SESUDAH SUNGAI BESAR
& KUALA KANGSAR
& KUALA KANGSAR
Kita telah membaca dan mendengar keputusan undian dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kita juga telah melihat sorak sorai para penyokong. Kita juga telah melihat gambar muka Rosmah dengan pakaian merah yang menyambut kemenangan. Muka Rosmah telah diviralkan sebagai ‘hantu’ yang membawa kemenangan.
Rakyat Malaysia untuk pertama kalinya susudah dua PRK ini mendengar Najib bersuara memperlekeh Mahathir. Selama ini Najib senyap menikus takut - tidak menjawab apa sahaja yang dikatakan oleh Mahathir. Senyap Najib ini telah melahirkan konsep Roti Najib i.e roti tanpa telor.
Untuk ahli, aktivis dan pemimpin Amanah, Keadilan dan DAP - saya cadangkan mereka wajib bertanya sesama sendiri - apa yang harus dilakukan sekarang?
Sebelum merungkai pekara ini saya merasa terpanggil untuk sekali lagi memberi pencerahan tentang empat pekara. Pertama: Pengalaman sebagai punca ilmu pengetahuan. Justeru mengumpul pengalaman ialah mengumpul ilmu. Kedua: Memahami apa itu daulah atau state. Ketiga: Jangan sesekali menyimpan illusi kemenangan akan tercapai dalam PRU 14, PRU 15 hingga ke PRU10000. Keempat: Kerjasama pensejajaran politik baru.
Mengumpul pengalaman melalui mengambil bahagian dalam proses pemilihan ini akan menjadikan kita berilmu. Berilmu ertinya tahu selok belok dan segala tipu helah yang telah disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang. Juga berilmu untuk memahami segala tipu helah yang dilakukan oleh musuh.
Bertempur dalam piliharaya wajib menjadi guru yang akan mengajar kita bijak mendewasa. Jangan sesekali melupakan pengalaman ini. Melupakan pengalaman bermakna meninggalkan segala ilmu pengetahuan. Ertinya kembali menjadi sosok yang bodoh.
Mengenai daulah - dari apa yang saya perhatian pemahaman tentang daulah terlalu cetek dikalangan pemimpin, aktivis dan kader parti. Ini mempengaruhi budaya politik semasa yang menjadikan orang ramai - rakyat biasa bertambah bebal dalam pemahaman tentang daulah. Ini pada pandangan saya keadaan yang tidak sehat.
Aktivis parti yang tidak memahami daulah akan dilihat bodoh. Aktivis parti yang bodoh tidak akan menjadi iklan untuk menarik anggota baru atau melahirkan simpati terutama dikalangan anak anak muda.
Daulah ialah state. Sebuah negara berdiri kerana wujudnya daulah. Daulah memiliki lembaga atau jentera. Polis , askar, mahkamah, penjara, surat khabar, radio dan TV , jabatan agama - ini adalah contoh-contoh lembaga atau jentera daulah.
Berfungsinya jentera daulah ini melalui rujukan-rujukan dari Perlembagaan atau melalui Akta Parlimen. Rujukan ini jika kita baca kelihatan molok dan cantik - adil dan sejahtera. Jentera-jentera ini bertugas untuk mempertahankan daulah demi kesejahteraan orang ramai.
Tetapi hakikatnya dalam negara dunia kertiga saperti Malaysia jentera ini akan terus menyebelah kepada siapa yang melantik dan memberi mereka gaji. Taat setia jentera daulah ialah kepada yang memberi mereka pangkat dan gelaran.
Jelas di Malaysia - kesetiaan jentera ini adalah kepada pemerentah yang berkuasa dan yang boleh memberi mereka upah. Yang berkuasa hari ini ialah United Malays National Organisation. Maka semua jentera daulah akan setia dan akan bekerja untuk mempertahankan kuasa parti United Malays National Organisation.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Najib mengajukan dasar negara - ‘cash is king’ - duit itu raja. Ertinya semua boleh dirasuah, semua boleh dibeli. Semua boleh diberi dedak. Ini bermakna lembaga dan jentera daulah juga boleh dibeli dan boleh ditumbuk rusuk mereka jika penumbuk itu besar.
