Rabu, 24 Februari 2016

KENAPA MALAYSIA TERLIBAT SAMA







PERSOALAN

KENAPA NEGARA

KITA TERLIBAT


Ketua pembangkang gesa Putrajaya tidak sertai Arab Saudi perangi Syria


Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Putrajaya tidak terlibat dalam kancah peperangan negara bergolak Syria, susulan penyertaan tentera Malaysia dalam siri latihan bersama beberapa negara lain termasuk Arab Saudi baru-baru ini.
Dr Wan Azizah berkata, langkah diambil kerajaan Malaysia berisiko dan akan memberikan kesan kepada geopolitik yang negatif kepada imej negara.
"Berita yang berkata Malaysia terlibat dalam satu siri latihan ketenteraan berkaitan peperangan di Syria baru-baru ini yang turut melibatkan 20 negara termasuk Arab Saudi amat membimbangkan. 
"Ini kerana tindakan ketenteraan yang dipelopori Arab Saudi ini bakal mendatangkan impak geopolitik yang cukup negatif, bukan saja dari segi keselamatan di rantau Timur Tengah, tetapi juga pendirian neutral Malaysia selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendesak Putrajaya berundur daripada sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, khususnya yang tidak menggunakan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Saya menggesa agar Putrajaya mengkaji cara terbaik untuk mengundur ('disengagement') dari situasi yang memasukkan Malaysia ke dalam kancah peperangan di Syria. 
"Pada masa yang sama, Malaysia perlu berhenti daripada menyertai sebarang latihan ketenteraan berkaitan Syria, terutama yang tidak menggunakan saluran PBB," katanya.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan kemelut politik dihadapi negara, Putrajaya sewajarnya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan peperangan Syria, kata Dr Wan Azizah.
"Peperangan bukanlah perkara yang mudah mahupun murah, dan tatkala ekonomi Malaysia tidak begitu sihat serta dibelenggu pelbagai masalah dan skandal kepimpinan sedia ada, langkah ketenteraan di Timur Tengah tidak patut diambil kira selagi jalan penyelesaian melalui meja rundingan belum berakhir."
Menurut Dr Wan Azizah, Malaysia juga perlu mencari jalan lebih proaktif iaitu menerusi rundingan bagi mencari perdamaian di negara yang berdepan konflik perang itu.
"Sebaliknya, Malaysia perlu tegas dan proaktif mengesyorkan langkah rundingan dan perbincangan untuk mencapai perdamaian di Syria dan Timur Tengah. 
"Hanya penyelesaian politik melalui meja rundingan dapat mencapai perdamaian yang lebih mampan dan berkekalan," katanya.
Media antarabangsa melaporkan anggota tentera daripada 20 negara, termasuk Malaysia berkumpul di utara Arab Saudi semalam bagi melancarkan operasi ketenteraan "paling penting" di rantau itu.
Operasi "Thunder of the North" itu yang melibatkan pasukan tentera darat, laut dan udara, memberikan mesej jelas Riyadh dan sekutunya "bersatu menentang segala cabaran dan memelihara keamanan dan kestabilan di rantau tersebut," kata SPA.
Arab Saudi kini mengetuai kempen ketenteraan menentang pemberontak yang didukung Iran di negara jiran Yemen.
Sejumlah 20 negara akan mengambil bahagian.
Antaranya termasuk 5 negara daripada Majlis Kerjasama Teluk, begitu juga Chad, Mesir, Jordan, Malaysia, Pakistan, Morocco, Senegal dan Tunisia. – 23 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-pembangkang-gesa-putrajaya-tidak-sertai-arab-saudi-perangi-syria#sthash.Ku0FD9WB.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan