Saya masih ingat lagi pada satu ketika dahulu - dizaman saya kanak-kanak. Ada satu tahun bilamana musim buah telah gagal sampai ke kampong saya. Ketika itu saya dalam darjah tiga atau empat. Pada ketika itu kami anak-anak sekolah tidak tahu menahu tentang Jelebu - wilayah kampong kami - sebagai daerah yang paling panas dan kering di Malaysia.
Bila musim buah tak sampai - bila durian , manggis dan langsat tidak muncul muncul maka kami anak-anak sekolah mula bersembang dengan pelbagai pendapat. Pendapat dan pandangan yang pastinya kami pungut dari emak atau abah atau dari datuk dan nenek. Pendapat yang paling menyakinkan saya pada ketika itu ialah musim buah gagal sampai ke kampong kami kerana Datuk Undang Jelebu belum dilantik. Ditakdirkan ketika itu kerusi Undang Jelebu kosong.
Datuk Mendeka Menteri Akhir Zaman Undang Luak Jelebu ketua adat yang pada anggapan kanak-kanak pastilah memiliki kuasa atau ‘komat’ untuk membawa musim buah. Malah jika musim buah lumayan atau padi melempah ruah maka semuanya pada anggapan kami kerana Datuk Undang berjaya menjaga daerah kami dengan baik.
Pada tahun 2016 ini - ketika panas sedang datang menyerang - masih ada sosok-sosok yang memberi jawapan bahawa perubahan cuaca ini adalah kerana maksiat semakin menjadi-jadi dalam negara kita. Ketika banjir besar melanggar Kelantan tahun lalu - kita terdengar juga hujah sademikian. Bukan muncul dari mulut budak sekolah tetapi dari yang alim lagi berani mengaku ulamak.
Hujah-hujah sademikian sama tarafnya dengan hujah budak sekolah darjah tiga lima puluh tahun dahulu.Hujah hampeh yang tidak membawa apa-apa makna jika terkeluar dari mulut sosok dewasa yang berfikrah.
Pada tahun 2016 kita wajib memiliki kesedaran yang lebih ilmiah untuk memahami kenapa cuaca berubah. Menyalahkan maksiat atau sumpahan jin atau sumpah Mahsuri atau semua bala dihantar oleh Yang Maha Esa adalah jawapan karut. Jawapan sademikian tidak memberi apa-apa pencerahan dan manafaat kepada umat manusia. Jauh sekali dapat menyelesaikan masalah.
Satu pekara yang wajib kita semua terima pada ketika ini : cuaca dunia telah berubah. Panas yang sampai ke wilayah kita ini akan berterusan. Pada tahap ini belum dapat dilihat bahawa cuaca yang dahulu akan kembali. Panas yang ada hari ini berkemungkinan akan menjadi lebih panas dan ganas.
Satu lagi pekara yang amat penting yang wajib kita semua terima ialah cuaca ini berubah bukan kerana ‘komat’ Datuk Undang Jelebu atau kerana maksiat atau kerana bala dari Tuhan.
Pada bulan Febuari 2016 yang lalu telah dirakamkan satu rekod kepanasan dunia yang paling panas semenjak bumi manusia ini wujud. Cuaca panas inilah yang sedang membawa bencana kepada umat manusia.
Kemarau telah dan sedang berlaku dibeberapa negera - di India, Somalia, Siam dan Uganda. Malah di Palau di Lautan Teduh telah juga diserang kemarau.
Di Amerika - Sungai Colorado mulai susut. Di Carlifornia banyak telaga air kering. Di Eropah Tengah kemarau berpanjangan. Di Honduras Amerika Latin juga sedang mengalami kemarau.
Sungai Zambezi adalah sungai terpenting di Afrika. Sungai sepanjang 2574 kilometer ini bermula di Zambia melintasi Angola ,Namibia, Botswana, Zimbabwe dan Mozambique sebelum masuk ke Lautan Hindi. Sungai Zambezi ini bagitu penting kerana ianya mewujudkan lembah pertanian subur seluas 1,390,000 kilometer pesegi. Ini lembah makanan Afrika. Sungai Zambezi ini untuk pertama kalinya dalam masa 30 tahun telah susut.
