APA TERJADI DI ISTANBUL
Dunia menjadi heboh. Rampasan kuasa di Turki gagal. Recep Tayyip Erdogan dari Adalet ve Kalkina Partisi (AKP) hingga ke saat ini masih lagi duduk dikerusi Presiden. AKP - Parti Keadilan dan Pembangunan - masih lagi berkuasa di Turki setakat ini.
Apa sebenarnya belaku di Istanbul? Apa sebenarnya sedang berlaku di Turki?
Untuk mendapat pencerahan mari kita lupakan heboh-heboh yang dihebohkan tentang AKP ini rapat dengan PKR. Tentang Erdogan ini rapat dengan Anwar Ibrahim. Tentang Anwar jadi penasehat ekonomi Turki. Tentang ramai para YB dari Pakatan Rakyat yang telah dijemput ke Istanbul untuk belajar dari pengalaman AKP. Malah Haji Hadi sendiri tersembam jatuh dalam dewan mesyuarat ketika melawat Istanbul.
Kita juga wajib membebaskan diri dari heboh-heboh yang mentakrif sifat garis politik PKR dan garis politik Parti Amanah ini seakan-akan sama dengan garis AKP sehinggakan ramai ahli PAS telah dicap sebagai Edorgan. Mereka lari meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah.
Pada hakikatnya jika sesiapa disamakan dengan Edorgan bermakna orang ini ditakrifkan sama saperti Najib Rosmah.
Betul ke apa yang saya tulis ini? Ertinya Erdogan ini Najib Rosmah. Tepat dan benar. Saheh dan betul bahawa ada persamaan antara Najib Rosmah dengan Erdogan. Kepada saya disamakan dengan Erdogan adalah satu penghinaan yang maha sangat. Ini sama jika kita disamakan saperti Najib atau Rosmah. Satu penghinaan yang maha sangat.
Jangan silap faham apabila saya menyamakan Edorgan dengan Najib Rosmah ini bukan bermakna saya menyokong rampasan kuasa tentera. Saya tidak menyokong rampasan kuasa. Kita semua wajib menentang rampasan kuasa sama ada di Turki mahu pun di Siam. Soldadu bukan pengurus dan pentadbir negara yang terbaik. Soldadu bertugas untuk mempertahan negara dari musuh luar.
Jangan lupa - Turki moden bermula dengan keruntuhan Empire Ottoman. Mustapha Kemal Ataturk seorang soldadu bersama para intelektual dan tentera telah melancar revolusi yang menjatuhkan Sultan Turki pada tahun 1908. Apabila Perang Balkan pecah (1912-1913) Mustapha Kamal telah menjadi komander menpertahankan Turki dari serangan luar. Sesudah perang Mustapa Kamal menjadi Presiden Republik Turki yang pertama dalam tahun 1923.
Justeru sejarah soldadu dan tentera merampas kuasa di Turki bukan satu yang baru. Ada rampasan kuasa pada tahun 1960, 1971, 1980 dan tahun 1993. Kelihatan setiap satu dekad ada saja soldadu yang merampas kuasa.
Para pembaca wajib sedar walau pun AKP ini diheboh-hebohkan sebagai parti Islam, parti yang memperjuangkan Islam , parti yang berteraskan keadilan Islam - sebenarnya semua ini hanyalah kulitan. AKP adalah parti Islam konservatif -anak syarikat Ikhwan Musliman yang menjunjung dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
Memang betul jika Islam Turki dibandingkan dengan Islam Saudi - jelas dilihat Turki lebih terbuka dan progresif. Tapi Turki adalah negara kaum kerabat NATO - penjanjian ketenteraan dibawah telunjuk kuasa Zionis-Anglo-Amerika.
Malah Turki memiliki bala tentera NATO yang kedua terbesar sesudah Amerika. Hakikatnya Turki yang mengakui dipimpin oleh AKP parti Islam ini memiliki hubungan ketenteraan, diplomatik dan perniagaan rapat dengan Zionis Israel.
Ketika Perang Dingin (1947 -1991) berjalan Turki menjadi barua setia kepada Amerika. Dizaman-zaman ini Turki sentiasa dibawah kerajaan tentera. Justeru Turki menjadi budak suruhan NATO yang anti-kepada Rusia dan Blok Sosialis.
Pembaca akan bertanya apa dia persamaan Edorgan dengan Najib Rosmah?
Bagini kesahnya: Kalau Najib Rosmah ada Jho Low si Erdogan ini ada Reza Zarrab. Kalau Najib ada kes 1MDB si Erdogan ini ada kes Halk Bank.
Kes Halk Bank ini tidak jauh bezanya dari kes 1MDB. Kesah bermula apabila sekatan ekonomi dikenakan kepada Iran.
Dengan tipu helah licik sama saperti tipu helah Jho Low si Reza Zarrab ini telah berjaya ‘mengurus secara gelap’ perniagaan dengan Iran. Jual beli gas diteruskan. Jual beli emas diteruskan antara Turki dengan Iran. Ini semua dilakukan dengan bantuan kerajaan Turki walau pun ada sekatan Bangsa Bangsa Bersatu.
Akhirnya sama saperti kerja jahat Jho Low - kerja jahat Reza Zarrab juga dibongkar. Media Turki agak bebas berbanding dengan media Malaysia. Berita meledak apabila dalam rumah Reza di temui wang dollar berjumlah 4.5 bilion. Perniagaan emas berjumlah 9.6 bilion dolar. Skandal ini meledak menggegarkan politik Turki.
Halk Bank di Istanbul digeledah. Sama saperti AMBank di Kuala Lumpur digeledah. Yang bebeza di Istanbul tidak ada yang mati disimin atau ditembak.
Sama saperti kes 1MDB - FBI masuk menyiasat. Ini kerana Halk Bank telah melanggar ketetapan PBB bersangkutan dengan kerja gelap mendobi duit, rasuah, kes penipuan yang bertaraf antarabangsa. Pada bulan March yang lalu Reza Zarrab ditangkap oleh FBI. Ini sama saperti kes Najib Rosmah - Reza anak Rosmah rakan niaga Jho Low juga sedang disiasat FBI. Hanya Reza Aziz dan Jho Low masih belum ditangkap.
Pada bulan Disember tahun 2015 seramai 52 orang telah ditangkap atas kes Halk Bank. Skandal Halk Bank ini telah melibatkan pucuck pimpanan AKP.
Media Turki terus membocorkan skandal skandal Halk Bank ini. Sama saperti Najib Rosmah yang ‘membedil’ Malaysian Insider ‘ , Si Erdogan ini juga telah menindas media. Can Dundar dan Erdem Gul ketua biro akhbar harian Cumhuriet telah ditangkap pada 6 May 2016.
Dari segi fakta ketika saya menulis ini terdapat 14 orang wartawan dalam penjara. Dua wartawan dipenjara 2 tahun berikutan dengan kes Charlie Hebdo. Dua telah mati terbunuh. Ramai wartawan dari luar negara telah ditendang keluar. Fakta ini saya pungut dari laporan International Press Institute.
Di Turki ada undang-undang yang sama saperti Akta Hasutan. Akta di Turki ini akan menangkap sesiapa sahaja yang ‘ditakrif’ sebagai menghina Presiden. Ketika ini seramai 2,000 warga Turki sedang berhadapan dengan akta ini.
Ini tidak jauh bezanya dengan tingkah laku dan tindak tanduk politik Najib Rosmah. Pada ketika saya menulis ini seramai 39 orang warga Malaysia sedang didakwa dengan Akta Hasutan. Seramai 95 kes telah dan sedang disiasat termasuk bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad. Dalam kes Rumah Api - pada petang sebelum Bersih 4 - seramai 160 anak muda telah ditangkap dan ditahan dibawah Akta Hasutan 1948.
Jelas untuk saya Erdogan ini adalah Najib Rosmah dan Najib Rosmah adalah Erdogan.
Najib Rosmah ada dua orang anak - Riza dan Nasifuddin yang membuat segala jenis perniagaan cepat kaya. Si Erdogan ini ada dua anak Bilal dan Borak yang juga sibuk dengan projek cepat kaya.
Pada tahun 2014 - perbualan talipon Si Anak dengan Si Ayah telah bocor. Dalam percakapan talipon yang dicuri rakam ini Erdogan telah memberi jalan kepada anaknya Bilal tentang ‘jalan kaya’. Turki meledak dengan berita rakaman talipon ini. Presiden Turki Tayyep Erdogan menafikan. Sama saperti Najib Rosmah , si Erdogan ini juga telah menyatakan kepada media bahawa semua ini adalah fitnah dan tohmah yang dijalankan oleh puak pembangkang yang gila kuasa.
Sama saperti kes Najib Rosmah - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ini juga sedang dikepong. Dalam kes ‘perbualan talipon’ empat menteri telah dipaksa letak jawatan. Najib Rosmah membuang Muhyiddin, Mukhriz , Shafie Afdal, Zeti, Kassim, dan Hamid Bador. Najib Rosmah membuang Hakim Negara, Si Erdogan ini juga telah membuang Pendakwa kes rakaman ini. Semua kelihatan sama.
Kalau Najib Rosmah sedang dikepong oleh 7 buah negara yang sedang menyiasat kes 1MDB - si Erdogan ini juga sedang dikepong dari luar. Peranan Turki memberi laluan dan memberi senjata kepada kumpulan pengganas Isis telah diketahui dunia. Tanpa persetujuan Presiden mustahil Isis dapat bergerak bebas di Turki.
