Khamis, 30 Jun 2016

KULIAH KULIAH KULIAH





PETANG 

BERDEMO

MALAM 

BERKULIAH





-------------

KERJA MUFTI PAHANG



MUFTI PAHANG
Umat Islam seluruh Malaysia perlu tahu Mufti Pahang merupakan Mufti paling besar dan suci di negara ini. Sebab selain daripada jawatanya sebagai Mufti Pahang..Beliau juga merupakan "Penjaga Tanah Suci Genting Hiland" ; kah3 on APA KERJA MUFTI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:03 PM



-----

SELAMAT BERBUKA








SELAMAT 

BERBUKA


PATIN TEMPOYAK
hari ini hari akhir
gerai patin dibuka
esok kami tidak meniaga lagi
tapi LA GORDO masih ada
dan boleh dibeli dari
studio radio bangsar utama

apa pandangan kawan kawan
apakah kami wajib terus niaga
cari makan jual patin tempoyak
untuk makan tengah hari 
di wilayah bangsar utama

ini untuk pekerjaan 
sumber hidup aktivis 
agar dapat membuat kerka kerja 
yang kami suka buat
bukan keraj kerja
yang kami terpaksa buat
untuk cari makan


KUALA LUMPUR
hari ini cerah berangin
pagi tadi  gua pergi chow kit
beli buah dan rangka ayam
buah untuk  diri gua
rangka ayam untuk jai dan ezi

gua naik grab car
pemandu anak muda india
yang sopan dan ramah
harga hanya 12 ringgit

pulang gua ambil teksi
harga tambang 15 ringgit

nampak bezanya
gua tahu apa yang sedang berlaku
ada bergeseran antara uber grab dan teksi
nanti gua tulis panjang

BERBUKA PETANG INI
spesial ada laksa sarawak
ada mee kolopk
ada patin tempoyak
tapi patin belum sampai sampai


ESOK DEMO ANTI ISRAEL
esok petang jam 2:00
ada demo anti israel
kami berhimpun di masjid tabung haji
kawan kawan dijemput bersama
gua akan  bersama
untuk bersetia kawan
dengan warga palestin
dengan warga tertindas seluruh dunia

RAYA RAYA RAYA
tak sampai satu  minggu lagi
aduh!
macam semalam kita berpuasa
cepat cepat cepat

SELAMAT RAYA





-------------

DUA BEE BUKAN KAPIR HARBEE





RAKYAT TAK

PEDULI APA

KAPIR HARBEE

RAKYAT NAK 

TANGAP NAJIB

CURI DUA BEE



----------

KENAPA TIMBUL KAPIR HARBI





KENAPA 

TETIBA BISING

KAPIR HARBI




---------

APA KERJA MUFTI




APA TUGAS MUFTI
Boleh sapa2 terangkan bidang2 kuasa, senarai tugas mufti di peringkat negeri masing2..kelabu asap aku.. Sbb orang islam terutama bani tamim ni kenal mufti harussani tan sri, mufti perlis dr MAZA ja..selangor, kelantan kadang2, p.pinang jarang2 keluar klu x sabit dgn isu cina jadi ketua menteri SEJAK 2008..

lepas TS mohd kosukun kalah dan dilantik menteri KPI.. Atau jawatan mufti yg bergred 52, 54, jusa cba, turus 123 ni tempat buat duit, atau bg hukum yg kena dkt gerombolan saja.. on PEMBACA JANGAN BUAT KERJA KURANG SOPAN
Publish | Delete | Spam
AF Global
on 6/30/16





-----------

NAJIB SELAMATKAN DIRI






TT TELAH

MENULIS

NAJIB AKAN

LAKUKAN APA

SAHAJA UNTUK

SELAMAT DIRI

TAK PERCAYA

LAGI KE?



'Bebas Guan Eng, Tangkap Najib' bergema di himpunan nyalaan lilin

Pemimpin dan ahli DAP berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang malam tadi untuk menuntut pembebasan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan di premis itu bersama dengan Phang Li Khoon, pemilik sebelumnya banglonya di Jalan Pinhorn pada pukul 6 petang semalam.
Pemimpin utama DAP Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng, Danny Law dan Chong Eng dilihat di kalangan orang ramai.
Naib Presiden Parti Amanah Negara,  Mujahid Yusof Rawa tiba selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Bukit Gelugor, yang sepatutnya turut dihadiri Guan Eng.
Laungan "Bebaskan Guan Eng" dan "Hidup Guan Eng" kedengaran di kalangan orang ramai.
Mereka juga melaungkan "Tangkap Najib, tangkap Jho Low", merujuk kepada Najib dan rakan keluarganya, anak kelahiran Pulau Pinang yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek-Jho.
SIAPA ADA

MIMPI MIMPI

SIAPA ADA

ANGAN ANGAN

NAK MENANG

PRU14?

SAJE TANYA

MANA TAHU

BULAN PUASA



----------

KES SELESAI







KELMARIN

DI MAHKAMAH

PERSEKUTAN

PUTRAJAYA


Rayuan k'jaan ditolak, bekas tahanan ISA dapat RM5.16 juta

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.
Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang.
Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting.
Mereka adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua, ADUN Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Din.
Pampasan itu bagaimanapun tidak meliputi tempoh dua tahun ketika mereka ditahan di kem Kamunting untuk tahanan ISA, selepas dilabel sebagai pengganas pada masa itu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.
"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan.
"Keputusan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya.
Mahkamah juga menganugerahkan kos RM30,000 kepada kelima-lima mereka selepas menolak rayuan itu.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Dengan keputusan hari ini, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar kepada lima tahanan itu  dijangka berjumlah RM5.16 juta.

----------

SATU PERTANYAAN




DUIT DARI SIAPA
Tahniah tt, tc, dan 3 lagi. 2001 ke 2016 adalah 15 tahun yang panjang untuk akhirnya melusuri hingga ke titik noktah satu hikayat yang liku-likunya seribu satu dan berpagarkan onak-onak tajam lagi kejam. 

Cuma satu persoalan di benak para pembaca, jika diberi pampasan 1 juta atau beberapa juta kepada kamu ber5 oleh kerajaan najib, adakah juta itu datang dari:

 a)wang derma 2.6bilion, maka kamu tt terjebak sama mengumpul harta dari apa yang diheboh sebagai skandal pengubahan wang haram, atau 

b)wang cukai gst, maka kamu tt terjebak sama meratah wang dari hasil keringat rakyat, atau 

c)wang dari poket, eh handbag birkin kak mah, maka kamu tt ternyata selama ini terjebak skandal dengan kak mah kahkahkah tanya je jangan marah on TADI KAMI BUAT SEJARAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/16



------------

MENGOLAH PERSETUJUAN




DARI FAIL SEJARAH

muka hadapan


ARKIB : 12/04/2001

Pakatan sulit reformasi -- Polis dedah rancangan cetus demonstrasi militan besar-besaran



