh intel turkey
di senjati oleh saudi & qatar
semakin banyak bukti
semakin terang & jelas





Hackers trace ISIS Twitter accounts back to internet addresses linked to Department of Work and Pensions

Hackers have claimed that a number of Islamic State supporters' social media accounts are being run from internet addresses linked to the Department of Work and Pensions.
A group of four young computer experts who call themselves VandaSec have unearthed evidence indicating that at least three ISIS-supporting accounts can be traced back to the DWP's London offices.
Every computer and mobile phone logs onto the internet using an IP address, which is a type of identification number.
The hacking collective showed Mirror Online details of the IP addresses used by a trio of separate digital jihadis to access Twitter accounts, which were then used to carry out online recruitment and propaganda campaigns.
At first glance, the IP addresses seem to be based in Saudi Arabia, but upon further inspection using specialist tools they appeared to link back to the DWP.
"Don't you think that's strange?" one of the hackers asked Mirror Online. "We traced these accounts back to London, the home of the British intelligence services."
VandaSec's work has sparked wild rumours suggesting someone inside the DWP is running ISIS-supporting accounts, or they were created by intelligence services as a honeypot to trap wannabe jihadis.
However, when Mirror Online traced the IP addresses obtained by VandaSec, we found they actually pointed to a series of unpublicised transactions between Britain and Saudi Arabia.



------------

LAGI KES HIDUP MELAYU






BERiTA BUAT

HAJi HADi



Kerjasama UMNO-PAS bukan perkara utama – Hishamuddin

 | December 15, 2015
Perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.





PETALING JAYA: Kerjasama politik antara UMNO-PAS bukan keutamaan buat masa ini, kata Hishamuddin THussein.
Naib Presiden UMNO itu berkata fokus utama kepimpinan pada ketika ini adalah penyatuan dalaman parti.
“Yang penting bagi UMNO ialah menjaga rumah tangga kita…kita kena pastikan bahawa UMNO itu kuat…pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah,” katanya, memetik laporan Bernama.

KAH KAH KAH
woit
ini berita sakit hati
kalau jinnakolojis
baca berita ini macam mana?
semua jin afrit
akan berkumpul masuk botol?
atau jinakolojis kata
'tak caya tak masuk akal'
kah kah kah
kalau mat sotong baca?
mat sotong terhenti mencandat
kah kah kah

PUTAR LAGi


-----------------

HABIS MALAYSIA DIJUAL








TIDAK DALAM BM
kesian la orang dayak.. asyik kena tipuuuu memanjang..dengan 1malaysia sekali kena muhung.. tanya sikik menteri ni.. dia paham ka baca TPPA tu??? Khabarnya 6000 page.. tapi dapat download cuma 600 page ja.. Buku melayu pun malas baca.. inikan pulak buku english bahasa perjanjian pulak tu.. memang asyik kene tipu je la.. 

Apasal TPPA tak buat dlm bahasa melayu??? sebab orang ramai akan paham.. takde sekor pun dalam malaysia ni, betul2 paham english.. jika ada, bawak mai sorang kat aku.. nescaya aku akan bunuh diri dengan segera..kahkahkah.. cikgu english 20 tahun pun, sembang merapu jer.. inikan pulak rakyat biasa.. mat saleh sendiri pun takkan paham TPPA tu apa, walau ditulis dalam english... Payah sangat ka nak paham? 

Ya.. berjuta2 orang arab sendiri pun, tak paham al-quran.. walaupun cakap bahasa alquran sendiri..inikan pulak ustat2 melayu balik mekah sibuk nak jadi wakil tuhan.. lebong ja lebey...phui... on UGGAH BUAT LAWAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/16/15





--------------

KURANG SIMPAN DUIT







BETUL KE

BERiTA iNI?


Rakyat Malaysia kurang menyimpan wang

 | December 15, 2015
Kadar peratusan rakyat Malaysia menyimpan wang amat rendah berbanding dengan negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun







KUALA LUMPUR: Institusi perbankan di negara ini perlu menambah lebih banyak kempen kesedaran dan program pendidikan untuk mengalakkan rakyat Malaysia menyimpan wang.
Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha ini penting kerana Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju menjelang 2020.
Katanya, peratusan menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia amat rendah berbanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Jepun yang mempunyai kadar simpanan sebanyak 38 peratus.
“Dengan menyemai tabiat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, kerajaan boleh mengambil jalan keluar dengan mengurangkan pinjaman luar negara



KAH KAH KAH

alamak datuk

nak simpan

macam mana

nak idup ari2

pun perit merit

soro moro pun

tergelincir

cari tok arab

tapi tak jumpa

kenalkanlah

dg tok arab itu


SIMPAN APA




------------

HIDUP MELAYU







BETUL TEPAT

KITA SOKONG

RAMAI RAMAI

KOMENTAR
cakap cakap tak guna
melayu bersatu
islam bersatu
maka sudah sampai masa
dua parti melayu
ini kembali bersatu
untuk ummah dan umat

Penyatuan demi kepentingan Islam, bukan politik


SHAH ALAM - Tidak salah untuk mengembalikan tali silaturahim antara Umno dan Pas kerana kesedaran ke arah itu perlu disuarakan segera demi kepentingan orang Islam di negara ini.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohamad Rafii berkata, orang Islam khususnya pimpinan Pas perlu menerima perkara itu dengan hati terbuka, bukannya kerana kepentingan politik semata-mata.

"Nak cakap Umno lemah, Umno takkan lemah, cuma hal ini orang Islam kena melihat perkara ini dengan lebih luas, bukan kerana Umno atau Pas lemah.

"Kita patut tengok lebih jauh, isu titik pertemuan orang Islam ini patut dibincangkan secara tanpa ada perasaan syak wasangka," katanya kepada Sinar Online.


KAH KAH KAH
woit
jangan ada was was
jangan ada syak wasangka
jangan ada putar alam
melayu bersatu
islam bersatu
untuk melayu
sokong sokong sokong
kah kah kah

iHUP NELAYU




--------------

BERITA AMAT PELIK






BERiTA AMAT

PELiK LAGi

GANJiL


Agong hilang kuasa terhadap tentera jika RUU MKN lulus, kata aktivis

Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/agong-hilang-kuasa-terhadap-tentera-jika-ruu-mkn-lulus-kata-aktivis#sthash.DgpugdqQ.dpuf

WOiT

kalau agong

hilang kuasa

sapa dapat 

kuasa agong?



--------------