Khamis, 28 April 2016

SURAT AKAU UNTUK KAMU




SURAT AKU 

UNTUK KAMU


kawan yang baik hati,

cuaca makin panas.diluar tingkap aku nampak langit kelihatan keruh.udara bahang membakar. aku berseluar pendek. baju aku tidak dibutang. aduh - jam baru melintas 9.30 pagi telah bagini panas.

petang kelmarin hujan nak turun tapi tak turun. rintik rintik menjadikan lagi berbahang dan panas. ini mungkin hujan buatan - pembenihan awan bukan hujan hadiah dari alam.

aku keletihan dalam cuaca sademikian.

kawan yang baik hati,

sabenarnya aku takut. bukan panas ini yang aku takuti. aku takut apabila melihat anak anak kecil, aku takut melihat ibu yang mengandung.

aku takut anak anak kecil ini. aku takut anak yang akan lahir ini akan menerima hakikat bahawa inilah bumi kita. inilah tanah air mereka - malaysia - inilah tanah melayu ku.

mereka tidak tahu bahawa daerah chuping tidak pernah sepanas ini. sekolah tidak pernah ditutup kerana panas. ular tidak sering keluar mematuk.

mereka tidak tahu betapa indahnya bumi tropikal ini. betapa landai pantai telok kemang. betapa romantiknya pantai cinta berahi. air terjun dan gunung ganang yang memaku bumi ini adalah lukisan alam untuk umat manusia

aku amat takut bahawa mereka akan menerima bahawa saban tahun jerebu akan menyerang. saban tahun ada sekolah akan ditutup. saban tahun akan ada catuan air.

aku amat amat takut. anak anak yang dilahir dizaman ini akan menerima hakikat bahawa inilah ini. mereka menjadi biasa. lalu mereka menerima. 


kawan ku,

apakah kau tidak terpikir tentang ini? atau hanya aku seoarang saje yang sibuk mibuk. aku hanya bertanya. jawapan ada didada kamu.

aku menunggu jawapan dari kamu. surat ini aku tulis sebelum aku ke penjara.

ikhlas dari aku
jam 10 pagi
khamis 28/4/16


------

2 ulasan:

  1. jangan takut lah kawan

    rezeki tuhan bagi tuk semua dapat

    kawan tenang saja

    kawan cuba lah bagi tau melayu melayu lain

    semua melayu ada Otak

    semua melayu mesti sedar hidup lawan nya mati

    semua melayu mesti sedar hidup dalam kubor susah

    melayu mesti balik ke Quran Sunnah dan lawat masjid tambah ilmu kubor

    melayu mesti sedar hidup sebagai melayu tak susah

    melayu mesti tahu jadi melayu

    OH MY LOL

    BalasPadam
  2. Sabar tuan TT.. yg menyempitkan dan melapangkan hidup kita, hanya Allah Yang Maha Esa.

    Sujudlah seorang diri di malam hari. Persetankan Haji Hadi, persetankan Azmin Ali, pergi mampos la Lokman Adam, boleh pegi cirit la Tuan Ibrahim..

    Sujudkan dirimu dgn tenang di hadapan Ilahi. Sudah ramai yg menemui. Ramai juga tersesat sendiri walau dikelilingi kitab2 agama. Persetankan mereka semua. Yg penting, kita yg temui.

    Insan dan Manikam - hadiah dari M. Nasir
    La Tahzan - Hadiah dari Aid AlQarni

    BalasPadam