Selasa, 26 April 2016

BUKAN SATU BERITA BARU







BUKAN BERITA

BARU

JELAS LUBANG
PELURU SENAPANG
KOMENTAR

tukar tiub dari awal lagi
telah berkata ini kerja CIA
ini kerja daulah terpendam
tujuan  mengepong rusia

malah sampai hari ini
rakyat malaysia TIDAK
diberitahu apa apa
tentang isi kandongan
dalam KOTAK HITAM

amat jelas 
menembak jatuh mh17
adalah projek amerika untuk
meminggir dan beri tekanan
kepada putin dan rusia
hari ini terbukti gagal



Nahas pesawat MH17: Adakah CIA terlibat?

 | April 26, 2016
Dokumentari bertajuk `The Conspirancy Files: Who Shut Down MH17' itu akan disiarkan stesen televisyen BBC.






PETALING JAYA: Sebuah dokumentari khas berhubung beberapa teori yang dikaitkan dengan punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014 akan disiarkan pada 3 Mei ini.
Laman Portal Mail Online melaporkan, dokumentari yang bertajuk “The Conspirancy Files: Who Shut Down MH17″ itu akan disiarkan stesen televisyen BBC.
Dokumentari itu berkisar mengenai tindakan menembak jatuh pesawat MAS yang menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal terbabit yang didakwa berpunca daripada operasi pengganas dibantu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Walaupun laporan rasmi oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyebut bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh sistem pertahanan buatan Rusia, BUK dari kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro-Moscow, tetapi dokumentari berkenaan mengumpul kenyataan beberapa orang saksi yang mendakwa kapal terbang Boeing 777 terbabit ditembak oleh sebuah pesawat pejuang.

Ia dibuktikan oleh wartawan yang terlibat dalam penerbitan dokumentari berkenaan, Billy Six apabila mewawancara kira-kira 100 orang saksi dengan tujuh daripadanya mendakwa melihat kelibat jet tempur pada hari kejadian.
Dokumentari BBC itu turut menampilkan teori tentang penglibatan CIA melancarkan operasi pengganas untuk meletupkan pesawat terbabit bagi menyalahkan Rusia yang juga seteru AS.
Teori berkenaan dicetuskan oleh penyiasat peribadi, Sergey Sokolov yang percaya CIA membantu pasukan perisikan Ukraine dan Belanda untuk meletakkan bom dalam pesawat itu ketika di Amsterdam.

PROJEK KANTOI

PROJEK MANTOI

PROJEK GAGAL

MALAYSIA TAHU

ATAU KENA 

TIPU?

------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan