Ahad, 10 Julai 2016

HATi SUCI MAK INTAN



HATI SUCI

SEORANG

MANUSIA


Di Aidilfitri, 500 anjing dan kucing menemani Mak Intan

 | July 9, 2016

Mak Intan berkata haiwan peliharaannya bukan 
sekadar teman selepas ketiadaan Pak Mie, tetapi banyak berjasa


Mak-Intan_600
ALOR SETAR: Untuk kali kedua, Halijah Idris atau lebih mesra dipanggil Mak Intan, akan beraya tanpa suami tercinta.
Sebaliknya, Halijah, 68, akan menyambut Aidilfitri bertemankan 500 ekor anjing dan kucing peninggalan arwah suaminya Muhammad Azmi Ismail, atau Pak Mie, yang meninggal dunia Mac tahun lalu.
Mak Intan kini tinggal di Pak Mie Shelter, tempat penjagaan anjing dan kucing.
“Inilah peninggalan yang berharga yang saya akan jaga dan pelihara sampai akhir hayat saya. Bagi saya raya tahun ini tidak ada apa-apa persiapan. Tiada baju raya dan tiada kuih muih yang disediakan.
“Hanya menunggu kepulangan anak-anak balik beraya dan hari raya pertama juga seperti tahun sebelum ini, saya akan duduk di Pak Mie Shelter untuk jaga anjing dan kucing peliharaan peninggalan arwah Pak Mie. Bagi saya haiwan peliharaan saya amat penting kerana sudah anggap seperti anak saya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Kisah Mak Intan dan Pak Mie dan haiwan peliharaan yang kebanyakannya diselamatkan oleh pasangan ini pernah mengamit perasaan orang ramai ketika mereka tinggal di tanah rizab kerajaan berhampiran Jalan Tanjung Bendahara.
Disebabkan pasangan itu beragama Islam, kisah mereka mengambil anjing terbiar dan merawat serta memelihara tidak terlepas daripada cemuhan.
Namun, “alah bisa, tegal biasa” menjadi pegangan Mak Intan mempertahankan Pak Mie Shelter, demi menunaikan amanat suaminya.
Walaupun sukar, Mak Intan tetap tabah menguruskan operasi rumah perlindungan haiwan itu dibantu anaknya dan sukarelawan.
Mak Intan berkata haiwan peliharaannya bukan sekadar teman selepas ketiadaan Pak Mie, tetapi banyak berjasa kepadanya.
Poppy dan Adik
Antaranya, Mak Intan sempat mengimbau kenangannya diselamatkan dua ekor anjing yang diberi nama Poppy dan Adik.
“Poppy pernah membantu Mak Intan sewaktu nyaris maut dipatuk ular senduk manakala Adik pula menyelamatkan Mak Intan ketika hampir lemas pada 2011,” katanya.
Mak Intan bersyukur setelah dua tahun peninggalan arwah Pak Mie, dia masih menerima bantuan daripada orang ramai untuk terus membela anjing dan kucing peliharaannya.
Katanya, walaupun sekadar cukup melengkapi kos penjagaan haiwan peliharaannya itu, dia tetap gembira masih ada orang yang mengambil berat terhadapnya.
“Mak Intan buat masa ini tidak bekerja dan hanya menggunakan duit sumbangan orang ramai di dalam akaun Mak Intan.
“Dalam sebulan, paling banyak adalah dalam RM4,000 dan duit itu Mak Intan guna sepenuhnya untuk memberi makanan dan ubat penjagaan anjing dan kucing Mak Intan. Tidak ada lebih cukup-cukup untuk haiwan peliharaan Mak Intan,” katanya.
Dia tidak akan menambah bilangan haiwan berikutan peningkatan kos yang semakin meningkat.
Katanya, faktor usia juga memainkan peranan.
“Buat masa ini sehari sahaja Mak Intan berbelanja RM200 untuk makanan haiwan peliharaan Mak Intan. Sumbangan yang diterima juga cukup-cukup untuk beri makanan. Jadi Mak Intan tidak mahu menambah lagi.
“Namun jika ada haiwan yang betul-betul sakit dan nak nazak, Mak Intan akan ambil dan jaga dia sampai sihat,” katanya.


