Rabu, 13 Julai 2016

MEMAHAMI POLITIK EROPAH





APA MAKNA BREXIT 
UK KELUAR EU

Pada 24 Jun 2016 yang lalu warga United Kingdom (UK) telah menjalankan pungutan suara : terus bersama Kesatuan Eropah - European Union (EU) atau keluar dari kesatuan ini. Pungutan suara ini dikenali sebagai Brexit. 

Kita semua telah membaca, mendengar dan menonton dikaca TV dan tahu apa jawapan warga UK.

Tulisan ini  bertujuan memberi pencerahan untuk memahami latar  belakang EU. Untuk memberi satu lagi jalur pandangan tentang apa yang telah berlaku. Paling penting untuk meneliti pekara-pekara yang tersorok dan yang sengaja disorokan  dalam  EU dan Brexit ini.

Media Eropah berbondong-bondong -  yang kanan dan yang liberal telah mengambil garis bahawa  UK wajib terus berada dalam EU. Media-media  ini telah  berdendang tentang  ‘bahaya’ jika  UK meninggalkan EU. Sahinggkan di UK akhbar liberal  rasional saperti The Guardian dan juga BBC telah mengambil garis yang sama.

Kerana  hampir semua media Eropah  cuba menghalang UK dari keluar dari EU  maka kita wajib bertanya - apa sebenarnya Brexit ini? Apa itu EU?  Dan kenapa UK keluar dari EU membahayakan Eropah. 

Image result for anti euDari segi sejarah Kesatuan Eropah ini telah muncul sesudah Perang Dunia Kedua. Berjuta-juta warga Eropah telah gugur berbantai sesama sendiri dalam dua perang dunia. Maka pada tahun 1948 diadakan Hague Congress yang membawa 6 negara - Belgium, Belanda, Lunxumbourg, German Barat, France dan Itali telah membuat pejanjian perniagaan. 

Dari sini jelas kita lihat bahawa ekonomi adalah punca segala punca.

Pada umum, pada  warga diluar Eropah - ketika EU mula diatur telah dipropagandakan keuntungan perniagaan. Telah diwar warkan bagaimana Eropah akan menjadi aman damai permai jika pertelagahan tidak wujud. Perang akan lenyap. Eropah -   yang menjadi panggung  dua perang dunia  akan menjadi wilayah  contoh.  Dimimpikan warga Eropah akan bekerjasama untuk kesejahterana umat manusia. Apakah ini tepat dan benar?

Dari satu segi - hingga ke satu tahap -  memang benar apa yang dipropagandakan. Ekonomi Eropah maju jaya. Rakyat mendapar taraf hidup yang lumayan. Tetapi disebalik propaganda ini ada lagi satu projek  rahsia terbuka.

Image result for american imperialism
Ketika EU mula meluas Perang Dingin sudah bermula. Rusia yang memimpin USSR dan Blok Sosialis Eropah Timur dilihat sebagai musuh. Sesudah tamat Perang Dunia Kedua kuasa imperial Britain jatuh ke tangan Amerika. Amerika yang memonopoli  bom atom menjadi kuasa  empire baru. Maka dari sini munculkan konsep kuasa imperial Anglo-Amerika.

Sesudah Perang Dunia Kedua - negara-negara kapitalis di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus dijajah semula oleh kuasa baru - kuasa imperial Anglo-Amerika. Imperialis Great Britain telah digantikan dengan imperialis Amerika. Sistem ekonomi kapitalis tetap kapitalis kecuali di Eropah Timur, di China, Cuba, Korea Utara dan di Vietnam.

Dibelakang projek EU ini ialah kuasa imperialis Anglo-Amerika. Amerika menyokong kuat kewujudan EU. Ketika Perang Dingin berjalan negara-negara EU ini menjadi tempat dimana Amerika mendirikan pengkalan tentera - darat laut dan udara. Amerika memasang bom nuklear  dan peluru berpandu di negara-negara EU.

