BUMI SEDANG BERCAKAP
Pada 15 March 2016 - anak semua bangsa telah membaca dan diberi tahu tentang daerah Chuping Perlis memecah rekod panas mencecah 39 darjah celcius. Ini pertama kalinya panas sademikian terjadi dalam sejarah bumi tropikal Tanah Melayu.
Kita telah membaca berita sekolah di Kedah, Perlis dan Kelantan ditutup kerana panas terik. Kita juga telah membaca kenyataan Pak Menteri tentang ayam piliharaan mula gelabah kerana panas. Kita juga membaca bagaimana panas telah dituduh sebagai pembawa histeria kepada gadis sunti murid sekolah.
Kita telah membaca bagaimana tasik tadahan air di Kedah, Perak, Selangor dan Johor semakin susut. Air mula dicatu dibeberapa tempat di Johor. Dalam masa yang sama air laut semakin ganas. Justeru kita juga terbaca berita tentang 75 juta ringgit telah diagihkan kepada Telok Intan untuk menambak tebing sungai melawan hakisan.
Kita juga diberi tahu tentang pembenihan awan telah dilakukan ke seluruh Semenanjung. Hujan turun disana sini. Tapi panas tidak berkurangan.Banyak daerah semakin kering. Wilayah dan kawasan kering telah menjemput kebakaran tidak disengaja - yang sekali lagi membawa jerebu.
Apa sebenarnya berita-berita ini. Apa tanda dan makna yang dibawa oleh berita berita ini?
Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa bumi manusia ini sedang sakit. Berita-berita ini adalah bahasa pengucapan bumi. Bumi manusia yang sedang bercakap dengan umat manusia. Bumi manusia kita ini tidak bisu. Yakinlah bumi manusia milik anak semua bangsa ini boleh bercakap. Bumi boleh berkata-kata. Malangnya umat manusia yang menginap diatas muka bumi ini tidak memahami nahu dan bahasa bumi.
Cuba bayangkan kalau virus demam kura sedang menyerang seorang anak kecil. Anak ini akan menangis kerana panas. Anak ini akan mengigil kerana sejuk. Sang virus dalam badan anak ini akan beranak pinak dengan pantas. Berjuta juta virus baru akan lahir. Semua virus ini akan memakan darah si anak kecil. Akhirnya anak kecil ini akan tewas. Dan virus ini juga akan tewas sama.
Jeritan dan tangisan anak kecil itu pasti menyedarkan Sang Ibu dan Sang Ayah untuk merawat Sang Anak. Lalu saya bertanya - apakah kita semua tidak sedar - apakah kita semua tidak tahu bahawa anak kecil itu ialah bumi. Virus dan kuman itu adalah kita umat manusia. Bumi sedang menangis sakit. Bumi sedang demam. Justeru suhu bumi menjadi lebih panas.
Amat jelas apa yang sedang berlaku ke atas muka bumi ini pada ketika ini adalah akibat perbuatan kita semua - umat manusia. Umat manusia yang hidup diatas bumi ini sedang menjadi virus dan kuman. Manusia ialah kuman besar yang dapat dilihat. Manusia adalah virus besar yang boleh berfikir. Bumi ini adalah tubuh badan.
Apa yang saya tulis tentang anak kecil, demam, virus atau sakit boleh dibaca sebagai metapora. Tetapi sabenarnya apa yang saya tulis adalah hakikat. Hakikat inilah yang sedang berlaku diatas muka bumi ini.
Kita - umat manusia - sedang memamah dan memakan apa sahaja yang wujud diatas muka bumi ini. Virus yang beranak pinak tanpa henti-henti terus memamah bumi. Menjarah apa sahaja yang wujud dipermukaan bumi, didalam perut bumi atau diatas permukaan bumi. Hasilnya - bumi jatuh sakit. Bumi ini demam. Bumi ini panas.
Lalu bumi bersuara dan bercakap. Lalu bumi menangis mengadu hal bahawa dia sedang deman. Panas yang datang hari ini adalah tanda yang amat jelas bahawa bumi ini sedang demam. Bumi kita ini sedang berkata-kata - mengadu sedih - kepada kita umat manusia
Bayangkan ketika ini - bumi mula muntah-muntah. Angin bumi mula lintang pukang. Cuaca bumi mula tidak menentu. Air laut mula bergelombang besar. Suhu bumi semakin terik. Sila jangan tuduh semua ini terjadi kerana takdir. Atau kemarahan Kala Dewata. Atau kemurkaan Tuhan. Atau pembalasan Yang Maha Esa kerana umat manusia melakukan maksiat. Atau kerana LBGT. Bukan bukan bukan.
