Jumaat, 17 Jun 2016

PENYAMUN BESAR






KESAH SAEKOR

PENYAMUN

PATUTLAH

LAPORAN PAC

TAK USIK 

NAMA NAJIB



Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga Pasaran

Saya ingin merujuk kepada satu jual beli tanah yang melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merangkap Ahli Parlimen Rompin Haji Hasan Arifin yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995-1999.

17 Febuari 1997 - Syarikat Pasdec Corporation Sdn. Bhd telah membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang bagi tanah di Medan Tok Sira bagi Maksud Bangunan sebanyak empat belas (14) permohonan

2 April 1997 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah meluluskan permohonan tersebut

31 Mei 1997 – Pejabat Tanah Kuantan telah memaklumkan syarikat Pasdec Corporation Sdn Bhd melalui surat Bil. (8)dlm.PTK. 3/3/23287

24 Januari 2002 – Tanah PT 51703 telah dipindah milik daripada syarikat PASDEC Corporation SDN Bhd kepada Hasan Bin Arifin. Harga jualan kepada Hasan Arifin adalah RM76,499 sedangkan Anggaran Nilai tanah tersebut jika merujuk kepada Notis Taksiran Pejabat Duti Setem adalah RM213,000. Hasan Arifin telah membeli tanah tersebut 61% lebih murah daripada harga pasaran.

2 Disember 2004 – Hasan Arifin telah menjual tanah tersebut kepada seorang individu bernama Ti Lian Yeah pada harga RM397,683.02. Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah sejumlahRM321,184.02! Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima (5) kali ganda lebih tinggi daripada harga Hasan Arifin membeli tanah tersebut!

Berdasarkan maklumat yang saya dedahkan ini, adalah amat nyata bahawa Hasan Arifin yang memegang jawatan Timbalan Menteri besar ketika permohonan Pasdec diluluskan dan telah membeli tanah tersebut dengan harga lebih rendah daripada nilai pasaran mempunyai konflik kepentingan (conflict of interest) dalam jual beli tanah ini.

Berdasarkan Jual Beli tanah ini, saya merasa tidak hairan terhadap hasil siasatan kes 1MDB yang diketuai oleh Hasan Arifin selaku Pengerusi PAC yang mengatakan bahawa Najib tidak melakukan kesalahan jenayah dalam skandal 1MDB.

Terdapat dua persoalan yang saya ingin tujukan kepada Hasan Arifin berkenaan dengan jual beli ini:

1.     Adakah Hasan Arifin sebagai Timbalan Menteri Besar sendiri hadir dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah meluluskan permohonan Pasdec pada 2hb April 1997?

2.     Apakah status tanah tersebut ketika permohonan Pasdec diluluskan dan ketika Hasan Arifin tanah tersebut dipindahmilik daripada Pasdec kepada Hasan Arifin?
Saya memberi masa 24 jam kepada Hasan Arifin untuk menjawab persoalan berkenaan dengan skandal ini.

Lee Chean Chung
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia








--------------

2 ulasan:

  1. Masya Allah, ramainya 'tupai tupai' membiak. Tupai tupai ini tak kira buah apa, putik ke, ranum ke semua dia tebuk. Rakyat tak dapat kawal dah dek banyaknya tupai tupai lapar ini. Maka generasi akan datang akan dipenuhi manusia saperti ini dan yang sedihnya mereka berperangai buruk akan menjadi pemimpin menindas kita satu hari nanti.

    BalasPadam
  2. Laaaaaa......

    HASAN PUN MAT PAU jugak

    Padan lah senyap saja ,!semua wokay

    Makin TUA Makin PAU

    Pandai lah Melayu Zaman PAU PAU PAU

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!

    KIOK masok KUBOR tahu lah tinggi rendah langit......

    Bagus !!!!!!!!!!!!!

    Hasan...... Hasan.......

    Apa nak jadi nih

    BalasPadam