MEMBELI
SAMBIL
BERAMAL
DAPUR JALANAN
saperti biasa bulan puasa
dapur jalanan tidak memberi
makanan pada petang ahad
ini kerana ada banyak
amal jariah yang dijalankan
oleh pelbagai badan kebajikan
pada bulan puasa ini
amin
lalu dapur jalanan
membuka warung
di pasar ramadan
jalan bangsar utama
PATIN TEMPOYAK
ASLI TEMERLOH
dapur jalanan juga menjual
patin tempoyak asli temerloh
dapur jalanan dapat bantuan
ikan dan tempoyak dari temerloh
masakan ini menggunakan resipi asli
malah tukang masak khusus
akan memasak patin ini
CHOKOLAT LA GORDO
saperti biasa para sukarelawan telah
datang membantu dapur jalanan
kali ini dapur jalanan membuat
biskut raya bernama chokolat la gordo
coklat badam walnut dan kismis
semua biskut dibuat
dengan bantuan aktivis dapur jalan
WARUNG DAPUR JALANAN
untuk mendapatkan
patin tempoyak asli temerloh
untuk mendapatkan le gordo
sila datang ke warung
dapur jalanan
di pasar ramadan
bangsar utama
belakang stesen lrt bangsar
AMAL JARIAH
saperti biasa semua yang dilakukan ini
adalah tenaga amal jariah
dari tim dapur jalanan
juga bantuan aktivis dapur jalanan
juga bantuan sukarelawan yang setia
datang membantu dapur jalanan
tanpa mereka tidak ada
dapur jalanan
DIJEMPUT DATANG
DAPUR JALANAN
DI BUKA SENIN INI
DAPUR JALANAN
DI BUKA SENIN INI
abang adik kakak
mak cik pak cik uncle
semua dijemput membeli
sambil membeli sambil beramal
untuk dapur jalanan
untuk warga miskin kota
amin
CHOKOLAT
LA GORDO
-----------
Terbaik pakcik tt
BalasPadamOrang yang memberi makan kepada orang yang memerlukan sangat dicintai Allah.
BalasPadamSabda Rasulullah SAW;
"Barangsiapa memberi makan saudaranya hingga kenyang, lalu memberinya minum hingga hilang dahaganya, nescaya Allah akan menjauhkannya (si pemberi sedekah) dari api neraka sejauh tujuh jurang, antara satu jurang ke satu jurang yang lain perjalanannya sejauh lima ratus tahun." (Hadith sahih)
Teruskan usaha muliamu team Dapur Jalanan.
Selagi hidup, berbuatlah kebaikan dari segala bagai kebaikan yg ada. Jangan malu2. Kebaikan bukan untuk ditunjuk2... bukan juga dibangga2..jauh sekali menghina..
PadamIanya diharap menjadi kebaikan yang akan memudahkan hidup kita di alam yg akan datang. Kebaikan2 yg segala bagai inilah akan membantu kita untuk hidup abadi tatkala mengadap Yang Maha Esa.
Waktu inilah sehalus2 dan sekecil2 kebaikan sangat2 kita perlukan waima niat baik yg terlintas dihati pun tetap dikira kebaikan. Setiap kebaikan akan menjadi cahaya masing2, dari malap sehingga terlalu terang, mengikut tahap keikhlasan kita berbuatnya sewaktu hidup yg singkat ini.
Barangsiapa yg berbuat semata2 kerana Yg Maha Esa, semata2 kerana tunduk akan apa Yg Maha Esa sudah gariskan melalui para utusanNya, itulah sebaik2nya.
Selebihnya, demi mendapat rahmatNya, beruntunglah kita.
Tak Perlu Amam Jariah..
BalasPadamsebab.....sebab.......oleh kerana
Kita semua bayar GST...
GST tu lah Amal Jariah....kakakakaka