KELMARIN
DI MAHKAMAH
PERSEKUTAN
PUTRAJAYA
Rayuan k'jaan ditolak, bekas tahanan ISA dapat RM5.16 juta
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.
Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang.
Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting.
Mereka adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua, ADUN Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Din.
Pampasan itu bagaimanapun tidak meliputi tempoh dua tahun ketika mereka ditahan di kem Kamunting untuk tahanan ISA, selepas dilabel sebagai pengganas pada masa itu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.
"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan.
"Keputusan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya.
Mahkamah juga menganugerahkan kos RM30,000 kepada kelima-lima mereka selepas menolak rayuan itu.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Dengan keputusan hari ini, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar kepada lima tahanan itu dijangka berjumlah RM5.16 juta.
----------
Kebesaran Allah .. berkat bulan ramadon el karim. Tahniah tt .. ari tu gwa dah royak, tuhan sayang kamu. Tak payah kamu guno igama untuk kayo, tak payah lilit ghambut nabi .. borkat konon, pantek omak kau borkat. Teruskan berjuang tt .. alah baru 65, mick jagger tu dah 74, dio terus jo mengelinjang ateh pentas dan katil. Ambik lah sekor lagi anjing tt.
BalasPadamWhooaa...bro TT sudah loaded.....kita kan sedare bro..? Dan jangan lupa bayar zakat kat Pusat zakat...ingat pesan Bro Harusani dan Bro Che Amat....kah kah kah...
BalasPadambravo.........
BalasPadamKAYO PAKCIK TT! Ghayo Koling la ko jang. Apa2 pun tahniah
BalasPadampower TT!
BalasPadambukan menang duit, tapi menang menuntut kebenaran!
Tahniah bro tt ..lu dah kaya...boleh laa makan sotong selalu
BalasPadammak aii bro tt. kayo tu...tahniah dah jadi milioner...botul... kita sedaro, sebelah bapak, tak cayo tengok ic den...bilo kito buleh jumpa?...geng
BalasPadamSejuta sorang.
BalasPadamSelain mufti. Kerjaya sebagai aktivis seperti hisyam pon membawa pulangan lumayan.
Perut hisham pon dah sama mcm perut hadi awang. What the fish gais!!!
Tahniah buat kalian semua....selepas ini jgn takut utk menyatakan kebejatan para menteri dan pemimpin umno BN...yg utamakan perdana menteri. Nyatakan pd sekalian rakyat kalian tidak leka dgn pampasan yg di terima....perjuangan perlu di teruskan.
BalasPadamNasib baik hakim dari tempat aku payung kau... Bak sini share aku..... Kakakakakakakkakakaka
BalasPadamWaahhhh...
BalasPadamKayo la ekau jang oii.
Kayo ! Kayo! Pacik kayo !