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz4D37mHNiC 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR 11 April - Polis hari ini mendedahkan satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih 20 orang aktivis reformasi telah diwujudkan bagi mencetuskan demonstrasi jalanan besar-besaran bercorak militan menjelang pilihan raya umum 2004.
Kumpulan tersebut didapati telah mengadakan 12 perjumpaan sulit sejak 6 Januari tahun ini hingga 4 April lalu bagi merealisasikan perancangan mereka itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata, tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan itu adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh aktivis reformasi tersebut pada akhir tahun lalu.
Selain tindakan tersebut, tegasnya, aktivis reformasi juga akan melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal dan sistem pilihan raya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bukit Aman petang ini. Turut hadir Pengarah Cawangan Khas, Datuk Yusuf Rahaman.
Norian menjelaskan, sehubungan itu polis setakat ini telah menahan tujuh aktivis reformasi terbabit di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, hari ini dan semalam.
Mereka ialah Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd. Noor, 34; Naib Presiden Keadilan, Chua Tian Chang (atau Tian Chua), 37; Hishamuddin Rais, 50, Saari Sungib, 43; N. Gobala Krisnan, 41; Raja Petra Raja Kamarudin, 49, dan Abdul Ghani Haroon, 36.
Norian menegaskan aktivis reformasi itu juga mempunyai perancangan terpenting dalam masa terdekat ini iaitu menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil `Black 14' secara besar-besaran di ibu negara pada hari Sabtu ini.
Bagaimanapun tegasnya bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil `Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia' dengan rancangan mengumpulkan lebih kurang 50,000 yang akan berhimpun di sekitar ibu negara.
``Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan,'' tegas Norian.
Ketua Polis Negara memberitahu kegiatan reformasi yang bermula pada bulan September 1998 adalah merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap sedia untuk bertindak secara militan melalui beberapa pendekatan;
û pi9016 Melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan termasuk bom dan pelancar roket, menggunakan `molotov cocktail', `ball bearing' serta berbagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan huru-hara semasa demonstrasi jalanan di ibu negara pada bulan Oktober 1998.
* Mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.
Norian berkata, bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut, polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah Seksyen 73 (1) ISA 1960 antara 20 September 1998 hingga 24 Disember 1998.
``Tindakan-tindakan polis itu telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu,'' katanya.
Beliau menambah pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik.
Bagaimanapun, katanya, sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu keagamaan dan perkauman.
Norian berkata, di antaranya ialah menyebarkan berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai orang Melayu telah dikristiankan semasa pilihan raya kecil Lunas yang lalu.
``Ciri-ciri militan semasa pilihan raya kecil itu juga dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakut para pengundi serta orang ramai,'' ujarnya.
Menyentuh mengenai penahanan ketujuh-tujuh aktivis reformasi itu Norian memberitahu ia dilakukan kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara,''
``Pihak polis perlu menjalankan siasatan rapi di atas maklumat-maklumat tersebut,'' jelas beliau.
Norian berkata, pihak polis akan membuat beberapa lagi tangkapan untuk siasatan kes yang sama dan pihak polis juga sedang menyiasat mengenai kemungkinan penglibatan pihak luar negara dalam kumpulan ini dalam membantu merealisasikan rancangan mereka.
``Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka.
``Oleh itu tindakan di bawah Seksyen 73 (1) ISA diambil kerana pihak polis percaya ada alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah Seksyen 8 ISA kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara,'' tegas beliau lagi.
Oleh: KAMARUZAMAN MOHAMAD dan AZIAN ABD. 


----------

TURKEY BERBAIK DENGAN ISRAEL



FALSE FLAG
ini semua false flag utk alih perhatian dr Erdogan yg dah minta maaf kat rusia. nak alihkan perhatian yg Erdogan songlap beribu2 tong minyak dr Iraq dan Syria. nak alih perhatian bgmn turki guna ambulan utk bekal senjata pd penggansas. bukan itu saja, israel special intelligence services pun dah angkut semua peralatan jentera berat dr kilang2, penapis minyak gas Syria ke turki. bila tgk video errdogun baca quran terus sokong puji betapa islamik dia. padahal dibelakang tabir, dia akan pulihkan hubungan dgn Israel.

bila pecah berita pembunuhan2 rohingya, errdogun terus pergi lawat dgn bini dia. bini siap nangis padalah pd masa yg sama laki dia bekal senjata bunuh umat Islam Syria dan Iraq. hingga kini, lawatan errdogun tak ada makna sbb rohingya masih kena bunuh. semua utk donya - political mileage. on AL-FATIHAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/16


