Selasa, 12 April 2016

BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU




 DARI ARKIB




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan

yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air terjun jeram toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat 
nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan
ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam 

yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu 
yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi



bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat 
akan pembelotan
lalu aku teringat
akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 

yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 

yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang yasser arafat dan george habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga
yang paling mahal

kepada  kau kawan aku

yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini

kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa

untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan
harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 

-----------

14 ulasan:

  1. Padan lah muka ko orang.Selangor jadi saksi tentang goblok nya ko orang pr.

    BalasPadam
  2. benar.paling senag nak massuk adalah dari pintu hadapan.rmai orang2 palestine sendiri telah menjual taanah2 pertanian mereka pada orang2 zionis.mereka telah berkhianat pada anak2 dan cucu2 mereka.

    berkhianat lah pada anak2 cucu2 kamu dari kampung2 kuala lumpur.berkhianatlah pada warga miskin kota.berkhianatlah pada baling.kerana nama nama kamu akan kami pahatkan dalam sejarah supaya anak anak cucu cucu kamu tahu pengkhianatan kamu.

    BalasPadam
  3. Best layan puisi lu..dilatari kepulan dari sebuah balutan. Malam dingin dan langit bersih, diantara bukit2 subur di asalku. Yg ptgnya tiada bangla di sini.

    BalasPadam
  4. Ini mesti ganja spray punya penangan ni......dapat kek jalan brunei ke.....hahhahaahah

    BalasPadam
  5. what the fak parti islam samalaysia..

    BalasPadam
  6. Sapi Betina (Al-Baqarah):109 - Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    BalasPadam
  7. Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):72 - Segolongan (lain) dari Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mukmin) kembali (kepada kekafiran).

    BalasPadam
  8. Goblok tu bahasa mamak Zam maidin.kau ni ular ka atau seorang eeeeeeeeeeeeeeee...kah..kah..kah..

    BalasPadam
  9. Kah kah kah kah... Anwar dah kena jual

    BalasPadam
  10. Angkara united malay iblis, dulu united malay iblis ni jugak kate korang parti ajaran sesat, skrg korang plak ikut... sah2 korang parti ajaran sesat kiblatkan united malay iblis

    BalasPadam
  11. Penipuan besar besaran....

    BalasPadam
  12. Cakap bab hudud ..kona sana kona sini...cungkil sana sini..
    Tulis syair pula ttg palestin..islam x brapa cukup. X yah ckp perjuangan islam

    BalasPadam
  13. Ambik bahasa mudah abang tukar tiub
    Melayu jual melayu
    Utk wang kedudukan dan jawatan
    Jgn salahkan bangsa lain
    Bangsa sendiri berniaga kepentingan bangsa
    Atas alasan agama bangsa dan ketuanan
    Ketuanan dijual setiap hari kepada bangla indon myanmar vietnam nepal nigera
    Ramai masih tidak sedar
    Malaysia akan jadi caca merba
    Koloni pendatang asing tanpa izin pelarian menjadi jadi
    Koloni perniagaan sudah sedia wujud
    Koloni kekuasaan sedang wujud
    Pihak berkuasa sudah was was
    Ambil tindakan atau tidak
    Ianya akan menjadi duri dlm daging
    Itu semua tidak mengapa
    Asal berebut kontrek
    Asal berebut jawatan
    Asal berebut kedudukan
    Asal berebut projek
    Kah kah kah
    Pastinya melayu mudah lupa
    Perit getir dulu
    Sudah alpa dalam.kesejukan shopping mall mewah
    Sudah lupa bertani dan berenang
    Menikmati kehidupan moden
    Makanan rutin semakin banyak impot impot
    Kah kah kah
    Itu juga tidak mengapa
    Ladang makanan ruji jadi perumahan
    Demi mencari kekayaan duniawi moden
    Semua mahu kereta besar
    Semua mahu rumah besar
    Tapi malu berdikari dan usaha
    Masih mengharap konterek ali baba
    Masih kedarah hasil usaha org lain
    Adakah ianya menjamin masa depan?
    Tunggu dan lihat
    Mana mana bangsa yang alpa
    Yang lupa asal usul
    Yang lupa tamadun budaya
    Yang lupa pekerti santun
    Atas pelbagai alasan
    Akan menjadi tinggalan sejarah
    Akan menjadi kenangan satu masa nanti
    Sementara itu
    Marilah kita sama.sama
    Kah kah kah
    Demi melupakan nista sengeta
    Hati yang serba durjana
    Hati yang serba kejahatan
    Mencari ketenangan.dalam jiwa sendiri
    Sebagai manusia.ilmiah
    Masih mengadu domba
    Amar maakruf nahi mungkar
    Kah lah kah

    BalasPadam
  14. Aku terus terkenang
    Suatu yg tak di sebut orang..
    Petai jiji Dan zai...

    BalasPadam