SUASANA
rusia china iran iraq
&
hisbullah
kini bersama syria






Parti United Malays National Organisation baru selesai berhimpun. Himpunan kali ini amat-amat menarik. Najib Razak Presiden kepada parti Ketuanan Melayu ini sedang digasak kiri dan kanan.
Gerakan Anti-Najib ini juga mendapat sokongan dari GKCM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia. Ini adalah gerakan ahli-ahli parti Ketuanan Melayu dari wilayah akar umbi yang mahu Najib berundur.
Kerana Najib digasak kiri dan kanan maka perhimpunan kali ini bertemakan Perhimpunan Selamatkan Najib. Dari awal lagi tembok dan benteng telah didirikan untuk memastikan serangan terhadap Najib dapat ditepis dan dikendurkan.
Spekulasi berterusan. Surah Tok Arab ini menjadi bertambah hangat. Mengikut kata Zahid Hamidi Saekor Tok Arab menjadi amat-amat gumbira kerana Malaysia berjaya memperkasa mazhab Sunnah Wal Rasuah oppps.. maaf Sunnah Wal Jamaah. Tok Arab ini amat-amat gumbira tanpa bantuan pil kuda atau air ketum Si Tok Arab ini telah menderma sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan 2.6 bilion ringgit. Ini Surah Tok Arab bahagian awal.
Surah ini tidak habis disini sahaja. Ayat dua dari surah ini secara soheh berkesah bahawa Tok Arab ini menderma kepada parti United Malays National Organisation. Maka sahlah cakap Najib bahawa duit ini tidak digunakan oleh Najib untuk membeli coli atau beg Birkin suaminya. Najib tidak pernah menggunakan duit rakyat. Najib pakai duit derma untuk kegunaan parti. Najib menggunakan duit derma Tok Arab ini hanya untuk kesejahteraan nusa dan bangsa. Alhamdulilah.
Pada awal wahid Najib menafikan adanya duit 700 juta dolar ini masuk ke akaun pribadi dirinya. Mengikut Najib semua itu fintah dan tohmah. Najib marah dan bengis. Malah seorang pakar Ilmu Tilek dan Pakar Tangkap Jin telah berkata bahawa tidak masuk akal duit sebanyak itu masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Mengikut pakar Jinnakolojis ini Najib bukan bodoh saperti Jin yang sering ditipu masuk ke dalam botol.
Dari segi sejarah salasilah ayat dari Surah Tok Arab ini sampai terputus-putus. Tetiba wahyu sampai lagi. Ayat baru ini sampai ketika ahli parti sedang berhimpun. Mengikut kata Zahid Hamidi duit derma ini bukan dari beberapa ekor Tok Arab tetapi datang dari Sebuah Kerajaan Tok Arab yang amat gumbira kerana Malaysia negara Islam yang berjaya. Malaysia berjaya dengan Sunnah Wal Jemaah dan berjaya melawan Isis.
Ketika satu persatu ayat-ayat Surah Tok Arab ini diturunkan Yang Amat Mulia Tun duduk tersenyum. Don Mahathir bekas Presiden parti United Malays National Organisation hanya bertanya siapakah gerangan Tok Arab ini. Bolehkah dia berkenal sapa dengan Tok Arab ini?
Maka timbul pertanyaan : Apakah rahsia Najib yang berjaya mendapat derma yang amat lumayan dari Tok Arab? Apakah kerana isteri Najib tinggi langsing cun dan bergetah hinggakan semua Tok Arab luruh hati dan terus menderma? Atau Najib ada memakai ilmu peninggalan Guru Ji?
Surah Tok Arab ini akhirnya menjadi lawak bodoh apabila Yang Amat Mulia Tun berkata bahawa Tok Arab yang menderma sebanyak 2.6 bilion ringgit ini mesti Tok Arab Gila. Mungkin masuk akal - kalau tidak gila macam mana boleh bermurah hati mendermakan duit yang amat banyak. Ini lojik Don Mahathir.
Justeru, Don Mahathir hanya ingin melihat laporan Bendahari tentang keluar masuknya duit ini. Permintaan Mahathir ini masuk akal. Malah GKCM telah membuat laporan polis untuk melihat penyatan kira-kira keewangan tahunan parti United Malays National Organisation.
Tetapi di Malaysia kes ini hanya ‘decoy’ untuk mengkaburi mata orang ramai. Kes yang betul-betul disiasat oleh SPRM bukan duit Tok Arab tapi duit 45 juta dari SRC International Sdn Berhad yang masuk ke dalam akaun pribadi Najib. Duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun pribadi. Ini kes pecah amanah.


VandaSec's work has sparked wild rumours suggesting someone inside the DWP is running ISIS-supporting accounts, or they were created by intelligence services as a honeypot to trap wannabe jihadis.

Apasal TPPA tak buat dlm bahasa melayu??? sebab orang ramai akan paham.. takde sekor pun dalam malaysia ni, betul2 paham english.. jika ada, bawak mai sorang kat aku.. nescaya aku akan bunuh diri dengan segera..kahkahkah.. cikgu english 20 tahun pun, sembang merapu jer.. inikan pulak rakyat biasa.. mat saleh sendiri pun takkan paham TPPA tu apa, walau ditulis dalam english... Payah sangat ka nak paham? 





KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873