SATU LAGI SURAT
DARI AKU
kawan ku yang baik hati,
kau lihat lah klip ini
kau ulang lihat sekali lagi
apakah kau faham erti isinya
apakah kau tahu bahasa nahunya
aduh!
lihatlah apa yang aku tinggalkan
lihatlah apa yang aku rindui
lihatlah betapa rahsia aku terbuka
lihatkan gaimana rahsia aku diumumkan
kawan ku yang baik hati,
apakah kau kenal petai
apakah kau pernah merasa petai
apakah kau tahu nikmat petai
ah!
dunia ini tanpa petai
adalah dunia yang tak lengkap
aku bersumpah
aku berjanji
aku berkiblat
jika dunia ini tanpa petai
maka aku tidak mahu dilahirkan
kepada yang maha esa
aku berterima kaseh
kepada yang maha berkuasa
aku merasa bersyukur
kerana aku dilahirkan
dibumi tropikal
dibumi suburnya hidup petai
bila aku dikurung nanti
akan aku bilang jeriji besi
akan aku kira dawai berduri
akan aku khayalkan
semua ini adalah papan petai
yang bergantungan subur
bila aku merindui petai
maka aku akan teringat klip ini
maka semua tembok runtuh
semua besi cair
kerana aku tersenyum
penuh kegumbiraan
yang aku tinggalkan diluar
adalah anak anak muda
yang makin berani
yang makin liar
yang makian kreatif!
salut!
BiLa dewasa nanti anak ini
BalasPadamAku dOa'kan mengenaLi puLa
iLmu shoraff ...
Nahu tanpa shoraff ...pincang
Di bumi maLaysia ini ummat nya
TidakTidak mengenaLi iLmu
Mahu Dan shoraff ...
iLmu tarekat, iLmu tasawwuff puLak
Jangan nak bubuH sebagai syiLibus
di anggap sesat Dan bidaaH puLak
Pak TT,ada buat faraid harta tak..buat la siap2.klu ada niat nak buat,mintak pak TT hibahkan kasut kulit baru yg selalu Pak TT pakai tu pd aku..aku janji akan jaga kasut Pak TT dgn baik..kah kah kah
BalasPadamatok petai vs kempetai..
BalasPadam