Selasa, 8 Mac 2016

BERSAMA HARI WANITA SEDUNIA










Kenyataan Media oleh YB Zuraida Kamaruddin

Deklarasi Rakyat yang telah berlangsung baru-baru ini adalah satu tindakan segera sebagai tindak balas menolak kuasa mutlak yang dinikmati oleh Najib Razak. Wanita Keadilan menyokong penuh langkah ini bagi memastikan wujudnya keseimbangan pembahagian kuasa dalam politik. Tidak boleh ada hanya satu pihak tertentu sahaja yang memegang penguasaan terhadap gabungan parti politik seperti yang telah terjadi pada UMNO dalam BN.

Keadaan ini di mana satu parti yang lebih kuat daripada parti yang lain dan hanya seorang sahaja yang membuat keputusan adalah sesuatu yang tidak sihat untuk rakyat. Kebebasan bersuara yang sepatutnya menjadi satu keistimewaan telah bertukar menjadi satu hak yang tidak dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebab inilah mengapa pejuang hak asasi manusia seperti Maria Chin dan Ambiga turut menandatangani deklarasi rakyat ini untuk menyingkir Najib sebagai Perdana Menteri.

Kes 1MDB telahpun mencapai ke tahap tidak masuk akal dan Najib  serta merta mempertahankannya sebagai satu “sumbangan”. Najib sepatutnya menyaman WSJ bagi membuktikan beliau tidak bersalah dan menyelamatkan negara kita dari terus disimbahi rasa malu.

Buat pihak UMNO pula, satu pembaharuan harus dilakukan seperti mengehadkan tempoh bagi memegang kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal. Ini akan menyelamatkan negara kita dari diperintah oleh pemimpin diktator melalui penumpuan kuasa untuk tempoh masa yang panjang.

Pelbagai kaum di Malaysia termasuk orang Melayu, Cina dan Indian yang bertegas menolak komunisme dan berjanji taat setia kepada negara kita semasa kemerdekaan yang diasaskan atas dasar demokrasi. Kita hanya mahu memastikan tiada undang-undang autokratik yang menindas suara-suara penentang.

Idea “pemisahan kuasa” perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Ketua-ketua negara, ketua-ketua perkhidmatan awam seperti polis, pendakwa dan hakim-hakim tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana kuasa yang lebih besar selain daripada kuasa yang terletak haknya sepenuh kepada rakyat untuk menjalankan tugas mereka dengan adil tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Negara kita sedang berada dalam keadaan reput dan rosak, dari teruk ke lebih teruk selepas hari demi hari. Ianya hanya boleh diselamatkan apabila kita mengeluarkan pemimpin yang berkuasa ini supaya kerja-kerja pemulihan dapat dilakukan segera. Jika hari ini kita tidak bersuara, maka suara kita akan mula kepupusan . Adalah harapan kami untuk menuju ke arah negara yang lebih baik. Reformasi!

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Ahli Parlimen Ampang








---------------

1 ulasan:

  1. Ternyata negara ini rosak hancur lingkop gara-gara pemimpin2 UMNO sial pundek haram jadah.

    Melayu konon..Islam konon..Pi umrah keliling Kaabah konon

    Pundek la UMNO

    BalasPadam