Khamis, 9 Jun 2016

TAK MASYOOOK





HANG CUBA

PIKIR KENAPA

INI BERLAKU

WAL HAL ADA

BERIBU RIBU

RESTORAN

HARAM DI KL 


Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai

BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.

Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.

Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.

Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja  hangus terbakar.
Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.

Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.

“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.

“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.

Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.

“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

KENAPA?

jawabnya

kerana $$$$$

tak masyoook

MASYOOOOOK

--------------

5 ulasan:

  1. yang ni amat tepat sekali... tauke huluq kuat..mamat tepi jalan tak huluq... meniaga burger air ketum mana nak huluq ? kah kah kah..merata tempat bukak judi atas nama mesin simulator...pusat hiburan keluarga...semua tahu...semua sedar tapi buat buat dono...kah kah kah setiap bulan huluq...tak ada lesen tak apa...tak ada apa apa tak apa lagi...asal ada huluq...semua boleh jadi kalau huluq... asal senang hati..semua happy.. tahu kenapa ramai yang setuju pok najib jadi piem ? sebab semua tahu kalau kepala kaki rembat yang bawah tak kacau...sama sama cari makan lah woit...kah kah kah hidup ketuanan mooooolayu kah kah kah

    BalasPadam
  2. Kena tanya adun kenapa jdk lagu ni.
    Kahkahkah..

    Tp kalau adun lebih sibukkan urusan kipas, urusan anak beranak, urusan laki dlm jail maka urusan rakyat dan parti terburai.
    Kahkahkah..

    Mujurlah ada rafizi. nampk pkr ada nyawa ada masa depan sikit.
    Kahkahkah..

    Bubar shj pkr masuk dlm amanah.
    Kahkahkah..

    Semenjak kewujudan amanah, parti pkr sudah tidak relevan sama sekali.
    Kahkahkah..

    Bila bubar besok jgn lantik ketua umum.
    Amanah tidak perlu ketua umum.
    Amanah tidak berjuang kerana nama seorg insan dan berjuan demi seorg insan.
    Amanah seharusnya demi rakyat dan tiada lain selain demi rakyat.

    BalasPadam
  3. Sejak mula puasa di Jalan TAR, tiap hari aku buka ngan nasi mamak .. kentot pon dah bau koling mamak. Nak buek camno itu jo tompek yg seleso dan mampu untuk aku. Nak poe buffet hotel duit tak do .. aku bukan pegawai gomen, toke cino bolanjo buffet pado pegawai gomen jo.

    Makanan Melayu ado .. tapi kek gerai .. yg dijual berbagai masakan ikan kombong, ikan jefrideen, ikan mato uji rashid dan ikan sekalas dongan nyo .. tapi hargo samo kok buko ikan tenggiri di kodai mamak .. air RM2 so bungkuih .. murah banding air doa .. buko makan nyangkong .. sambil nasi masuk mulut, maso tu jugak jubo keluar angin. Kalau makan duduk ado mejo angin keluar kemudian. Tu lah dio poniago melayu bawah UMNO, sampai bilo-bilo niago digerai topi longkang .. melawan sikit hangkut gerai.

    BalasPadam
  4. Belok kiri, gerai tak lesen.
    Belok kanan, gerai tak lesen.

    Tak payah kedai, pakai gerai, aje!
    Cukup untung, buang sisa sampah kat longkang, aje.

    Kan senang?
    Tak payah letrik, tak payah air.....
    Pakai gen-set, bawa bekalan air, sudah cukup.

    365 hari setiap tahun, boleh untung MANYAK-MANYAK-MANYAK!

    BalasPadam
  5. Senario 1
    Peniaga dihambat berniaga dlm hutan sebab tapak berniaga yg strategik tu dah dianugerah pada cukong. Cukong sediakan tapak baru.. dlm hutan.

    Senario 2
    Ayahanda pekida kat situ tak power. Takde cable dgn org majlis bandaran. Atau pun ayahanda pekida sapu duit sorang2 taknak syer dgn boss majlis bandaran. Ps: tapak berniaga pasar mlm dan bazaar ramadan mmg income tetap ayahanda2 pukimak ni. Nak pegang jawatan besar tak boleh sebab sekolah tak tinggi, hanya pandai bersilat jer. Yang byk duit pakai cincin kebal sebesar penumbuk. Kalau pandai baca doa boleh jugak buat kerja mcm din ayam.

    Senario 3
    Peniaga kat situ ratanya adalah pengundi parti pembangkang. Majlis bandaran ni biasanya mmg barua federal government tujuan untuk buat kacau.

    ermmm.. aku rasa senario 1 laa... kah kah kah.

    BalasPadam