Rabu, 4 Mei 2016

AKAUN SIAPA PULAK?






AKAUN SAPA

PULAK NI?




Laporan: Siasatan terhadap 1MDB, akaun individu di HK dibeku


Akaun beberapa individu di bank di Hong Kong telah dibekukan ekoran siasatan di seluruh dunia terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Bloomberg.
Memetik sumber-sumber yang enggan dinamakan, syarikat media yang berpusat di New York itu, melaporkan bahawa individu-individu yang tidak dinamakan itu, disiasat oleh negara-negara di luar Malaysia.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau sama ada bank-bank itu bertindak atas kehendak mereka sendiri.
Sementara itu, agensi anti-rasuah Hong Kong dan pihak polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.
Pada September tahun lepas, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap satu siri deposit yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini, lapor Financial Times, adalah berkenaan dengan deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa dibuat di cawangan Credit Suisse di sana.
1MDB telah menjadi subjek pelbagai siasatan, dari Singapura hingga ke Switzerland.
Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berdepan dengan gesaan supaya meletak jwatan, terutamanya dari pengkritik nombor satu beliau, bekas Perdana Menteri,  Mahathir Mohamad. Najib juga secara konsisten menafikan sebarang salah laku.
Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada Januari lalu turut membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung dengan derma RM2.6 bilion dan dalam kes SRC International.
KAH KAH KAH

woit

ini mesti akaun

anwar ibrahim

akaun najib 

di ambank KL

bukan hong kong

kah kah kah

WAKRAK KOK



------------

4 ulasan:

  1. Aku tahu...
    Nanti bagi tahu
    ikut SOP....

    BalasPadam
  2. Acc pengkianat pengkianat dr malaysia....kta tunggu akan terdedah namanya

    BalasPadam
  3. Akaun2 kat negri kapeir...ale utooh... Akaun akhirat kat mana?

    BalasPadam
  4. Gwa rasa akaun ziana zain

    BalasPadam