Image result for american imperialismBom nuklear dan soldadu Amerika dapat bergerak di Eropah kerana negara EU ini bekerjsama dalam NATO. Ini adalah perjanjian ketenteraan Eropah Barat dengan Amerika. Hakikatnya negara EU telah menjadi tanah jajahan Amerika.

NATO - North America Altantic Organisation -  melihat Rusia dan Blok Sosialis sebagai musuh mereka. Justeru senjata nuklear dan peluru berpandu  semuanya diarahkan kepada Moscow. Suasana ini meruncingkan keadaan Perang Dingin. Ini ditambah pula dengan Perang Vietnam dimana kuasa bala tentera Amerika sedang dibantai oleh gerila Vietnam yang dibantu oleh Rusia dan Blok Sosialis.

Pada awalnya France dibawah Presiden Charles de Gaulle ( 1958-1969) tidak bersetuju dengan rancangan Amerika yang mahu menjadikan Eropah tanah jajahan. Justeru France menarik diri dari NATO. Tetapi hari ini tidak ada negara Eropah yang berani berdiri merdeka saperti Peranchis dibawah pimpinan de Gaulle.

Sesudah Tembok Berlin Runtuh pada tahun 1989 - German Barat/German Timur bersatu. Blok Rusia runtuh. Suasana ini menjemput banyak  negara Eropah Timur untuk menjadi warga  EU. Dari sini  muncullah EU yang terdiri dari 28 buah negara. Hari ini  telah menjadi 27 tolak satu - UK.

Image result for natoJusteru apabila  warga UK bersuara untuk keluar dari EU ini bermakna mereka secara tidak sedar atau secara tidak sedar  telah mensabotaj rancangan induk kuasa imperial Anglo-Amerika. Apabil UK keluar dari EU  bermakna  segara perancangan licik kuasa imperial Amerika yang mahu mendominasi Eropah telah digagalkan.

Pekara ini bukan susah untuk difahami. Kita lihat siapa yang datang untuk menyokong  dan berkempen untuk meyakinkan warga  UK agar   TIDAK meninggalkan Eropah.

Yang datang menyokong kempen untuk terus dalam EU ialah : Obama, George Soros, Setiausaha NATO, Pengerusi IMF dan Bank Dunia, akhbar Finacial Times, Majalah Economist. Dari nama-nama ini kita sudah dapat mencium bahawa mereka semua  ini adalah ‘orang jahat’. Kalau orang jahat sokong kerja kita bermakna kerja  yang kita buat TIDAK BAIK. Maka apabila kaum pemodal kapitalis berbondong bekempen agar UK jangan keluar  EU maka kita wajib sedar keluar EU adalah langkah bijak  untuk menggalkan projek kapitalis.

Image result for anti euBetul dan tepat - apabila 52% warga UK memilih untuk keluar EU - nilai pound sterling jatuh. Pasaran saham Eropah tunggang langgang. Pasaran saham Amerika dahn Jepun tunggang terbalik. Apa maknanya ini?

Ini berkmakjan rancangan kaum pemodal - ini bermakna rancangan kuasa imperialis Amerika untuk mendominasi Eropah dan dunia  telah digagalkan. Ini bermakna projek kaum kapitalis  telah berjaya dibantutkan.  Apabila kaum kapitalis dalam kesusahan ini bermkana rakyat dunia mendapat rahmat.

Apa yang jelas projek NEW WORLD ORDER - projek DUNIA BARU - dibawah telunjuk Amerika telah gagal di Eropah.

Harus di fahami dan wajib diingat - bahawa kuasa imperial ini dikenali sebagai kuasa Anglo-Amerika. Ada kerjasama yang intim antara pemodal British dan kaum pemodal Amerika. Mereka menetas dari reban yang sama. Yang di Amerika itu berasal usul dari United Kingdom juga. Mereka muntah kedarah melalui Bank Of England.  Sebelum wujud Wall Street kaum kapitalis ini  menjarah harta kekayan dunia melalui City of London.

Apa yang berlaku apabila hanya 48% warga UK yang  bersetuju mahu terus menetap dalam EU?

