KUASA RINGGIT DAN MODAL
Bulan Ramadan sampai. Sekali lagi kita akan menyambut bulan puasa. Setiap kali bulan puasa sampai saya akan ngelamun kembali ke zaman kanak-kanak. Betapa susahnya ‘berlapar’ ketika di sekolah rendah. Lalu teringat dengan kesah-kesah menghantar kad hari raya. Dan memilih kad-kad yang paling spesial kepada Minah yang menjerut hati.
Dipagi raya ada baju baru, songkok baru, kasut baru dan sapu tangan baru. Semua indah murni tidak ada cela dan gangguan. Zaman jujur - zaman lurus bendul. Zaman ‘innocent’ - zaman kanak-kanak yang tidak ada masaalah.
Semua ini hanyalah ingat ingatan yang telah berlalu.
Bila mendewasa saya melihat Ramadan dan Hari Raya dengan kaca mata yang agak berbeza. Tanda dan makna puasa itu menjadi lebih dalam dari memiliki sepasang kasut baru. Semakin mendewasa semakin sedar bahawa puasa ini diamalkan juga oleh pelbagai agama dalam dunia ini. Bukan orang Melayu sahaja berpuasa.
Penganut agama Yahudi, Kristian, Druze, Hindu, Bahai, Majusi, Taoisma atau Buddha juga mengamalkan puasa. Berpuasa bukan monopoli umat Islam. Malah perkataan puasa dalam Bahasa Melayu ini berasal dari Sanskrit.
Baru-baru ini sebuah Ngo - Sahabat Alam dari Pulau Pinang telah membuat kenyataan tentang Bulan Puasa. Ngo yang khusus bersuara tentang alam sekitar tetiba telah bangun untuk menjadi penjaga moral kita.
Ngo ini telah menyatakan betapa hodohnya bulan puasa kebelakangan ini. Iklan-iklan tentang berbuka puasa telah mula disebarkan oleh tuan empunya hotel. Berbuka puasa di hotel telah menjadi satu feshen. Lagi mahal tempahan berbuka yang dibuat lagi berjaya puasa yang diamalkan.
Malah mengikut kata Ngo ini - puasa telah hilang roh dan semangat keagamaannya.
Apa yang disuarakan oleh NGO ini betul dan tepat. Kritikan tentang puasa yang telah hilang roh dan semangatnya juga betul. Pembaziran makanan di dewan-dewan makan hotel juga menjijikan. Ini juga betul.
Apa yang berlaku dikebelakangan ini bukan lagi semangat dan roh puasa. Semua ini di tegah dan dilarang oleh semua agama. Tetapi kenapa saban tahun ianya terus berlaku?
Untuk memahami ini kita wajib memahami apa yang membudayakan kita. Apa yang menjadikan kita ini kita. Apa yang melahirkan nilai yang menjadi pegangan hidup kita. Kita ini menjadi kita kerana apa?
Saya tidak mahu menggunakan perkataan yang besar-besar saperti superstructure. Tapi inilah pekaranya yang saya cuba tuntaskan.
Ketika saya berpuasa di sekolah rendah dahulu - Tanah Melayu baru sahaja ditinggalkan oleh penjajah British. Ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu belum lagi berkembang saperti ekonomi kita pada hari ini.
British telah bermandi darah menghantar puluhan ribu tentera Commonwealth untuk mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ketangan Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Boestaman, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng. Ketika itu Tanah Melayu dipersimpangan dua jalan. Jalan aliran kapitalis dan jalan aliran nasionalis/ sosialis.
British telah mewujudkan United Malays National Organistion sebuah parti rasis Melayu yang pro- kapitalis. Parti rasis Melayu ini menjadi parti pro pemodal yang akan menjamin harta kekayaan British di Tanah Melayu tidak akan dirampas untuk dimilik negarakan oleh Burhanuddin atau Boestaman.
Maknanya pada ketika saya membesar sistem ekonomi kapitalis telah diamalkan di Tanah Melayu. Tetapi sistem ekonomi kapitalis pada ketika itu baru sahaja bertapak di Tanah Melayu. Sistem ini telah mengalami keruntuan sesudah zaman meleset 1929 dan zaman Perang Dunia Kedua.
Justeru sistem kapitalis dizamam sesudah perang agak lemah. Dalam masa yang sama sesudah perang dunia kedua wujud blok ekonomi sosialis di Eropah Timur dan China. Pertempuran sistem kapitalis dan sosialis cukup sengit. Justeru sistem kapitalis bergerak dengan behati-hati.
Hari ini semuanya telah berubah. Sistem kapitalis telah berjaya mendominasi dan mencengkam hampir seluruh dunia ini. Dunia kita hari ini sedang berkiblatkan kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini bertuhankan keuntungan maksima. Rukun iman sistem ekonomi kapitalis ialah untung. Amal jariah sistem kapitalis ialah bersedekah untuk melarikan diri dari cukai mukai.
Sistem ekonomi kapitalis inilah yang melahirkan budaya kita. Sistem ini juga bertanggung jawab menetaskan nilai umat manusia dalam dunia hari ini.
Hakikatnya sistem ini lebih kuat dari segala pengaruh dan pegangan agama. Sistem ini lebih kukuh dan meluas dari semua kepercayaan. Dalam dunia hari ini tidak ramai lagi umat manusia yang tidak dibalut atau dipengaruhi oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.
Terus kedengaran kritikan terhadap Bulan Ramadan yang dikomesilkan. Kritikan terhadap Hari Raya menjadi pesta jual beli. Semakin ramai yang menyuarakan rasa tidak senang dengan pembaziran di Pasar Ramadan. Semua betul.
Sayang sekali - mereka yang mengeluarkan kritikan ini tidak memahami apa dari mana lahirnya nilai komersial ini? Dari mana lahirkan budaya yang menjadikan bulan puasa satu bulan komersial. Kenapa hari ini bulan puasa telah hilang roh keagamaannya?
Jika Sang Kritikus ini berfikir dengan lebih mendalam maka mereka akan sedar bahawa semua ini muncul dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis - apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh dibeli untuk dijual akan dibeli.
Justeru - jangan marah pada saya jika saya katakan bahawa pada hari ini jual beli agama telah menjadi satu industri yang besar. Sembahyang, kitab suci, kitab-kitab agama, naik haji, pergi umrah, belajar agama - semuanya telah di komersialkan. Inilah kekuatan sistem ekonomi kapitalis.
Kita membaca bagaimana ada air bercampur tahik anai-anai yang makan kertas Al-Quran menjadi idaman ramai. Kita membaca berita air mineral yang bercampur dengan air Zam Zam menjadikan ibadah kita lebih suci. Kita terbaca bagaimana ayam yang didendangkan dengan ayat-ayat suci lebih mahal harga dari ayam biasa.
Kalau menjemput Imam ke rumah untuk kenduri doa selamat - perlu duit disedikan. Untuk mengkebumikan mayat juga kini memerlukan modal. Kalau menjemput ustaz untuk memberi syarahan agama - kariah masjid wajib menyediakan modal. Kalau ustaz datang dari jauh perlu tiket kapal terbang. Perlu hotel penginapan.
Dalam bulan Ramadan ini harganya menjual agama makin meningkat.
Malah ramai pula Tok Ustaz kita mula berhijrah ke Austalia atau ke New Zealand untuk menjual agama dalam bulan Ramadan. Semua ini pekara baru. Tidak wujud ketika saya disekolah rendah atau menengah. Semua ini muncul dari sistem ekonomi.
Kepada Ngo Sahabat Alam dari Pulau Pinang atau kepada sesiapa sahaja yang merasa janggal dan jijik melihat bulan puasa menjadi terlalu komersial - saya sarankan agar mereka membaca untuk memahami peranan sistem ekonomi kapitalis. Mengkritik atau hanya marah dalam bulan puasa sahaja tidak akan menyelesaikan masaalah secara tuntas.
Kepada Ngo Sahabat Alam dari Pulau Pinang atau kepada sesiapa sahaja yang merasa janggal dan jijik melihat bulan puasa menjadi terlalu komersial - saya sarankan agar mereka membaca untuk memahami peranan sistem ekonomi kapitalis. Mengkritik atau hanya marah dalam bulan puasa sahaja tidak akan menyelesaikan masaalah secara tuntas.
Sistem ekonomi kapitalis ini memerlukan penentangkan yang lebih tersusun. Memerlukan satu gerakan rakyat yang ampoh untuk meruntuhkan sistem ini.
Sistem ekonomi kapitalis akan terus menjual apa sahaja. Akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan modal atau untuk dijadikan barang dagangan.
Dalam kerangka politik Malaysia kita hari ini - agama Islam jelas sedang dijadikan modal politik. Apa yang sedang kita alami sekarang ini adalah manifestasi dari perniagan jual agama.
Parti United Malaya National Organisation dan Parti Islam Se Malaysia sedang bermodalkan agama Islam. Parti PAS sedang menjual agama kepada orang ramai. Tetapi PAS tidak memiliki modal ringgit dan dolar yang lumayan untuk menjual agama secara meluas. Manakala United Malaysa National Organisation yang berkuasa dengan ringgit dan dolar akan mengambil ‘barang jualan Pas” . Produk agama ini akan diberi baju baru dan dijual atas nama Ketuanan Melayu.
Justeru jula beli agama ini bukan satu yang pelik. Ianya bukan lagi satu yang terlarang. Kaum kapitalis kini telah menjadi bagitu berkuasa dan berani sekali. Penjualan agama di Tanah Melayu ini telah menjadi bagitu lucah.
Jangan marah kepada saya kerana memperkatakan hal ini. Sila perhatikan bagaimana beberapa menara masjid dalam Wilayah Persekutuan kini sedang dibaluti oleh alat-alat pemancar. Alatan ini dipasang oleh syarikat talikom untuk tujuan menyambuang ombak talian talipon.
Apa yang terjadi ialah bagimana masjid - rumah ibadat - tempat suci - rumah Allah - telah dilucahkan dengan parabola talikom oleh kaum pemodal.
