Keputusan U-turn ambil pekerja Bangladesh buktikan suara rakyat penting
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing termasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh membuktikan bahawa suara rakyat itu penting dan berkesan. Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK KEADILAN) menyeru agar rakyat untuk terus bersuara dan menyampaikan pandangan tentang pelbagai dasar kerajaan untuk mengingatkan pihak pemerintah supaya tidak melaksanakan dasar-dasar yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.
Kedegilan pihak kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Bangladesh sebelum ini telah membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat, kerana pengambilan pekerja asing secara besar-besaran bermaksud pekerjaan rakyat dirampas, gaji rakyat ditekan dan kemungkinan mendatangkan pelbagai masalah sosial. Sesungguhnya, AMK KEADILAN memahami kemarahan dan ketidakpuasan rakyat tentang keinginan pihak kerajaan untuk membawa lebih banyak pekerja asing.
Jelasnya, penangguhan pengambilan pekerja asing ialah satu pertimbangan politik berikutan kebangkitan rakyat dan lahirnya semakin banyak musuh politik pentadbiran Najib akibat daripada isu 1MDB, isu RM2,600 juta dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan isu menukarkan Menteri Besar negeri Kedah. Jika tidak, kerajaan BN tidak akan mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing sehari selepas menandatangani perjanjian dengan kerajaan Bangladesh untuk membawa masuk pekerja dari negara tersebut.
Hal ini juga membuktikan bahawa jika suara rakyat itu lantang dan jika rakyat terus bersuara, pihak pemerintah tidak akan bertindak sewenang-wenangnya, dan suara rakyat itu boleh mengubah nasib negara.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia pernah menyatakan bahawa jumlah pekerja asing yang mempunyai permit dan pekerja asing haram di negara kita telah mencecah 6.7 juta orang. Jika kerajaan membawa masuk lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh lagi, bilangan pekerja asing di negara kita akan tidak jauh daripada 10 juta orang; populasi negara kita sekarang hanya sekitar 30 juta orang.
Kebergantungan kepada pekerja asing yang keterlaluan dalam pelbagai sektor terutamanya sektor pembinaan merupakan satu perkembangan yang tidak sihat dan perlu diperbetulkan oleh kerajaan. Pada zaman 1980an, kerja-kerja sektor pembinaan dalam negeri dipikul oleh pekerja tempatan, dan tidak kurang juga golongan wanita di kalangan mereka, malah seorang penyanyi tempatan pernah menyanyikan sebuah lagu untuk memuji pekerja wanita di sektor pembinaan.
Sementara itu, kerajaan juga perlu menyekat pelaburan asing dan syarikat asing yang bergantung kepada pekerja asing. Pada kebiasaan, kerajaan memberikan insentif cukai kepada pelabur asing untuk menarik pelaburan mereka ke negara kita, jika mereka dibenarkan untuk mengupah pekerja asing secara besar-besaran dan bukannya pekerja tempatan, ia tidak akan memberikan sebarang manfaat ekonomi kepada rakyat dan negara.
Selain dasar kerajaan, majikan-majikan tertentu juga perlu melakukan perubahan dalam pemikiran dan pengurusan mereka. Mereka harus mengerjakan kecekapan dan keberkesanan pekerja, bukannya hanya kerajinan dan waktu bekerja yang panjang.
Terdapat satu berita ringkas bergambar dalam akhbar hari ini yang boleh menjadi rujukan kepada para majikan: Penyelidikan daripada Universiti Hokkaido di Jepun membuktikan bahawa walaupun masyarakat semut mempunyai satu sistem berehatnya sendiri, iaitu dalam setiap sarang semut, terdapat 20% hingga 30% ‘pekerja simpanan’ yang khusus untuk memikul kerja-kerja secara bergilir-gilir, jika tidak, kelangsungan operasi sarang tersebut akan terjejas. Kata wakil pasukan penyelidikan tersebut, ini bermaksud jika manusia hanya mengerjakan pencapaian jangka pendek dan meminta pekerja untuk bekerja lebih masa dengan kerap, ia akan memberikan kesan buruk kepada perkembangan organisasi tersebut.
YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN
Parti Keadilan Rakyat
---------------
BUDAK BAHALOL yang Salah , BANGLA jadi mangsa
BalasPadamKesian lah pompuan pompuan MELAYU jadi Janda sampai ke tua
Siapa nak bagi makan ????
Nak harap BUDAK BAHALOL tau tau Pau Pau Pau saja
Ada BANGLA boleh lah Janda Ber Hari Raya
BANGLA handsome tak boroi OK
Mana nak sama Orang Bahalol dengan BANGLA
Ulam Mamak PORNO cakap apa ????
Cuba siasat , ditangguhkan atau dah masuk lepastu baru kata tangguh
BalasPadamKepalabutuh la.. 2-3 hari lps.. dah ada blog bitau..Bangla beramai2 dah masuk bro..
BalasPadamU lena kat mana ni??
Bangla dah sampai..yahoo..ada kawan2 kita datang nuuuu..
http://wargamarhaen.blogspot.my/2016/02/siapakah-semua-ini-yang-baru-saja-tiba.html
betoi sangat la tu. tppa & gst jadi kerana rakyat tak bantah.
BalasPadamItu Zahid sulah manyak happy mau angkat itu bangla punya olang ooo .. lu bayangkan 1 olang satu libu lebe .. kalau 1.5 juta sulah belapa. Lia sampai lupa itu Selawak punya hali undi sulah lekat .. nasib ooo itu Zombie pelasan .. telus Zahid tatak kasi bangla masuk untik sementala .. ingat tu sementala .. lenga betul-betul s e m e n t a l a. Tapi gwa helan jugak, atak belita ngatakan, ini hali atak lamai, libu-libu bangla ada lekat KLIA .. ini belita betul ke atau .. ..
BalasPadamPada pendapat aku tak perlu nak masukkan bangla lagi. Bangla yg sedia ada dibiakkan secara sistematik. Maka akan terhasil bangla acuan Malaysia yg boleh digunakan disektor yg dimaksudkan. Malah jika berlaku lebihan penawaran atau terlebih biak kita boleh eksport ke luar negara. Maka kita dapat memecah monopoli Bangladesh dalam menawarkan tenaga kerja berbentuk bangla ni...bangla ni juga boleh digunakan sebagai tambakan banjir dan jambatan sementara...baguih dak idea aku?
BalasPadamDiTANGGUHkan tu bukan bermakna diBATALkan.
BalasPadamMat2 Bangla masih ada peluang lagi nak masuk meminang awek2 Melayu.
kah kah kah
Itu cuma tangguh shj....ambik tetap akan ambik bangla ni...contract dah sign mana....
BalasPadam