Persoalan sekarang ialah - apakah umat manusia mendengar kata-kata dari bumi ini?
Saya bukan seorang bomoh. Saya juga bukan seorang saintis dan jauh sekali pakar kaji cuaca. Tetapi saya cukup yakin gaya hidup dan budaya yang kita junjung hari ini adalah penyebab utama yang menjadikan bumi kita ini sakit dan demam.
Justeru pada hemat saya bumi sedang bersuara agar kita umat manusia menilai kembali gaya hidup kita. Kali ini saya berjihad dan mendakwah untuk menyampikan pesanan dari bumi manusia.
Apakah gaya hidup yang membawa mudarat pada bumi ini?
Tidak susah untuk saya memberi pencerahan tentang apa itu gaya hidup itu. Saya memohon para pembaca berhenti sajenak. Dengan hati yang jujur sila kira ada berapa pasang kasut tersusun ditepi rak sebelah pintu masuk? Sila buka almari pakaian dan lihat berapa timbun pakaian yang tidak pernah dipakai. Sila kira berapa banyak beg tangan tergantung dan berapa helai kain tudung. Buka tingkap dan lihat berapa biji kereta tersadai dihadapan rumah.
Saya sendiri mengakui memiliki belasan kasut yang terkumpul. Banyak kasut yang tidak terpakai. Saya juga memiliki setimbun kain baju yang telah saya lupakan. Jangan risau saya tidak memiliki kain tudung tapi memiliki pelbagai jenis topi.
Dari mana barang-barang ini terkumpul. Siapa menyuruh atau memberi arahan agar kita memilik benda-benda ini?
Memiliki dan mengumpul benda dan produk adalah satu gaya hidup. Ianya telah menjadi satu budaya. Gaya hidup yang sedang membudayakan kita sekarang ialah budaya konsumer. Budaya konsumer ialah budaya beli, kumpul dan pakai.
Budaya konsumer ini lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam kerangka ekonomi kapitalis konsumer, pengguna atau pembeli amat penting. Tanpa pengguna, tanpa pembeli sistem kapitalis akan runtuh.
Dalam sistem ekonomi kapitalis perkembangan ekonomi amat penting. Ekonomi wajib terus menerus berkembang. Maknanya kilang terus mengeluarkan produk. Kilang dan pabrik terus mengeluarkan barangan. Dalam masa yang sama produk dan barangan yang dihasil wajib dibeli oleh konsumer. Konsumer wajib diyakinkan untuk terus membeli. Ini putaran hukum ekonomi kapitalis. Putaran ini wajib berterusan agar sistem ekonomi kapitalis terus bergerak ke hadapan.
Jika putaran ini terencat atau terputus maka sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis.
Untuk memastikan sistem ini berterusan maka tuan punya kilang, kaum pemodal wajib terus menerus membuat benda-benda baru yang akan menarik dan memberahikan pembeli. Benda-benda baru ini wajib dipasarkan untuk memastikan kilang terus menerus berjalan.
Contohnya: Kilang Proton di Tanjung Malim wajib terus mengeluarkan kereta. Para vendor Proton wajib terus memasarkan proton. Mengiklankan keindahan Proton agar orang ramai akan membeli Proton. Jika tidak kilang Proton akan lingkup.
Dibelakang kilang Proton ini ada lagi jalur-jalur yang wajib dketahui. Besi dan timah wajib dicari gali. Plastik dari minyak wajib dikumpul. Dan untuk memastikan Proton bergerak bahan bakar petrol wajib digali dari perut bumi. Mengali dari perut bumi ini menyebabkan bumi demam. Asap dari Proton ini membuatkan bumi batuk.
Kilang Proton hanya satu contoh kecil - dari sebuah kilang kecil di Malaysia tentang putaran budaya konsumer.
Bayangkan berapa ratus juta buruh sedang membuat produk diratusan ribu kilang di China. Bayangkan berapa ratus ribu kilang sedang bergerak di India. Bayangkan berapa banyak asap keluar. Bayangkan jutaan tan arang batu dibakar saban hari. Bayangkan berapa banyak petrol terbakar. Berapa banyak asap memasuki ruang udara. Bayangkan berapa juta tan carbon dioxide - CO2 - memasuki atmopera alam kita. Semua ini adalah virus yang menyebabkan bumi kita ini demam.
Selagi kilang ini bergerak. Selagi arang batu dibakar. Selagi petrol menjana kuasa - selagi itulah bumi yang demam ini tidak akan sehat sehat.
Anak semua bangsa sedang terperangkap dalam gaya hidup konsumer. Ramai yang tidak menyedari pekara ini. Ramai tidak sedar bahawa kita - umat manusia - bertanggung jawab menjadikan dunia kita demam. Mungkin juga ramai tidak mendapat penernagan dan pencerahan tentang bagaimana bumi ini boleh jatuh sakit.
Sebenarnya apa yang saya lakar ini bukan satu yang baru. Untuk umat Melayu Islam pasti telah membaca kesah tamadun ‘Ad dan Ubar di dalam kitab Al-Quran. Tamadun ini telah runtuh. Malah kita hanya wajib menggunakan sadikit akal untuk bertanya: apa terjadi kepada Saudi Arabia yang pada satu ketika dahulu adalah tanah hijau yang subur. Atau bertanya apa yang terjadi kepada tamadun Inca di Mexico. Atau apabila melihat gambar Piramid di Mesir atau lalu di Sunway - kita akan bertanya kenapa tamadun ini runtuh.
Ingatlah apabila virus demam malaria berkenduri kendara dan beranak pinak membaham darah mangsa - ianya juga sedang menyediakan malapetaka. Mangsa yang dibaham akan gugur tewas. Apabila mangsa tewas maka virus ini akan gugur bersama.
Bumi sedang bercakap mengingatkan kita semua agar mengubah gaya hidup. Jika umat manusia meneruskan gaya hidup ini maka bumi dan kita semua akan pupus bersama. (TT)
P/S - manusia hanya ada sebuah bumi.
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
Please allow me to correct but the highest temperature recorded in Chuping was 40.1C on 9th April 1998. This information is stated on a billboard in the centre of Chuping roundabout. TQ
BalasPadamkebanyakan orang bukan x tau bahasa atau nahu bumi yg mengisahkan kesakitan alam sekeliling; mereka sengaja buat dunno. Sebab utama senang je: kerana mereka mau melebihkan usaha cari makan dulu drpd memikirkan mcm mana nak lestarikan sumber kegiatan ekonomi. Untuk mereka, keuntungan peribadi yg maksimum adalah sesuatu pencapaian yg blh jamin kelangsungan kehidupan peribadinya biarpun keuntungan ini sementara saje dan merosakkan kualiti alam sekeliling. Ini macam Imperialis Anglo-Amerika yg asyik cari gaduh di Timur Tengah sebanyak mungkin untuk menguasai sumber galian minyak walhal bekalan galian minyak di dunia semakin mengurang. Ada orang jg anggap usaha2 yg berkaitan dgn pengurangan impak alam sekeliling tidak mendatangkan keuntungan maksimum dlm tempoh masa yg cepat kalau berbandung dgn kegiatan ekonomi yg tidak mesra alam tp lebih jimat masa untuk menjana keuntungan. Contoh baik yg kita blh nampak adalah pembakaran terbuka; ia masih diamalkan di ladang kelapa sawit, hutan atau di sekitar rumah sendiri walaupun sudah banyak kali jerebu melanda tempat kita. Begitu jg dgn penebangan balak di Borneo d mana keuntungan cepat diutamakan dan kebajikan penduduk dan alam sekitar ditolak ke tepi tumpuan mereka
BalasPadamWhat will happen when you get infected, either from a bacteria, virus, protozoa or whatever poison.
BalasPadamYour body raises its core temperature!
Same thing with EARTH.
Most humans think that EARTH is not a sentient being, hence, could not think, could not act, could not breath, could not do anything.
Think again!
Humans are the VIRUS, that are infecting the EARTH.
What does the EARTH do?
Raise it's core temperature, to kill off the pesky invaders, called HUMAN!
tt ni dah kena indoctrinasi. bumi bukan bulat la. bumi flat. keliling dia antarctica. baru logik. kalau bulat air laut semua tumpah. gravity tu bohong Newton je
BalasPadam