Rabu, 27 Januari 2016

ADA LEMBAGA HITAM DI TABUNG HAJI


 
RIZAB TABUNG HAJI NEGATIF SEJAK TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014
Saya merujuk kepada kenyataan  Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Urusan Tabung Haji berhubung isu kelemahan dana rizab Tabung Haji yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia.

Antara lain, beliau memberi alasan perkara yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia itu tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar Tabung Haji kerana aset-aset anak syarikat Tabung Haji adalah lebih besar. Saya petik kenyataan beliau:

Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi dari nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira kesemua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji

Sebagai Ahli Parlimen, saya berpeluang meneliti sendiri Penyata Kewangan Tabung Haji yang diserahkan kepada Ahli Parlimen setiap tahun. Penyata Kewangan Tabung Haji terkini yang diaudit adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 hanya akan diperolehi di akhir tahun ini.

Saya rujuk kepada Penyata Kedudukan Kewangan (“Statements of Financial Position”) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 seperti di bawah:
 
Bagi mereka yang kurang mahir membaca penyata kewangan, kepala “TH” merujuk kepada aset, liabiliti dan rizab pendeposit Tabung Haji. Kepala “Group” merujuk kepada aset, liabiliti dan rizab Tabung Haji dan keseluruhan kumpulan yang merangkumi anak syarikat dan syarikat bersekutu. Contoh-contoh anak syarikat ialah Bank Islam Malaysia Berhad dan Tabung Haji Plantations. Contoh-contoh syarikat bersekutu ialah TH Heavy Engineering Berhad.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, aset Tabung Haji adalah sebanyak RM54.751 bilion dengan simpanan tunai sebanyak RM7.0 bilion.
 
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, jumlah dana terkumpul Tabung Haji ialah RM54 bilion. Dana terkumpul adalah dana-dana yang digunakan oleh Tabung Haji dalam menjalankan aktivitinya. Dari dana inilah maka ia dilaburkan atau dibuka anak syarikat untuk menjana keuntungan kepada Tabung Haji.

Dana terkumpul sebanyak RM54 bilion ini terdiri dari jumlah dana dari pendeposit Tabung Haji sebanyak RM54.358 bilion dan rizab terkumpul iaitu kerugian sebanyak RM351 juta. Secara umumnya, rizab terkumpul adalah jumlah keuntungan terkumpul sejak Tabung Haji melaksanakan perniagaan. Jika Tabung Haji mempunyai keuntungan terkumpul, maka jumlah rizab adalah positif. Jika Tabung Haji mempunyai kerugian terkumpul, maka jumlah rizab adalah negatif.

Jumlah rizab ini adalah penting kerana ia melambangkan 2 perkara:

1.    Rizab terkumpul yang positif melambangkan Tabung Haji berjaya menjana keuntungan yang baik dan bermakna keputusan pelaburannya adalah tepat

2.    Dari rizab terkumpul inilah bonus (atau dividen) boleh dibayar kepada pendeposit. Jika rizab terkumpul itu besar, maka lebih besarlah bonus boleh dibayar kepada pendeposit

Oleh yang demikian, saya ingin menegur Ismee Ismail yang nampaknya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau semalam seolah-olah Tabung Haji tidak mengalami apa-apa masalah kewangan.

Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit telah menunjukkan bahawa rizab terkumpul Tabung Haji telah pun negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta. Ini bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset-aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

Kedudukan kewangan ini berlaku sebelum tahun 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang ringgit yang mendadak. Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar.

Maka nilai rizab terkumpulnya akan menunjukkan kerugian terkumpul yang jauh lebih besar dari RM351 juta.

Dalam keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia wajar mengetahui bahawa:

1.    Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015

2.    Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntugan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya

Ini bukan perkara yang kecil dan saya akan terus meneliti perkara-perkara lain mengenai prestasi kewangan Tabung Haji.

Pun begitu, sebagai permulaan untuk memperbaiki keadaan, saya menuntut supaya Pengerusi Tabung Haji,  Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN     






----------------

6 ulasan:

  1. Tabong Hangtu TH
    Duit seLamat,
    hangtu dah toLong simpan
    Di tempat yg seLamat

    Ada sorang hangtu KeLing
    Tiba2 menjeLma di atas tabong
    Dia menjeLma secara seram
    Tergesa~gesa dan suddenLy
    LaLu bagai menyutu~nyutu
    Dia pun berminat Dan terpaksa
    MengeLuarkan buaH pikiran
    Dia membawaK dahi yang
    Ada tanda semayang
    Macam Hj saifuL jjbor
    Macam ustazah shyharijat
    Baru puLang makaH
    MenyembsH tuhan aLLah
    Katanya APA yg di riwayat_kan
    Syeikhah zety tuan gubenur BNM
    itu adaLah soheh tiada tipu
    Tiada bohong waLau se urat
    Benang Sebatang jarum
    Seperti ucapan
    orang yg bersorban
    Orang yg siang maLam
    KeLiLing mesjid keLiLing gereja
    Benar Dan bersih...tapi
    Semakin seram semakin suspen
    Pendeposit Dan penyimpan
    Duit di tabong hangtu
    Jangan bimbang
    Jangan rungsing
    Hantu ada simpan duit tuuu

    BalasPadam
  2. TH tu singkatan kepada
    Tabong Hangtu...
    Tapi sebenarnya
    Pengurusi Tabong Hangtu tu
    Bukan keLing pariya tapi
    meLayu~aL etnik
    Kerusi chairman
    Kayu bukan keLing pariya
    tapi meLayu~aL etnik
    Mung dok Pahang Ker
    Speaking Ganu..
    Ko goner? Laa ni buLey teghang
    X BoLeh candat Sotong, sebak Sotong
    Takut buLan

    BalasPadam
  3. Demi menjilat tuannya, lembaga hitam terpaksa menadah lubang ekzosnya untuk dipalit dengan tanda pangkah dengan minyak hitam macam cerita ali baba bujang lapuk. Kah kah kah

    BalasPadam
  4. Basah kuyub kepala melayu semua kena kencing dgn mamat dahi hitam ni! hahaha

    BalasPadam
  5. Budak Hitam

    Bukan semua hitam tu Pundek

    Pundek jadian lagi bahaya

    Muka sama tapi KONTOL beza

    Semua nak BILYON BILYON

    Ada MASYOOKK

    BalasPadam
  6. Jual harta nak cover hutang...mcm MAS dan 1mdb kah kah kah

    BalasPadam