Justeru jika politikus , aktivis dan kader parti tidak memahami apa itu daulah atau memahami daulah secara sipi-sipi maka semua analisa dan kerja politik tidak akan lengkap. Analisa politik yang tidak lengkap tidak akan membawa hasil yang diharapkan. Fikrah politik yang tuntas memahami daulah. Berpolitik ialah untuk merebut daulah.
Pekara ketiga ialah tentang pilihanraya dan mengundi. Kita jangan ada ilusi bahawa dalam PRU14 Pakatan Harapan akan menang dan mengambil alih kerajaan. Ini mimpi. Ini tidak akan terjadi. Hentikan mimpi ini.
Dalam negara dunia ketiga saperti Malaysia ini belum pernah berlaku perubahan kerajaan melalui pilihanraya. Indonesia menjadi demokratik sesudah Suharto dijatuhkan melalui jalan raya. Pilipina menjadi demokratik sesudah Marcos dijatuhkan melalui jalan raya. India melalui zaman darurat 1975-1977 sebelum berlakunya peralihan kerajaan.
Jangan lupa Korea menjadi maju dan demokratik melalui jalan raya. Jangan lupa sejarah Presiden General Park Chung Hee yang dibunuh mati dalam mesyuarat kabinet dalam tahun 1979. Sebelum ini Korea Selatan dibawah ditaktor tentera.
Di Latin Amerika - hampir semua negara dibawah pimpinan tentera. Rampasan kuasa berlaku berulang kali untuk mengubah kerajaan. Bagitu juga di Afrika dimana sistem politik dan piliharaya peninggalan British ini hampir sama dengn sistem di Malaysia. Justeru inilah yang membuatkan Mahathir berjaya menyamakan Idi Amin dengan Najib.
Hakikatnya di Malaysia jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya akan diharamkan. Saya berani berkata sademikian kerana saya ada bukti yang saheh. Apa yang saya tulis ini bukan omong politik kosong tatapi berpaksikan data sejarah.
Sebelum tahun 1964 - Tanah Melayu ada piliharaya kerajaan tempatan. Ini bermakna semua Ahli Majlis TIDAK dilantik tetapi dipilih melalui pilihan raya secara demokratik.
Setiap kali pilihanraya tempatan dijalankan United Malays National Organisatioin dan kuncu-kuncunya dalam Perikatan kalah. Yang terus menang ialah Parti Buruh dan Parti Rakyat. Akhirnya pada tahun 1964 pilihanraya ini digantung atas nama keselamatan kerana Zaman Konfrontasi.
Pada tahun 1976 pergantungan hak rakyat untuk mengadakan pilihahn raya tempatan ini bukan ditarik kembali malah diresmikan pengharaman oleh Parlimen. United Malays National Organisation yang tidak pernah menang dalam pilihanraya kerajaan tempatan telah meluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sah jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihanraya akan diharamkan.
Justeru pada pandangan saya pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu sandiwara. Satu bayang-bayang dalam pesta sandiwara Pilihanraya Umum yang lebih besar.
Apakah ini bermakna tulisan saya ini menolak PRU dan PRK? Jawapan nya ia dan tidak.
Kita wajib menolak PRU dan PRK dalam kerangka yang wujud hari ini. Tetapi kita tidak menolak pilihan raya sebagai satu pendekatan untuk melantik perwakilan, untuk menubuhkan kerajaan atau untuk memilih ahli majlis. Mengundi dan memilih adalah lunas demokrasi yang wajib kita pertahankan.
Sesudah kita memahami tiga pekara diatas maka kita sampai ke pekara yang keempat. Pada hemat saya pekara amat amat penting. Pekara ini ialah tentang upaya mendirikan kerjasama dalam Pakatan Harapan. Menggalang satu barisan bersatu yang besar. Ini memerlukan pensejajaran politik baru - a new realignment.
Ertinya Pakatan Harapan menilai kembali siapa kawan dan siapa lawan. Dimana musuh utama dan dimana musuh sampingan. Dengan siapa kita bekerja dan dengan siapa kita terus berseteru.