--------

RAMBUT NABI



HANG ADA APA

DEPA ADA

RAMBUT NABI

MANA TERER

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

























Ustaz Abu Syafiq with Fatma Azqi and 7 others.
RAMBUT NABI MUHAMMAD DI DADA SAYA. alhamdulillah
Syukur kepada Allah dibulan Ramadhan bulan dapat Tabarruk dgn rambut Nabi Muhammad.
Rambut baginda yg saya pakai ini hanya 1inci sahaja.
Ia dijaga oleh ulama Islam yg thiqah bersama sanad yang sahih.
Saya tahu Nabi Muhammad meninggalkan Quran dan Sunnah Baginda hingga kini saya sentiasa berusaha beramal dgn Q&S.
Bertabarruk ambil berkat dgn kesan Baginda adalah juga diajar oleh Baginda Nabi Muhammad sendiri.
Saya pakai mcm tali tag diikat bersamanya rambut Nabi tu bukan tangkal..
Ia adalah bertujuan supaya ia terpelihara. Supaya ia tidak terhilang atau terlupa. Mcm org pakai tag nk masuk ofis bertujuan ia selamat bukan bertujuan menyerupai rantai perempuan. Ia harus.
Saya memakainya juga tidak bererti saya paling mulia di alam ini tetapi menzahirkan cinta kpd baginda dan waktu yg sama ikut Sunnah serta bertabarruk dgn athar Nabi Muhammad.
Perbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad dan kejari Lailatul Qadar..
Dan jangan sibuk bid'ahkan orang sana sini mcmlah kita sunnah sangat.
Jom selawat..
.....
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.
ALLAH TIDAK DUDUK ATAS ARASY
LikeShow more reactions
Comment