Manakala di Asia Tenggara - lembah selatan Sungai Mekong Vietnam yang menjadi wilayah sawah padi telah mengalami kemarau. Sungai Mekong telah juga susut pertama kali samenjak tahun 1926.
Semua berita kemarau dan keadaan cuaca yang saya tulis diatas berlaku pada bulan Febuari hingga April 2016 ini. Pada bulan yang sama juga untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia - sekolah-sekolah telah ditutup di Kedah dan Perlis kerana panas.
Lima enam tahun yang lalu - sebelum panas tahun ini menyerang, kita selalu mendengar nama El-Nino disebut-sebut. Akhbar ada melaporkan kesampian El-Nino yang akan membawa panas. Ramai juga Pak Menteri menyebut-nyebut hal ini. Saya tidak tahu sama ada ini hanya retorik politik yang mereka hamburkan apabila melihat kampong-kampong mulai kering kontang. Tetapi panas lima tahun dahulu tidak sepanas minggu ini. Justeru lima tahun dahulu tidak ramai yang ambil pot tentang El-Nino.
Justeru menjadi amal jariah kepada saya untuk memberi pencerahan tentang EL-Nino dan panas. Saya berharap anak semua bangsa mulai sedar kenapa kita dibakar dan apa yang sedang membakar kita semua. Dan kenapa dunia terbakar. (Malah untuk saya - sebelum saya ke penjara - inilah jihad saya untuk memberi pencerahan seberapa yang boleh.)
El-Nino ini ialah udara panas yang membawa pemanasan air di permukaan Laut Teduh atau laut Pasifik di bahagain Khatulistiwa. Kawasan air laut panas ini termasuk ke Laut Teduh di wilayah Amerika Latin. El-Nino ini bahasa Sepanyol - nama untuk Nabi Isa dari Nazareth yang baru dilahirkan. El-Nino membawa udara panas sebelum Hari Krismas menyusul.
Pemanasan air laut ini menolak udara panas naik ke atas dan menjemput udara sejuk yang dipanggil La Nina. La Nina ini anak kecil perempuan dalam bahasa Sepanyol. La Nina membawa udara sejuk berlawaan dengan El-Nino yang membawa panas.
EL-Nino dan La Nina ini bertembung. Pertembungan ini melahirkan satu perubahan cuaca. Pengaruh dari tekan ini membawa tambahan hujan i.e banjir. Atau mengurangkan hujan i.e kemarau.
Lalu persoalan timbul - kenapa Laut Teduh menjadi panas?
Laut Teduh menjadi panas kerana wujudnya pemanasan dunia. Kenapa wujud pemanasan dunia atau global warming? Inilah persoalan yang wajib kita tanya setiap saat apabila kita berhadapan dengan panas, kemarau atau banjir. Apa telah berlaku?
Pemanasan dunia atau global warming ini berpunca dari udara karbon diosida ( C02) yang sedang menuntup ruang atmospera kita. Semenjak kun fi ya kun. Semenjak alam ini wujud CO2 wujud sama. CO2 lahir dari dedaun, hewan dan proses fotosentis tanaman. Fotosentisis proses dimana deduan melalui cahaya matahari diwaktu siang menyedut C02. Udara C02 yang disedut oleh dedauan ini dimuntahkan diwaktu malam sebagai oxygen yang kita perlukan untuk bernyawa.
Untuk sekian lama - berjuta juta bilion tahun wujud imbangan antara C02 dengan oygen. Dunia, haiwan, tanaman dan umat manusia hidup amat permai bersama alam.
Kini imbangan itu tidak wujud lagi. Kenapa dan apa yang menyebabkan imbangan terkocak dan tidak wujud lagi. Soalan sademikin adalah soalan falsafah, soalan politik dan soalan ekonomi.
Pada hemat saya keseimbangan dunia hari ini telah dirosakkan oleh fikrah manusia itu sendiri. Keupayaan manusia berfikir telah membawa kerosakan yang maha sangat kepada alam ini. Manusia satu jenis haiwan yang memiliki akal fikiran. Haiwan ini ingin tahu semua hukum-hukum alam. Haiwan ini berpendapat dengan mengetahui hukum alam maka alam akan dapat ditundukkan untuk keselesaan perjalanan hidup umat manusia.
Mengenal dan mengetahui hukum hukum alam ini dan kemudian berusaha untuk menundukkan alam menjadi satu pedoman. Ini dikenali sebagai modeniti. Falsafah modeniti inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua sekarang ini.
Kalau dahulu C02 hanya datang dari tumbuhan-tumbuhan. Hari ini C02 telah bertimbun dan bergantang gantang keluar dari pembakaran fosil. Apa itu fosil? Fosil adalah bahan haiwan dan tumbuhan yang telah berjuta-juta tahun terkambhus dan tersimpan dalam perut bumi ini. Fosil ini telah menjadi arang batu atau minyak petrolium.
Penemuam arang batu sebagai bahan bakar telah boleh membakar air untuk mewujudkan wap telah berlaku 200 tahun dahulu. Wap pula boleh menggerakkan injin. Ini satu penemuan moden.
Pada awal penemuan pembakaran arang baru manusia tidak mengetahui apa yang akan terjadi 200 tahun kemudian. Ketika itu manusia bergumbira kerana dapat bergerak dengan pantas ke wilayah yang jauh. Manusia ada kereta dan keretapi. Ini tanda utama modeniti.
Kemudian - bahan bakar petrolium ditemui. Ini 150 tahun dahulu. Petrolium juga adalah fosil. Dengan penuh kegumbiraan manusia telah sekali lagi menyambut kedatangan petrol untuk mengambil alih peranan arang. Modeniti dirayakan.
Bahan bakar petrolium adalah menjadi asa tamadun moden. Malah tamadun kita hari ini adalah tamadun petrolium. Hari ini kehidupan manusia moden adalah kehidupan petrolium. Apa sahaja yang kita usik, apa sahaja yang kita pakai, apa sahaja yang kita gunakan - semuanya berasaskan bahan bakar petrol. Dari berus gigi hingga ke hidangan makanan yang kita nikamati - semuanya berasaskan bahan bakar petrol.
Fosil dibakar - i.e apabila arang batu atau minyak petrol dibakar untuk dijadikan tenaga. Keluara bersama tenaga ialah C02.
Pada tahun 2016 keseimbangan sedutan oleh dedauan terhadap C02 tidak dapat berlaku lagi. Deduan , pokok tumbuhan dan hutan yang bertanggung jawab membersihkan dan menukar C02 untuk menjadi oxygen semakin berkurangan. CO2 yang dikeluaran kerana pembakaran fosil bertambah berkali ganda. Manuaia kini hidup dalam rumah kaca. Yang memagari kita ialah C02.
Data pada tahun 2014 menunjukkan dalam dunia kita hari ini telah wujud 2 bilion buah kereta. Ini data tahun 2014. Saya tidak tahu berapa tambahan telah berlaku dlam masa dua tahun ini. Di Malaysia dari laporan portal MotorTrader sahaja terdapat 21.25 juta jenis kereta bermotor yang telah berdaftar.
Kegilaan manusia - anak semua bangsa untuk berkereta - tidak puas puas. Obsesi manusia dengan kereta tidak padam-padam. Ini tanda modeniti. Akhirnya di Malaysia Kancil tidak lagi tinggal dalam hutan. Kelisa tidak lagi bernafas dalam air. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disirakan
dalam SUARAN KEADILAN
-----------------
Ni abodo,tonton porn paham ke hang melabon?tambah elnino tu bermaksud mukjizat nabi is a.patutnya penebang balak penyebab banjir Kelantan tu disalib dipasung tengah panas ni
BalasPadamTuan TT,
BalasPadamSaya cadangkan kepada saudara, selain dari mempelajari ilmu sains, eloklah saudara mendalami ilmu al quran juga. Jika saudara benar-benar seorang Muslim, saudara wajib mempercayai apa yang tetulis di dalam al-quran. Banyak ayat yang menceritakan di dalam kitab suci kamu itu bahawa Allah menimpakan azabnya dalam berbagai bentuk seperti gempa bumi, hujan ribut yang membeku, letusan gunung berapi dsbnya sejak zaman berzaman sebelum kelahiran nabi kita lagi sebagai peringatan kepada makhluk supaya tidak menyekutukan Allah.
