BERSATU SAMA
SAMA BERSATU
Anwar sokong tuntutan agar Najib letak jawatan
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Mahathir Mohamad yang menuntut perletakan jawatan Najib.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata pihak berkenaan harus menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama dalam usaha menyelamatkan negara ini.
"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu- individu termasuk Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh ketua pembangkang baru-baru ini.
"Persefahaman bersama ini akan menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Najib selaku perdana menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara.
"Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan," kata Anwar.
Reformasi institusi utama negara
Menurutnya Anwar, skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri adalah skandal 'terparah' dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara.
"Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang perdana menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas," ujarnya.
Pada masa yang sama, katanya, tuntutan perubahan ini harus melibatkan reformasi institusi utama negara yang disifatkannya sudahpun 'retak dan parah' di bawah pentadbiran perdana menteri.
"Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.
"Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama," kata bekas ketua pembangkang itu lagi.
hanya ada satu
jawapan kita
sokong!
silap besar jika pembangkang join madey utk singkir najib .... bila najib trsingkir pmimpin dr umno juga yg jd PM ... maksudnya masalah x selesai kerana guna sistem yg sama .... bukan stakat tkar PM yg paling pnting tkar parti pemerintah ... jika umno juga yg perintah masalah ttap sama .... jika najib d tukar skongan kembali pada umno n BN ... tlg pikir panjang wahai pmbangkang
BalasPadamUNITED FRONT!
BalasPadam