--------------

7 ulasan:

  1. Jutawan2 dari semua anak bangsa, semua agama, jutawan2 mahkamah rendah mahkamah tinggi semua ...toLongLah hantar intan ni ke mekah...dia pun nak masyuk syurga

    BalasPadam
  2. MAK INTAN tak perlu JUTA JUTA tuk berbakti di dunia ini

    MAK INTAN lebih intan dari permata , wajar di hargai berbanding JUTA JUTA NAJIS aka TAIK HIDUP MERATA RATA LAHAP RASUAH

    Tak perlu DATO atau DATO SERI atau TUN , Mak Intan sudah ber khidmat jauh lebih ber nilai dari MAT KOPIAH , MAT BOROI , MAT KAMPAU , MAT LAHAP yang ada di mana mana

    Tahniah MAK INTAN !!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Pheh hebat .. sebulan Mak Intan atak telima libu-libu luwik untuk jaga latusan binatang. Hemdulilah.

    Yang gwa helan apasat gomen jaga luwek olang miskin tapi luwek hilang tak tau pi mana. Lu tak caya, lu tanye Lajib ato zakat punya mengawai, ato Yapiem punya Latok Tuang Hajee, Annuer Musa pong mu bole tanya.

    Tapi baek Mak Intan pong, pada gwa Kak Eeejat latus kali lebih baek. Kak Eeejat kandangkan lembu nya dalam Kondo lima bintang lagi, RM250 juta lagi .. apa raaa ompek-limo ghibu sebulan.

    BalasPadam
  4. [Gorbachev: 'The Next War Will Be the Last' / Sputnik International] is good,have a look at it! http://m.sputniknews.com/world/20160710/1042719574/gorbachev-on-nato-decisions.html

    BalasPadam
  5. Dari satu sudut sememangnya Puan Halijah Idrus adalah seorang insan atau sosok manusia yang berhati suci kerana terdorong dengan ikhlas untuk menjaga sejumlah 500 anjing dan kucing liar beberapa tahun yang lalu. Penglibatannya merupakan sesuatu yang unik kerana begitu jarang sekali ada manusia apatah lagi yang kurang bermampu mengambil berata dengan nasib haiwan liar itu, malah pengiat hak haiwan malah agamawan pun jauh sekali nak mengambil tanggungjawab itu. Andainya Puan Halijah Idrus dapat mengurus membantu anak2 yatim atau sesiapa yang terpinggir daripada kehidupan normal arus perdana dek kerana sistem sosio-ekonomi kapitalis, beliau akan mirip seperti Ibu Teresa. Ibu Teresa mengurus golongan manusia yang tersisish dari arus perdana tanpa mengiran kaum, agama dan bangsa. Ibu Teresa dapat pengiktirafan global yang berprestij. Puan Halijah melakukan kerja2 jariah terhadap haiwan dan belum ada satu bentuk institusi atau lembaga bagi mengiktiraf kerjanya namun kerana niatnya suci untuk membantu sekadar yang mampu selagi ada kudrat dan mengajar manusia yang beragama dan bermoral agar jangan terlepas pandang terhadap simpati terhadap hidupan terbiar dan liar yg mungkin juga disaran dek wahyu yg tertulis pada Injil, Taurat dan Quran meskipun tidak tertulis dengan sejelas2nya.

    BalasPadam
  6. bila anjing dah sehat cantek bole jual
    jangan lopa lepas kesahkan anjing tunaikan lah pulak solat
    baru cantekkkk
    jnagan hanya leka duk bela anjing
    biar walau bela anjing tapi mati atas sejadah
    lagi indah beritanya

    BalasPadam
  7. TT tolong bg nombor akaun Mak Intan kalau saya ada rezeki lebih nak sedekah sikit kpd beliau

    BalasPadam