Khamis, 10 Mac 2016

SOKONG UNITED FRONT







Kenyataan Akhbar Anwar Ibrahim
9 Mac 2016 

Kita sudah sampai ke peringkat  di mana terdapat kesedaran meluas menuntut perubahan. Pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan sistem pemerintahan yang gagal mengendali permasalahan kritikal ekonomi Negara.

Terakhir kita perhatikan kedudukan ekonomi tambah gawat dan buktinya adalah dengan keperitan hidup rakyat.

Harga barang keperluan asas meningkat dan perlaksanaan GST bercelaru dan membebankan.

Kerajaan BN-UMNO tidak sanggup melakukan sebarang tindakan berkesan untuk mengurangkan beban rakyat. Umpamanya dengan penurunan harga minyak, kadar letrik milik IPP-kroni tidak diturunkan. Untung mereka meningkat ratusan juta ringgit setahun. Tetapi rakyat terpaksa membayar kadar yang tinggi.

Justeru itu saya menggesa rakan-rakan dalam Keadilan, Pakatan Harapan dan NGO-NGO untuk terus gigih menuntut reformasi sepertimana kita perjuangkan selama ini.


-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan