MASA DEPAN
JINAKOLOJIS
HARUN JiN
TERGUGAT?
Saya Pernah Pegang 4 Ribu Jin
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkata dirinya pernah menangkap hampir 4 ribu ekor jin ketika diminta untuk membantu mangsa yang dirasuk oleh makhluk halus itu.
Zamihan ketika menyampaikan kuliah agama baru-baru ini berkata, beliau turut berkesempatan untuk berdialog dengan jin-jin tersebut ketika melakukan upacara memulihkan mereka.
“Saya pernah pegang beberapa ekor jin (lebih kurang) 4 ribu jin saya pernah pegang bukanlah saya berniat nak angkuh pula… (kemudian) saya bertanya (pada jin tersebut) siapa tuan kamu? (Jin tersebut menjawab) aku tidak mempunyai tuan.
“Habis kamu mari sini buat apa? Jalan-jalan (jawab jin itu lagi). Mana boleh jalan-jalan, saya pegang lagi (jin tersebut) sambil baca-baca… barulah dia (jin tersebut) bercerita nama Tan Sri itu (nama) Tan Sri ini… huyooo Tan Sri pun main (mengunakan khidmat jin) juga ” katanya melalui sebuah rakaman klip video berdurasi 1:04 saat yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.
Berdasarkan rakaman tersebut, Zamihan turut mendakwa terdapat orang-orang kenamaan di negara ini yang mengunakan khidmat jin untuk mendapatkan ilmu penunduk.
“Jangan main, (sebab mereka) mahu pegang ilmu sihir atau ilmu penunduk dengan memakai jin, khadam dan jin Islam.
“Saya pernah tanya mereka (jin tersebut) kamu jin apa Islam, kafir atau kristian?.. Aku jin Islam (jawab jin), Islam apa kalau ganggu orang dalam bulan puasa? Kurang ajar kau jin.
“Malah ada sesetengah jin yang saya tanya, kamu kenal aku siapa? Aku tahu mu, mu ni ustaz Zamihan, aku takut.. takut.. takut, aku tak nak, tak nak.. aku nak keluar.. pembohong (sebab) bila kita suruh keluar dia tak nak keluar pula,” ujarnya lagi.
Zamihan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaitkan Jihad Salafi dengan militan Negara Islam.
Zamihan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaitkan Jihad Salafi dengan militan Negara Islam.
Bagi mengelak berlakunya perbalahan sesama umat Islam di negara ini Zamihan telah dicabar untuk berdebat dalam satu wacana tertutup anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Shahidan Kassim dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Atas nasihat pelbagai pihak, debat itu kemudianya dibatalkan manakala Zamihan ditukarkan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam. – SuaraTV
WAJIB DIADAKAN
PERTARUNGAN
ANTARA
HARUN JIN
DENGAN
ZAMIHAN JIN
PERTARUNGAN
ANTARA
HARUN JIN
DENGAN
ZAMIHAN JIN
THE FINAL BATTLE
-------------
Boleh la jadi president persatuan jin sedunia
BalasPadamKalau tukang batu kerje nye seharian ngikat batu, tukap atap buat atap .. ustaz dah tentu ngajar ugama, ngajar supaya manusia ini bermoral dan berintegreti, tak buat dua kerja dalam satu masa, tak makan rasuah, tak dagangkan ugama .. bukan ajar camne nak masuk surge, itu kerja tuhan.
BalasPadamYang berurusan dengan hantu dan jin, sejak dulu lagi kita tahu ini urusan Tok Pawang, Bomoh dan Dukun. Tapi sejak nama Harun Din terpacul aku tengok orang ugama dah pandai tangkap hantu. Aku kaanfiyus, memikirkan macamana pemain bola boleh masuk acara renang, macamana pelacur tetiba jadi uztazah.
Uztaz dah tentu ramai di gajikan untuk ngajar ugama .. jadi ngajar jelah jangan curi masa jadi Pawang, nanti Pawang nak makan apa.
Ustaz bukan setakat ngajar baca dan apal tapi secara praktikal untuk hadapi tata hidup hari ini .. supaya budak melayu tak stim dan terjerit-jerit lagi lihat lembu pakai baju kurung melintas dan nanti bila tua sikit tak makan rasuah.
Tengok je lah kes buli dan pukoi hampir semuanya budak melayu .. ngapa Cina yang tak pakai ustaz, lagi prodaktif hidupnya.
Zamihan ini dah diberi gaji sebagai Pentadbir, sekarang dah masuk JAKIM .. aku pernah berurusan dengan pejabat berkaitan ugama ini .. gelagatnya, entahlah, mungkin betul kata orang, lagi kuat ugamanya lagi kuat nafsu dan godaannya, tapi itu kata orang, melayu pulak tu.
Persoalannya Zamihan ni perlu tumpu dengan kerjanya sebagai Pentadbir orang islam .. orang islam dalam zaman keliru, banyak benda yang perlu diletakan balik ditempat yang betul. Gaji dah bagi .. jangan buat dua kerja, duit bukan segalanya. Kalau jadi Pentadbir tak banyak masuuuk .. ha silakan tumpukan kerja kamu sebagai Pawang, pergi tangkap sejuta jin pun tak apa .. tak siapa pedulik. Ini dengan riak nya cerita tangkap beribu jin .. lepas tu kutuk ahli politik dan Tan Sri itu ini, tapi tak sedar yang dia masih makan gaji dengan kerajaan .. buat dua tiga kerja .. macam ayam borkokok ekor gelumang taik. Aku kaanfiyus .. yus .. yus.
hebat..syabas..manusia harun jin dan zamihan ni bole pegang beribu2 jin.agaknya jin2 milik guru ji atau puaka kok ros tu bole tangkap dan ditangkal ke?mcm ne manusia bole confident dgn pengakuan islamic si jin2 tu?jin2 ada ic islam ke ada halal jakim ke?sedangkan manusia yg ada mgucap dua kalimah syadah pun kini masih kukuh sebagai penguasa yg memiliki negara dan memerintah dgn rasuah, akta2 baginda, akta2 zalim, gst cukai mekai yg menjerut leher tak kira rakyat islam ke rakyat hindu ke rakyat cina ke..apakah manusia2 spt zamihan dan harun jin ini bole merasuk ke sultan2 saudi agar tidak mbunuh warga yemen?cite2 alam jin ini kelihatan sgt hebat..sedangkan perkara2 kezaliman yg tuhan allah tunjukkan depan mata dgn mata kasar manusia, dgn mata syarit manusia, tp manusia tak dpt melihat, inikan pulak hal2 gaib yg langsung tak nampak.wajib la manusia zamihan dan harun jin ni bersatu dan mengumpulkan tentera2 gaib atau jin2 yg diislamkan serta disunatkan agar laknattullah amerika si taghut tu jatuh myembah dikaki islam..amerika takda guna black magis,voodoo, pawang2, guru ji utk mjajah dunia, mrk mggunakan islam utk mluaskan kuasa ekonomi,autoriti atau hegemoni org2 terkaya didunia..ayuh wahai manusia harun jin dan zamihan..ayuh, luaskan kawanan jin2 anda..talk is cheap..
BalasPadamkah kah kah ............
BalasPadamkencing lagi............
Bukan nak kutuk ustaz tapi tu la. Cerita pun nampak dah bodohnya. Kesian.
BalasPadam