FACE BOOK
Sumpah Tukar Tiub
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Akan menghasut, menghasut dan menghasut
Hatta turun mendesak di jalan
Meski kaki bertelanjang tiada berkasut
Akan menghasut, menghasut dan menghasut
Hatta turun mendesak di jalan
Meski kaki bertelanjang tiada berkasut
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Akan melawan, melawan dan melawan
Biar suara meninggalkan tekak
Sehingga yang korup merompak ditawan
Akan melawan, melawan dan melawan
Biar suara meninggalkan tekak
Sehingga yang korup merompak ditawan
Kami anak muda Malaysia bersumpah
Kalau seorang Tukar Tiub dipenjara
Sepuluh ribu Tukar Tiub muda akan bingkas membela
'Tipu pilihanraya! Turun ke jalanraya!'
Kalau seorang Tukar Tiub dipenjara
Sepuluh ribu Tukar Tiub muda akan bingkas membela
'Tipu pilihanraya! Turun ke jalanraya!'
Kami anak muda Malaysia bersumpah,
Sumpah kami bergegar di langit
Biar telinga Bik Mama bingit
Tukar Tiub ayatollah kami
Tiada seorang mampu mengganti!
Sumpah kami bergegar di langit
Biar telinga Bik Mama bingit
Tukar Tiub ayatollah kami
Tiada seorang mampu mengganti!
9.45pm 19 Feb '16, Gombak.
Baca Puisi Madrasah Seni.
Baca Puisi Madrasah Seni.
dibacakan
dibaca puisi
markas tarbiah
-------------
Haiku - Long Malay ParaVersion...kohkohkoh..
BalasPadamMelayu.. Puisi berdegar2.. kalo ko kene kurung.. nak tunggu sekor lagi Tukar Tiub..tunggulah 50000 tahun lagi tuan... Skrg 1000 Anwar Ibrahim dah pi kemana?? Kalo Anwar terpenjara, 1000 Anwar akan muncul. Baru setahun bro... mana 10 Anwar?? Mana 100 Anwar??
Melayu ni.. bab sembang.. mmg power. Hakikatnya kita duduk di lapisan ketiga je. Rata2 di lapisan pertama iaitu lapisan kulit lagi.. bila diberi pencerahan pun,,x boleh tembus lagi ke lapisan kedua..
India Cina dah jauh kedepan di lapisan kelima. Sbb mereka ditindas, dianggap kaum pendatang, mereka lebih tahu erti berusaha sendiri. Mereka tidak reti mengharapkan tuhan lagi untuk mengubah nasib mereka. Tuhan ada pun, dia lebih syok dgn kerjaNya sendiri dari mempedulikan nasib manusia.
Kita ni, walaupun otak cetek, tuhan dah bagitau, nak berubah, usahalah sendiri dan Dia tidak akan mengubahnya jika kita tidak mahu berubah. Kita pula berbuat2 pekak badak seolah2 tuhan itu khadam kita. Boleh meminta apa saja yg kita mahu.. rekrut tuhan adalah standard melayu sampaikan nak berpikir pun menjadi malas.
Hanya kerna malas membaca, x mampu membuka sebuah hijab demi hijab untuk memajukan diri. Baru membaca kulit Bible, dah terasa mcm kapir dah. Walhal bible tetap satu utusan Tuhan walaupun dah diterjemahkan secara tidak konsisten oleh pelbagai riwayat yg mempunyai hanya 1 nama..John, Matthew, Mark dan Luke. Pelik pun xpa..bacalah.
Quran baca pun xpaham. Walhal tok2 Arab bersepah sana sini. Bible x mampu baca sbb asalnya Kuini Greek..ada yg Old Hebrew.. Mat2 Bible pun xnak baca walaupun dlm English. Apakah Quran yg diterjemah, berapa kerat Melayu membacanya??
Aku malas membebel kepada manusia yg menjadi Raja Segala Pemalas, King of Nothing, masih berada di lapisan superficial lagi. Bilalah kita sendiri mampu mencipta roket, kapal terbang, peluru berpandu, bom nuklear, kereta, lori.. aku x mahu ambil peduli lagi.. kerana bangsaku hanyalah gemar diperbodohkan semata2. Hanya suka nganga TV walaupun Hasan Malek dan Ahmad Maslan yg berlakon mementaskan opera. Lalu datang Ismail Sabri dan Salleh Keruak yg bahlul biol menjadi pelakon Hang Kebun dan Hudin Lempoyang..tu pun..ramai peminatnya Melayu. ..kahkahkah..