Hang ikut akal kepala otak hang bagi hujah ilmu kejadian dan sains semata-mata, semua mangkuk hayun faham perkara tersebut. Lain la kalau hang tak percaya al quran, maka hang berpegang sajalah kepada fahaman sains tersebut dan jadilah komunis hingga ke akhir hayat.
Kalau hang tanya aku pasai apa banjir besar berlaku di Kelantan, pendapat peribadi aku kata Allah murka sebab ulamak pemimpin PAS (selain Nik Aziz dan Husam Musa) sudah menyeleweng....depa rembat balak habis...rosakkan alam semesta ciptaanNya, menyebabkan sudah berkurangan kawasan tadahan air, bila hujan banjir mudah datang....
Rencana "Panas Panas OOO Panas" menghurai sedikit dinamika atau proses munculnya gejala panas yang boleh membikin manusia jatuh benggang dan bosan dengannya.'The whole country seems to be affected by the ennui of global warming'.Namun TT harus juga menurunkan cadangan2 yang praktikal bagaimana nak mengurengkan isu gejala panas melampau ni.
BalasPadamKita pun berada dalam satu situasi modeniti yang ironi. Lagi kita sedar yang kita tidak seharusnya membakar fosil kerana itu menyumbang fenomena panas melampau lagi sakan membakarnya melalui pemakaian kenderaan. Lagi kita ketahui bahawa kurengkan penggodlan hutan, lagi banyak hutan dibotakan. Lagi kita sedar yang pembikinan industri akan memuntahkan lagi CO2 lagi banyak negar akan mendirikan industri pembuatan.
Mungkin desakan dan tuntutan kapitalisme yg tak terkawal itu adalah penyebab besar kenapa gejala panas melampau ini akan menjadi ciri kekal dalam kehidupan kita.
Apakah ini detiknya ALLAH menahan 1/3 hujan atau kita sedang berada 2/3 hujan?
BalasPadamJika benar, sesunggunhya kita memang di fasa terakhir kehidupan.
Cuma ntah berapa lama tempohnya 1/3 atau 2/3 itu, adakah setahun, 10 tahun atau berapa lama selang masa setiap tempoh itu.
Wallahua'lam.
1.Sebab tu lah najib jual syarikat penjana kuasa kat cina......pakai petroleum banyak sangat. Tapi para rakyat marah kat dia.
BalasPadam2.Setakat ni najib belum kenakan apa2 cukai utk O2 dimesia untuk atasi imbangan O2 dan CO2. Untuk pengetahuan mungkin Asal usul GST bermula dr cukai O2 la....tapi utk mengelakan rakyat kata najib gila maka ditukar nama ke GST.
3. Pokok2 menyedut udara CO2 diwaktu Siang dlm proses fotosintesis.......sebab tu kerajaan islam kelantan menebang semua pokok supaya imbangan CO2 dan O2 tak berbeza diwaktu siang atau malam. Di perak tambee zambri cantas lagi banyak hutan untuk merealisasikan teori nko beb!
Sekarang baru aku nampak kebijaksanaa nko lebih kurang samo ja dgn Najib panglimo agama. Tak ramai yg sodar
Rasionalnya masalah banjir hanya 1bulan sedangkan masalah CO2 hari2 pokok keluarkan. Nampak tak bijaknya teori nko.
4. Gesture kerajaan Agama di ktan pula menolong/ membantu Najib menyelamatkan kan islam menentang ISIS dgn membalak khinzir hutan klantan.
Aku juga boleh buet analysis panglimo potaseh hoi.....kalau nko kata aku gila.....camtu juga nko bro! Teori "big bang" nko dari belakang ke? Cam cotong la! Aku ingat teori Undang luak jelebu nko betul la. Dia memang ada magis macam Rais anak Yatim la!
Out..buang plastik merata2 bukan maksiyat Ker.?tebang baLak sesuka hati bukan maksiyat Ker.?
BalasPadamNgada2 duit banyak Padang aircond bukan maksiyat Ker.?ketahui Lah ini Lah baLabaLa yg perLu di tafsir semuLa, ngada2 duit banyak sejenih maksiyat yg lupa di tafsir semuLa... Amennnn