Gagal memahami siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan akan mengembalikan politik Malaysia ke zaman gelap dimana United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Perikatan/Barisan Nasional terus menjarah dan merampok harta kekayaan negara ini tanpa halangan.
Selesai kiraan undi di Kuala Kangsar - kita terdengar suara mahu menjemput Parti Pas kembali bersama dalam Pakatan Harapan. Belum pun sempat jemputan resmi diajukan Tuan Ibrahim Tuan Mat telah berkata bahawa Parti Pas tidak mahu bersama dengan Amanah dan DAP. Ini hakikat.
Para aktivis dan kader Pakatan Harapan wajib mengetahui satu pekara yang paling penting dalam politik. Pekara ini ialah dalam politik wajib ada kerja sama dan tolak ansur. Perlu ada United Front yang lahir dari perbincangan yang tuntas. Perlu ada kawan sebaris dan kawan seperjalanan. Ada kerjasama sementara dan ada kerja sama berpanjangan.
Rupa bentuk Malaysia yang berbangsa-bangsa memerlukan satu kerjasama politik yang kukuh untuk mendirikan kerajaan. Dalam politik Malaysia hari ini - tidak ada satu parti atau satu bangsa yang boleh mendirikan kerajaan.
Memang ada mimpi-mimpi untuk mendirikan Kerajaan hanya dari Parti Melayu atau hanya dari Parti Islam sahaja. Ini satu mimpi. Ini satu angan-angan. Kalau pun gerombolan Ketuanan Melayu semuanya bersatu - kerajaan sademikian akan runtuh dalam masa yang amat singkat. Ini hakikat politik dalam negara berbilang bangsa dan pelbagai agama.
Dari pandangan mata kasar kita lihat bahawa sentimen pengundi dalam PRK tidak berubah. Dalam PRK pengundi membuat perkiraan yang berbeza ketika menghundi dalam PRU.
Sebenar keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Baru tidak jauh bezanya dari keputusan PRU13 yang lalu. Malah penampilan Amanah yang belum sampai satu tahun cukup menyakinkan. Ini kamarad baru yang wajib diuji dan diduga.
Jika kita ada kawan baru dan jika sikap dan sentimen pengundi tidak banyak berubah maka bagaimana pensejajaran politik baru ini dapat digarap? Tunggu minggu hadapan. Selamat Berbuka.(TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------
pengalaman kalau tok guna akai tak jadi jugak.
BalasPadamMELAYU BODOH
BalasPadamItu Fakta!!!!
Selagi MELAYU MAHU JADI BODOH , selagi itu LAHANAT ber leluasa
Bukan salah MAT LOL
Tapi salah Rakyat yang BAHALOL
Undang-undang kapir gagal menghukum jolok, bijan dan 2x5 sewaktu dengannya tapi tetiba hudut dijuai kembali, semua ini untuk apa? Adakah digunakan untuk mrnunjukkan kemaksoman bijan dan tuang amanat 1981? Agama, syurga dan neraka bukan untuj dijualbeli.
BalasPadamTerimalah hakikat pan tak diterima masyarakat krn mereka minion dap yg berlindung dibawah nama parti agama.kamu kata pas parti jual agama tp merekapun ikut guna nama agama sama mcm pas.agama mana yg mereka nak ikut kalau asyik perlu tunduk kpd dap.Tn ibrahim kata mmg tak akan bergabung tp masih bleh kerjasama utk satu lawan satu.itupun nak putar juga.dap dilihat terlalu angkuh nampak muka tghh je terus nak membangkang.apa kena mengena ruu dgn mereka.kan tak pasal pasal dah kena.cina pun sudah semakin menolak dap knpa.sbb ego tak bertempat.ada org melayu yg puja memuji lge banglo taman mangis discaoun tu
BalasPadamMinion dap kepala bana mendenya wehh... kalau bukan sbb hadi awang takkan ada pasma dan amanah tu.. pas dan umno ni parti lama sbb tu ahli mereka ramai yg totok dan walak ..bangang!
PadamKita tunggu episud seterusnya lakonan asmara dana para politik penyanggak terhurmat satu Malaysia and parti agama....pas nk dok tang mana.....?
BalasPadam