Isnin, 8 Februari 2016

UNDUR TANGKAP DAKWA





BUKA KEMBALI SIASATAN TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK, KEMPEN PETISYEN MEMBUKA SIASATAN DILANCAR

Beberapa perkembangan terkini sejak minggu lalu memberi gambaran bahawa keputusan Peguam Negara,  Apandi menutup siasatan kes melibatkan Najib dan wang yang dipindahkan ke akaun beliau adalah tergopoh-gapah.

Saya merujuk kepada satu laporan di dalam New York Times semalam yang memetik Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa dana yang disebut-sebut itu bukan satu derma malah satu pelaburan oleh individu warganegara Arab Saudi.

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu memberi dimensi baru kerana perkara-perkara berikut:

1.    Najib bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan. Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau. Pelaburan sejumlah itu tidak mungkin diserahkan kepada seorang individu, apatah lagi yang bukan pakar pelaburan seperti Najib.

2.    Jika dana RM2.6 bilion itu adalah bagi tujuan pelaburan, ia mesti melibatkan syarikat dan aset-aset tertentu. Warganegara Arab Saudi yang memberikan dana sebesar itu bagi tujuan pelaburan sudah tentu mahukan balasan tertentu sebagai pulangan kepada pelaburannya. Ini memungkinkan wujudnya pertelingkahan kepentingan (“conflict of interest”) memandangkan kuasa Najibk yang besar sebagai seorang Perdana Menteri.

3.    Keterlibatan seorang warga Arab Saudi di dalam pelaburan di Malaysia yang bersabit dengan Perdana Menteri membawa kembali dakwaan bahawa dana RM2.6 bilion itu ada kena mengena dengan 1MDB kerana 1MDB sendiri sebelum ini mewar-warkan bahawa pelaburannya melibatkan individu tertentu dari Arab Saudi, sementara Najib pula adalah Penasihat 1MDB.

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu juga menyangkal kenyataan Peguam Negara kononnya dana itu adalah satu derma.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya Peguam Negara membuka semula dengan serta merta kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib mengambil kira perkembangan terbaru ini. Saya juga mengingatkan Peguam Negara supaya menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance) dengan negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB dan/atau Najib termasuklah Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Untuk mengembalikan momentum rakyat dalam kes ini, saya juga telah mengambil inisiatif melancarkan kempen maya untuk mengumpul sokongan rakyat mendesak supaya kertas-kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib. Saya bercadang mengumpul sejuta tandatangan rakyat melalui laman Facebook dan sejuta rakyat Malaysia menandatangani petisyen yang akan diangkat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya kertas siasatan dan pendakwaan dapat dibuka semula.

Saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan berikut:

1.    “Like” laman “1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak” di capaian https://www.facebook.com/1Juta-Desak-Buka-Kembali-Siasatan-Terhadap-Najib-Razak-1086535944702074/?skip_nax_wizard=true

2.    Tandatangan petisyen maya kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya kertas siasatan dan pendakwaan dapat dibuka semula di capaian http://goo.gl/forms/pnd3XvubsQ

Setelah mendapat jumlah tandatangan yang memadai, saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan akan menulis untuk merafak sembah mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai perkara ini.

Saya yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini ditutup apabila Peguam Negara menutup kes. Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





---------------

2 ulasan:

  1. Budak Bahalol tu power sangat ke ????

    Pakai BON BON kan

    Mufti Mufti mana

    Boleh bela setan ke

    BalasPadam
  2. 22 tahun dulu saya pernah bekerja selama 6 bulan dengan seorang Konmen .. saya masa tu dah ada kerja, tapi dijemput oleh kawan saya untuk kerja dengan Konmen itu scara sambilan .. saya di bagi gaji RM5000 sebulan untuk jawatan Konsultan Pembangunan Hartanah .. jadi saya macam Maslan kontotlah ada 2 kerje. Saya perlu hadir di pejabat dua tiga jam lepas waktu pejabat .. itu je kerjenya. Gaji pula tiap bulan di bayar tunai 5 helai not seribu.

    Dipejabat konmen ini, ada lagi 6 pegawai penuh masa .. kerja mereka hanya berbincang untuk menguruskan semula sebuah resort yang kunon nya akan diambil alih Rahim. Saya pula buat kajian daya-maju untuk tanah di Tasik Biru yang kunonnya Mike Tyson yang arah .. kerjenye senang je .. apa pun masa dihabiskan dengan berborak dan minum teh .. best jugak.

    Pada saya Konmen ini sangat pintar berputar alam .. apabila Rahim Tambicik dipecat jawatan MB sebab merogol budak, dihari tulah lahirnya konmen ini menjual cerita bahawa dia adalah proksi Rahim. Katanya duit Rahim ada 2 biliyun dalam bank Hong Kong dan tunggu masa nak dikeluarkan. Rahim ada banyak projek kerajaan negeri yang perlukan kontraktor. Ada projek radio. Yang peliknya konmen ini ada maklumat projek lebuhraya Lojing, yang dah pun siap dibina hari ini.

    Yang jadi mangsa konmen ini adalah seorang kontraktor Cina yang sangat percaya dengan konmen ini .. kontraktor Cina ini telah salurkan duit secara tunai berjumlah berjuta ringgit pada konmen ini untuk dibekalkan kunonnya pada Rahim, sebagai pengikat dapatkan projek, Mike Tyson dan aruah Rahmat juga dikaitkan namanya. Yang bestnya cukup 6 bulan Konmen ini pun lesap entah kemana.

    Apabila hari ini saya tengok Najib, saya teringat Konmen ini .. tapi Konmen ini hanya tipu tokeh Cina tu je, malah dia tak melibatkan staffnya untuk menipu .. malah pada masa tu, kita pun tak tahu yang kita kerja dengan seorang Konmen .. sampai masanya Konmen tu pun ghaib .. kontraktor tu tak berani buat bising sebab melibatkan orang suci seperti Rahim, Mike dan Rahmat.

    Tapi cerita Najib ni tak habis-habis, tipu terang-terang, berulang-ulang, melibatkan kesejahteraan rakyat dan negara .. orang keliling nya turut sama tumpang menipu. Bila lah Najib dan gengnya nak ghaib .. lepas tu bolehlah di tangkap, dakwa dan dihukum .. ini sebagai pengajaran untuk generasi akan datang, yang salah tetap di hokooooom.

    BalasPadam