Selasa, 15 Mac 2016

CARA NAK JADI RAJA








MACAM MANA

JADi TENGKU

LEPAS ITU 

JADI RAJA

LEPAS ITU

JADi AGONG



'Adnan bukan ulama, tak layak digelar Teungku'

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia terus mempertikai gelaran Tengku yang digunakan oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata menerusi kajian pihaknya tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana gelaran itu hanya digunakan di Malaysia.
"Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam.
"Gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulamak yang telah menghafal surah-surah Al Quran. Ini seperti penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.
"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulamak. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran Teungku. Gelaran Teungku tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," katanya," katanya pada satu kenyataan di Facebook.
Menurut Kamarul, kebiasaannya gelaran 'Teungku' akan disusuli dengan asal usul tempat seseorang itu di hujung namanya.
"Sebagai contoh Teungku Hassan di Tiro (Tiro ialah nama tempat). Jadi Adnan bolehlah digelar sebagai Teungku Adnan di Putrajaya," sindirnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Adnan mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah Teuku dan bukan Teungku atau Tengku.
"Umum tahu bahawa Tan Sri P Ramlee seniman agung Malaysia berasal dari Acheh dan nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
"Jika Adnan seorang golongan diraja mengapa pula beliau tidak menggunakan Teuku kerana gelaran inilah yang menunjukkan sesorang itu berasal dari keturunan bangsawan," katanya.
SIAPA DiA

MANSOR BIN

HAJi BABA



----------------

6 ulasan:

  1. Tengkiu hehehehe....raja rimba dari utara kah kah kah

    BalasPadam
  2. Kipidup Adinan! Kipidup! Tongkat Acheh di sini!

    BalasPadam
  3. teruskan pertikai tengku..jgn lupa pertikaikan gak raja..ada raja tak ikut giliran..ada raja yg asalnya takda raja tapi jd sultan..gelaran hanya la mengenai ekonomi..sapa kaya, sapa ada kaki pukul, sapa ada hulubalang maka org itu akan dikastakan tinggi..so kawin pun wajib setaraf dgn nya bagi meluaskan punca ekonomi..lihat parameswara, kawin dgn puteri china sb mahu perlindungan dari kuasa china, parameswara mahu memberi tentangan kpd siam gajah putih..dulu raja2 kawin dgn raja2 sb mahu meluaskan empayar ekonomi, mahu balak tentera yg kuat..utk mensucikan raja2, maka agama islam diletakkan dibawahnya walhal raja2 hanya la islam kemaluan..tidur malam bmimpi mistik , tetiba2 siangnya sudah disunatkan, tetiba2 fasih bahasa arab,semuanya magik ..sumenya tetiba2 islam.bukan menggunakan akal kaji dan amik tahu apaitu islam.disbkan mrk adalah pemberi mknan kpd hulubalang2, kaki2 pukul, mata2, maka rakyat pun terpaksa akur..sehingga kini, disebalik kegagalan tanah melayu atau malaysia pasti ada raja2 dibelakangnya..lihat sukan, lihat tanah2 merah, lihat majlis2 agama, lihat tata cara tubuh negeri, lihat hari jumaat..ulama2 yg dikatakan takut kpd tuhan segala tuhan, tetap mahu mdoakan sejahtera kpd pemegang2 botol besar..dimana bangsawan2 ini ketika rakyat dijual dgn neo colonial tppa, dimana mrk ketika akta zalim dikenakan..bukankah mrk payung agama dan paling hanpir dgn tuhan sehampir urat leher..siapakah yg sain residen ..tentunya kaum2 tamak raja bersama org berpangkat tengku,raja, rajagopal,syeikh2, maulana2...lihat shj bintang2 kebesaran british dipakaian mereka sbg bukti.sehingga kini, rakyat di bawah duli kan..mujur nabi muhammad matinya miskin..

    BalasPadam
  4. Maknanya apa? Berdasarkan kajian dan penemuan dalam artikel ini,mungkin ada unsur2 penipuan...

    BalasPadam
  5. Jadi ULAMA PAU PAU PAU

    Tak kan tak boleh

    Tak de Teuku ; TONGKU boleh pakai kan

    Kaya lah budak PAU PAU PAU tu

    Dah REZEKI dia

    The CHOSEN PAU kan

    Jangan soal , tak baik lah....

    BalasPadam
  6. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ–•πŸ»

    BalasPadam