----------

SEJARAH PERJUANGAN REFORMASI





DARI FAIL SEJARAH



Kumpulan reformasi cuba guling kjaan guna bom, pelancar bom

Polis hari ini mendakwa tujuh pemimpin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak semalam berusaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi besar-besaran dan di luar batasan undang-undang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai berkata demikian dalam sidang akhbar bagi menjelaskan tangkapan pemimpin Parti Keadilan Nasional dan aktivis reformasi di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman petang ini. [Teks penuh di bawah]
Mereka adalah Naib Presiden parti itu Tian Chua, Ketua Pemudanya Mohamad Ezam Mohd Nor, Setiausaha Pemuda N Gobalakrishnan, pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan 'memorandum rakyat' Saari Sungib dan penulis tamu malaysiakini serta juga aktivis reformasi Hishamuddin Rais.
Sementara dua tangkapan terbaru membabitkan pengendali laman web FAC (Kempen Bebaskan Anwar) Raja Petra Kamaruddin dan aktivis Pemuda Keadilan Abdul Ghani Haroon.
Menurut Norian, kumpulan reformasi sejak September 1998 cuba menggulingkan kerajaan dan bertindak secara militan dengan mendapatkan bom dan pelancar bom, selain menggunakan bom petrol (molotov cocktail), bebola penggalas (ball bearing) dan senjata-senjata berbahaya.
Peralatan itu didakwa digunakan untuk menyerang anggota keselamatan bagi menimbulkan keadaan huru-hara ketika demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur pada Oktober tiga tahun lalu.
Memudaratkan negara
"Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka," kata Norian.
Kata Norian, polis bertindak di bawah seksyen 73 (1) akta itu kerana pihaknya percaya terdapat alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah seksyen 8 kerana "bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara."
Di samping itu, polis juga mendakwa kumpulan reformasi dalam tempoh tiga tahun ini cuba mendapatkan bantuan guru-guru silat, selain mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan tersebut.
Kata pegawai tinggi polis itu lagi, polis telah menangkap 28 orang aktivis reformasi di bawah akta yang sama antara 20 September hingga 24 Disember 1998 "bagi membendung aliran militan gerakan tersebut."
Aktivis reformasi juga didakwa menyebarkan berita-berita palsu yang menggemparkan seperti ramai orang Melayu telah dikristiankan semasa pilihanraya kecil Lunas, Kedah November tahun lalu.
Dua pendekatan
Polis juga percaya 20 anggota kumpulan reformasi telah bertemu sebanyak 12 kali di Kuala Lumpur antara 6 Januari hingga 4 April tahun ini bagi menjayakan perhimpunan 'Black 14'.
Menurut kenyataan rasmi polis lagi, kumpulan reformasi merancang untuk mengumpul kira-kira 50,000 orang pada perhimpunan itu di depan pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Sabtu ini.
"Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan," kata Norian lagi.
Menurut kajian polis, akhir tahun lalu aktivis gerakan itu telah membuat ketetapan untuk menggunakan dua pendekatan bagi mencapai matlamat mereka iaitu:
- akan terus melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal serta sistem pilihanraya,
- melalui cara-cara di luar perlembagaan, (mereka akan) mencetuskan demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bercorak militan menjelang pilihanraya umum 2004.
Kenyataan Akhbar Ketua Polis Negara Mengenai Penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960
Pada 10 dan 11 April, 2001 pihak polis telah menangkap dan menahan tujuh orang aktivis reformasi di bawah seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Mereka yang ditangkap dan ditahan adalah:
1.1 Mohamad Ezam bin Mohd Nor, 34 tahun;
1.2 Chua Tian Chang (Tian Chua), 37 tahun;
1.3 Nisamuddin Md Rais atau Hishamuddin Rais, 50 tahun;
1.4 Saari bin Sungib, 43 tahun;
1.5 Gobalakrishnan a/l Nagapan, 41 tahun;
1.6 Raja Petra Raja Kamaruddin, 49 tahun; dan
1.7 Abdul Ghani bin Haroon, 36 tahun;
2. Tangkapan dan penahanan ini dilakukan kerana terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Pihak polis perlu menjalankan siasatan yang rapi di atas maklumat-maklumat tersebut. Kegiatan reformasi yang bermula pada bulan September 1998 merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap-sedia untuk bertindak secara militan dengan mengambil beberapa pendekatan seperti berikut:
2.1 Telah melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan, termasuk bom dan 'grenade launcher' (pelancar bom);
2.2 menggunakan 'molotov cocktail' (bom petrol), 'ball bearing' (bebola penggalas) serta berbagai-bagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan keadaan huru-hara semasa demonstrasi jalanan di sekitar Kuala Lumpur pada Oktober 1998; dan
2.3 mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi bekas sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.
3. Bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut maka pihak polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah seksyen 73 (1) ISA 1960 antara 20 September hingga 24 Disember 1998. Tindakan-tindakan pihak polis tersebut telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu.
4. Pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik di mana sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu keagamaan dan perkauman.
Ini termasuk penyebaran berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai Melayu telah dikristiankan semasa pilihanraya kecil Lunas (Kedah). Ciri-ciri militan semasa pilihanraya kecil itu juga telah dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakutkan para pengundi serta orang ramai.
5. Pada akhir tahun 2000 aktivis reformasi telah membuat ketetapan untuk menggunakan dua pendekatan berikut bagi mencapai matlamat mereka:
5.1 Akan terus melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal serta sistem pilihanraya; dan
5.2 Melalui cara-cara di luar perlembagaan dengan mencetuskan demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bercorak militan menjelang pilihanraya umum 2004.
6. Ke arah merealisasikan perancangan tersebut, satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih kurang 20 orang aktivis reformasi telah diwujudkan di Kuala Lumpur. Sejak 6 Januari hingga 4 April 2001, sebanyak 12 perjumpaan sulit telah diadakan oleh kumpulan ini bagi merancang untuk mempengaruhi rakyat membudayakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram secara militan.
Antara perancangan terpenting gerakan reformasi dalam masa yang terdekat ini adalah untuk menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil 'Black 14' secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 14 April, 2001.
Bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil 'Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia' di mana mereka merancang untuk mengumpulkan seramai lebih kurang 50,000 orang yang akan berhimpun di sekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan serta perarakan ini berpotensi menjadi rusuhan.
7. Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melaksanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka. Oleh itu tindakan di bawah seksyen 73 (1) ISA 1960 diambil kerana pihak polis mempercayai ada alasan-alasan untuk menahan mereka di bawah seksyen 8 ISA 1960 kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara.
Tarikh: 11 April, 2001



-------------

DEMO ANTI ISRAEL








JUMAAT INI 

DEMO 

ANTI ISRAEL


HIMPUN MASJID

TABUNG HAJI




------------

Rabu, 29 Jun 2016

SILA FIKIRKAN



SILA FIKIR

SILA RENUNG

SAJE TAYANG

JANGAN MARAH
Thiam Kah Meng Sbb dapat dedak.
LikeReply152 mins
Khaliquzzama Bin Abdul Rauff Barisan pemimpin laknat.
LikeReply37 mins
Abdul Latif Satu parti dipimpin oleh ulamak tersohor ,satu lagi dipimpin oleh Mat Sabu. Kalau tu pun tak faham lg tak tau la.


-------------