SURAT AKU LAGI
kawan ku yang baik hati,
apa khabar
dua hari ini aku gumbira terus
ah! walau pun aku terpenjara
aku akan tersenyum
kau lihatlah klip ini
kau juga akan tersenyum
jika aku dalam bilik yang kosong
dipagari jeriji besi
aku akan teringat akan klip ini
maka aku tersenyum berkata:
' wah hidup ini penuh erti'
'wah hati aku suci macam bauh laici'
anak kecil ini
jika menulis akan menjadi seniman besar
jika melukis akn jadi pelukis tersohor
jika pemecut akan memecah rekod alam
jika menyanyi dunia akan gegak gempita
jika mengkaji akan pakar ilmiah handal
nah kau lihat sendiri
kawan ku yang baik hati,
aku ketawa bila dipanggil atuk
aku tersenyum kerana dah jadi atuk
inilah perjalanan hidup
hidup kita umat manusia hanya
dalam tiga babak
malah apa saje dalam alam ini
semuanya dalam tiga babak
babak pertma: kanak kanak
babak kedua : mendewasa
babak ketiga : penutup kata
hidup aku pun dalam tiga babak
babak pertama aku dilahir
babak kedua aku berkelana
babak ketiga aku kembali
aku telah berjanji akan menulis
tiga babak ini dalam 3 jilid
aku ingin merakam kesah
aku ingin berkongsi cerita
aku ingin kau senyum ketawa
kawan ku yang baik hati,
aku harap kau bersabar
aku tahu aku telah pernah berkesah hal ini
malah aku menjadikan
kau tertunggu-tunngu
sembilan bulan ini nanti
jika aku ada pen
jika aku ada kertas
aku akan cuba merangka
tapi sebenarnya aku tak tahu
apa yang akan berlaku
sebelum itu
sila tonton bagaimana
hati seorang atuk
sesuci buah laici
HATI ATUK KU
SESUCI
BUAH LAICI
Adus.. nangis gua.. bermakna 9 bulan juga gua mesti rindu giler ngan tukartiub. Berpuasa dan beraya tanpa tukartiub.. adusss
BalasPadamSelamat berehat tuan. Ingat, tuan ada dua yg masih ada, Allah dan Muhammad. InsyaAllah tuan x akan kesunyian. Berehat di hujung umur.. bagus ni. Makan free.. tahan sakit hati ja.
MasyaAllah.. ya.. 9 bulan inilah masanya.. dari Malaya ke Australia, je Russia dan ke UK.. bukukan memoir indah ini..
BalasPadamSang pejuang menjangka memoir sendiri mmg buruk dan jelik, begitu juga dgn Tan Malaka. Kini cucunya juga berasa kecil sedemikian, namun memoir Tan hilang entah kemana bersama jasadnya. Jika cucunya pejuang, moga2 memoir indahnya tidak hilang. 50 tahun 100 tahun walau 5000 tahun tetap dikenang dan didoakan rakyat. Doa ini penting, penerus amalan kita walaupun telah tiada.
Ingat akan tulisan MGG Pillai, terus subur dikorek dicari walau sang empunya diri yg berjuang, sudah lama bersemadi.
Kami tiada apa untuk dijadikan bekalan semangat rakyat terus melawan. Tuan.. tolonglah!!!