Image result for anti euMedia pro pemodal  yang  sebelum hari pungutan suara telah menakut-nakutkan warga UK tentang malapetaka jika UK meninggalkan EU. Apabila keputusan  sampai media membuat propaganda untuk membuktikan bahawa warga yang menolak EU ini adalah rasis. Tidak mahu menerma ‘orang lain’ masuk ke dalam UK.

Kenyataan dari pemimpin parti kanan Eropah diberi  layanan di muka hadapan media  seolah-olah  projek tinggalkan EU ini adalah projek  parti kanan. Justeru kita hanya membaca ucapan tahniah kepada  warga UK yang berjaya meningglan EU  dari Marine Le Pen - parti Front Nasional Peranchis , dari Geert Wilders  parti Freedom Party Belanda dan juga dari  Heinz-Christian Strache pemimpin Freedom Partry Austria. Semua ini pemimpin parti berhaluan kanan.

Suara dari  intelektual kiri saperti Tarik Ali, Pual Craig Roberts atau Socilist Workers Party yang menyokong kempen keluar EU - langsung TIDAK dipungut oleh media arus perdana.

Image result for anti euMemang  betul ada agenda menolak kemasukan  pendatang baru dalam kempen Brexit. Memang  betul terlalu ramai warga asing telah meloroh masuk ke UK. Ini hasil dari perjanjian EU dimana warga EU boleh keluar masuk ke mana sahaja dalam 27 negera ini. Boleh mencari pekerjaan dan boleh bermastautin. Hakikatnya EU telah menjadi satu negara tanpa sempadan.

Cuba tanya diri kita sendiri - apabila Zahid Hamidi awal tahun ini merancang untuk membawa masuk 1.5 juta Bangla ke Malaysia - kita menentang langkah ini. Apkah kita rasis? Apabila watak kampong dan pekan kita, tempat tinggal kita, kondo kita mula dipenuh oleh warga Nigeria dan kita merasa tidak selesa  -  adakah kita rasis?

Justeru mempertahankan tanah air sendiri dari berubah bentuk dan demograpi pasti bukan sikap rasis.

Image result for american imperialismBerita yang amat-amat merangsangkan apabila UK telah meningglkan EU ialah sentimen anti EU dan anti Brussels makin melonjak. Kempen keluar EU di UK telah membawa pencerahan dimana ramai warga Eropah baru sedar bahawa undang-undang dan hukum hakam di EU bukan dibuat oleh Parlimen Eropah tetapi oleh birokrat yang digaji dan tidak dipilih oleh suara ramai. Ahli Parlimen  EU hanya patong mainan. Hukum hakam muncul dihasilkan oleh para pelobi kaum pemodal.

Pencerahan sademikian telah menaikkan semangat warga Belanda , Itali dan Portugal untuk  mengadakan pungutan suara saperti yang telah dijalankan di UK. Jika ini berlaku maka rancangan besar imperialis  Amerika untuk menjadikan Eropah sebagai koloni dan Rusia sebagai musuh telah gagal.
Image result for victory brexit
Kenapa pula BREXIT ini penting untuk kita fahami?

Jangan lupa kalau kita di Malaysia ada TPPA. Dalam perjanjian TPPA ini  Najib telah menjual Malaysia kepada kaum pemodal Amerika. Rakyat Eropah juga hampir terjual sama melalui Transatlantic Trade and Investment Partnership (TTIP).  Breixt telah menyelamatkan warga Eropah. Apabila UK keluar  EU maka  projek TTIP ini boleh dianggap telah musnah.

Kejayaan warga UK meninggalkan EU adalah kekalahan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Kekalahan kekalahan kuasa imperialis Anglo-Amerika adalah kemenagan rakyat dunia. Gagalnya TTIP ini akan membawa pengaruh untuk rakyat Asia dan kita di Malaysia khasnya untuk mengagalkan projek TPPA  milik imperialis Amerika. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






----------------

2 ulasan:

  1. Terima kasih tuan TT atas pencerahan ini. Cerah sikit mata aku memerhatikan permainan
    tangan-tangan ghaib.

    BalasPadam
  2. Awas...
    PLan B...
    BiG pLanned
    dari imperiaLis angLo amerika

    BalasPadam