Tuan empunya syarikat talikom tidak memiliki segan silu untuk berunding dengan Imam Masjid agar dapat diberi laluan untuk memasang alat pemancar ini. Dalam masa yang sama mata Imam telah buntang apabila melihat ringgit dan dolar melambak bertaburan diatas sejadah. Ajaran agama terhambur ke luar tingkap apabila berhadapan dengan modal.
Inilah hakikat yang berlaku hari ini. Kuasa modal telah dan sedang bersaing hebat dengan kuasa agama. Jelas kelihatan kuasa ringgit dan modal telah dapat menandingi kuasa Tuhan.
Maka apabila saya ngelamun tentang berpuasa lima puluh tahun dahulu - ianya hanya satu ingatan ketika sistem dan budaya kapitalis belum berkembang. Ketika itu kaum pemodal belum bergerak se lucah dan seganas hari ini. Hari ini pada hemat saya modal telah berjaya menundukan Yang Maha Esa. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------
BER POSA lah kamu sesungguh nya dapat menjimat duit juga dapat kurang sedekah baziran
BalasPadamMasa POSA lah dapat makan FREE di mana mana Masjid Surau dan Jalanan
Simpan lah duit masa POSA ini dan belanja lah pada Minyak Toll dan Sedekah Baziran di hari Raya nanti
Jangan lupa Mat Kampau dan Mat Boroi juga nak duit Raya walau pun tak POSA
Kan Melayu Melayu semua tu , mana boleh pakai pun.....
Puasa datang lagi. Dulu orang kata, puasa ini dapat kita dalami ekosistem orang yg papa kedana .. dapat rasa cam ne tak makan, minum dan entot, pancut pon tak leh, tapi pada siang je .. malam leh melantak sepuas nye. Realiti nye si papa-kedana ni soru tergelincir siang malam .. entot tetap entot tak kira waktu.
BalasPadamLepas tu ada kata puasa boleh dapat bergunung pahala .. hadis kata, bertarawih saja boleh dapat pahala 7 gunung tiap malam .. maka makin ramailah datang bertarawih .. makin kembunglah poket ustaz. Akhirnye pecah rahsia yg hadis tentang pahala tersebut adalah tipu bongak .. angkara yahudi kot sapa lagi. Realiti nye uztas tu iklan diri nya untuk dapat upah jadi imam tarawih .. jual agama la tu.
Bab gi umrah pada bulan puasa gwa tak mau cerita la .. betul buat duit ooo .. bayangkan ustas yg ikhlas jual pakej umrah kurang 3 ribu je .. tapi ustaz jual agama punya pakej, cecah 6, 7 ribu .. apa hookooom nya tu.
Apa pun seminggu sebelum puasa KL dah jem gila .. ini semua angkara cam ne nak dapatkan rasa keadaan kehidupan si papa kedana la tu. Tapi ingat Allah hanya beri kecukupan pada umatnya .. tapi manusia yang membentuk kemiskinan .. manusia jadi miskin sebab ditunggang oleh orang kaya .. jadi apa yg kita nak buat pada si kaya ni.
Berpuasa utk berbuka percuma dgn ulamak..... nk tum pang amin kan doa yg makbul.
BalasPadamSiang puasa menghayati kehidupan orang miskin, malam berbuka buffet kat hotel menghayati kehidupan orang kaya. KAH KAH KAH
BalasPadamKalu kita pandu pada alQuran mencari maklumat yang lebih terang lagi jelas maka kita dapati tiada arahan dari Quran yakni wahyu dari Tuhan itu akan kita harus/wajib berpuasa pada waktu tertentu. Pada zaman Nabi kalendar Islam belum terdaftar lagi. Jadi ada orang2 yang berpengaruh selepas wafatnya Nabi telah menetapkan bila kita wajib berpuasa dalam setahun kalender Islam. Mungkin bagi mengkukuhkan lagi arahan-arahan ini mereka mencipta hadith yang memberi autoriti untuk mengistitusikan ibadah puasa yang semua tak boleh bantah mengikut tafsiran-tafsiran mereka, tafsiran orang lain yang berbeza sikit akan dihukum. Tafsiran mereka adalah yang paling afdal meskipun ia masih tak lagi dapat authoriti terus dari Tuhan. Yang biasa kita dengar ialah " berpuasalah kamu pada satu waktu yang ramadan ( panas). Pergertian Ramadan itu adalah satu tempoh/musim/era yang panas, mungkin makna intinya ialah kita berdisplin dalam mengharungi sesuatu ketika yang mencabar dan menguji. Jangan terus ghaplah atau kalut apabila bersua dengan cabaran hebat. Memang jika kita latih untuk berdisplin menjauhi sesuatu rutin itu untuk seketika yang mencabar itu mungkin kita akan memperolehi satu kekuatan baru selepas mengeksesaikan disiplin itu.
BalasPadamHabih modaL akuuu...
BalasPadamBaru nak tuLih isu ni
TT dah tuLih duLuuu...