SURAT
DARI AKU
kawan ku yang baik hati,
aku menulis lagi tentang panas
aku menulis lagi tentang cuaca
tentang air sungai pahang yang mula susut
tentang chuping yang hangat
tentang waduk air yang kering
sebenarnya aku gelisah
sabenarnya aku gundah
sabenarnya aku merasa takut
melihat bumi manusia ini terbakar
telah lama aku fikirkan jika kita semua
memiliki kesedaran
jika kita semua faham
jika kita sedar tahu
jika anak semua bangsa peduli
bahawa bumi kita ini sedang sakit -alangkah baiknya jika bunda bumi ini kita selamatkan bersama
aku menulis ini hanya untuk membawa pencerahan
tulisan tulisan ini aku buat sebelum aku ke penjara
minggu hadapan aku akan dihadapkan ke mahkamah untuk kali terakhir - aku merayu di putrajaya
jika gagal maka aku pergi untuk sementara
aku tinggal kan pada kau
tulisan tulisan ini untuk kamu baca
kawanku yang baik hati,
aku tak mahu kau bersedih
khairil anwar berkata : tak perlu sedu sedan itu
aku katakan bahawa kita bukan binatang jalang
kita juga bukan dari kumpulan terbuang
kita adalah suara ramai suara 52% rakyat malaysia
jadi tak perlu kamu bersedih
jika aku dipenjara kau bacalah apa yang aku tulis
kau teruskan apa yang kau buat
aku tahu kau anak yang baik
aku tahu kau benih yang baik
benih baik jatuh ke laut akan menjadi pulau
lama aku fikirkan
sabenarnya orang baik baik amat ramai
berbanding dengan orang jahat jahat
cuma orang baik baik ini
belum melakukan apa apa
maka orang jahat jahat terus berkuasa
jika aku dipenjara - aku tidak akan menulis
aku akan berehat selama 9 bulan
kawan ku yang baik,
kau jangan tersilap
yang aku tinggalkan diluar pintu besi
bukan satu harapan
bukan satu impian
bukan satu berahi
yang aku tinggalkan adalah kamu
yang memiliki kudrat dan fikrah untuk
melakukan sesuatu yang baik
hampir aku terlupa
biar aku beri tahu
ketika aku dalam penjara kau tak dapat
melawat aku kerana ini hukum negara
aku juga tidak memerlukan lawatan
yang aku perlukan ialah kamu
menyampaikan berita kegeringan bunda bumi
bunda yang sedang sakit ini perlu rawatan
kawan ku yang baik hati,
kamulah bomoh
kamulah tabib
kamulah pawang
kepada bunda yang gering
amin - wassalam
NOTA
bila aku keluar nanti
yang aku cari
ialah sepapan petai
dan secangkir air sejuk
BACA DISINI
https://www.malaysiakini.com/columns/336023
https://www.malaysiakini.com/columns/336699
https://www.malaysiakini.com/columns/337611
https://www.malaysiakini.com/columns/338522
https://www.malaysiakini.com/columns/339361
https://www.malaysiakini.com/columns/340192
---------------
Salut senor TT
BalasPadamapa kebende nih
BalasPadamtenang tenang saja
MANDELA masok lokap pun sudah keluar dan sudah KIOK pun
TUAN GURU jangan susah hati
tenang tenang saja
bebudak LOL buat dosa banyak nanti dapat SAKIT JANTUNG cepat jugak KIOK
tak payah tunggu lama
Sabar saja lah.....
ALLAH dengar doa doa umat yang di aniaya tanpa hijab tau
Sabar saja
Nanti sebeLum masuk syurga petai...budak-budak LOL kena bagi2 pahaLa sama abg hisham...atau kena tanggung dosa abg hisham...padan muka lambat masuk LoL
BalasPadam