BETUL TAK
GUA CAKAP
KES INI AKAN
MEREBAK
UALA LUMPUR - Najib mengesahkan tiada keperluan untuk memanggil Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun susulan laporan polis dibuat berkait dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan dan kerajaan Malaysia.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau tidak dapat mengulas isu itu memandangkan tindakan tersebut dibuat bukan atas nama parti.
"Mungkin dia ada maklumat tertentu. Terserah kepada pihak polis untuk tentukan sama ada, (laporan itu) ada asas atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, hari ini.
Pada Selasa lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abu Kassim Mohamed.
Jelasnya, tindakan Khairul Azwan itu atas kapasiti individu di mana semua individu mempunyai hak.
"Kalau rasa ada sesuatu yang perlu disiasat dia ada hak. Kita tak boleh paksa," katanya.
Sementara polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairul Azwan berhubung laporan polis dibuatnya itu, hari ini.
LAPORAN POLIS
TIGA TAN SERI
SIAPA SURUH
KAY JAY KE?
INI HALUS
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
--------------
polis kena siasat la jangan sepi pulak...tapi ada berani ke nak siasat ni tiga tan sri.....saja tanya ......
BalasPadamModus Operandi Najib sama mcm kes liwat II ja. Kambing hitam ialah lubang jubur Saipol.
BalasPadamAkan ada beribu2 scapegoat lagi akan timbul mempertahankan Najib. Dedak banyak bro.. 30 billion GST dah gerenti. Mana UMNO x meleleh bro.