Dunia juga diberitahu bagaimana Bilal Erdorgan adalah ‘taiko’ yang bertanggung jawab membeli minyak milik Isis yang dibawa dengan lori dari wilayah Kurdish Iraq. Minyak mentah ini diubah suai untuk dijadikan minyak keluaran Turki untuk diekspot ke luar negara.
Semua ini menjadi berita muka depan media dunia apabila Rusia masuk ke Syria. Jet Rusia tanpa segan silu telah mengebom lori tangki milik syarikat Bilal Erdogan ini.
Kepongan dari luar negara berterusan. Diberitakan Erdogan kini mahu kembali rujuk dengan Israel. Erdogan juga mahu minta maaf dengan Rusia. Semua ini adalah babak politik yang menjadi latar belakang rampasan kuasa ini.
Babak-babak politik ini menjadikan kenyataan dari Fethullah Gulen masuk akal. Fetullah Gulen adalah kawan lama Erdogan yang kini dalam buangan di Amerika. Mengikut kata Gulen rampasan kuasa yang berlaku di Istanbul ini disusun dan diatur oleh Tayyib Erdorgan sindiri. Rampasan kuasa ini dilakukan untuk memperkuat kedudukan Erdogan. Sekali gus memusnahkan semua musuh politik Erdorgan.
Kenyataan Gulen ini masuk akal. Selepas rampasan kuasa ini gagal seramai 6000 orang warga Turki dari segala bentuk pandangan politik telah ditangkap. Dalam masa yang amat cepat seramai 2,700 orang hakim telah diberhentikan kerja. Nampaknya senarai tangkap telah disediakan lebih awal. Najib Rosmah juga memberhentikan musuh dalaman tapi tidak seramai apa yang sedang dilakukan oleh Erdogan.
Jawapan Erdogan cukup senang - rampasan kuasa ini adalah kerja Gulen dan pengikutnya. Kepada Erdogan , orang tua berumur 75 tahun yang tinggal di Pennsylvnia Amerika ada ‘Ayatolah’ yang merancang rampasan kuasa ini.
Jangan lupa - Erdogan ini baru sahaja menjadi Presiden - pada tahun 2014. Dari tahun 2003 hingga 2014 Erdogan menjadi Perdana Menteri. Kemudian dia mengubah perlembagaan untuk memastikan kerusi Presiden lebih berkuasa.
Ini sama dengan langkah Najib Rosmah yang memperkasakan diri dengan meluluskan undang undang Majlis Keselamtan Negara awal tahun ini tanpa persetujuan Yang di Pertuan Agong.
Semakin zalim dan semakin tebal rasuah para Menteri di Istanbul dan Kuala Lumpur maka semakin kuat bunyi Ya Hanana dan retorik Islamnya. Semakin tebal ikatan serban. Semakin lingkup tudung yang dipakai. Semakin selalu berumrah ke Saudi.
Jika rampasan kuasa ini berjaya maka seorang General atau Kolonel akan menjadi Presiden Turki. Pasti Presiden barui ini akan dibaca sebagai seorang ditaktor. Tetapi wajib disedari seorang dikator boleh juga muncul melalui pilihanraya. Ditaktor ini bernama Najib Rosmah opps... Recep Tayyip Erdogan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
------------
Ayatullah TT,
BalasPadamSebenarnya aku pun terfikir juga apa kena mengena dengan kes rampasan kuasa di Turki bila 2700 orang Hakim dipecat?
Tak guna betul la Najib Rosmah ni.
Otak MELAYU memang ada juta juta ideas menjahanam kan bangsa negara lain
BalasPadamKerana bangsa sendiri BODOH
Wahabi tak boleh
AKP pun tak boleh
Selena GOMEZ pun tak boleh
LAHAP RASUAH BOLEH !!!!!!!!!!
Kalau sendiri BODOH jangan buat orang lain juga BODOH
PAS memang BODOH
Apa kah semua Melayu juga BODOH ?????
Tak mungkin begitu....
BODOH BETUL.... KENTUT SENDIRI BUSOK TAPI GILA KAN JUBOR ORANG LAIN PULOK
Nasib baik ada CINA INDIA BER BILYON
kanak2 palestin berumur 10 tahun dipenggal oleh golongan2 yg di bantu erdogan....https://www.youtube.com/watch?v=gO3J3cm58os
BalasPadamRecep edrorgen punya 80juta lebih rakyat
BalasPadamMaLaysia punya 30juta onLy..tu pun campur
Indon bangla
hanya agen zionis dan org yg termakan hasutan zionis dan syiah saja yg membenci Erdogan dan Raja Salman
BalasPadamSebelum itu terima kasih atas pencerahan.
BalasPadamKahkahkah..
Dulu time nama turki belum busuk, berebut anwar nakkn nama turki.
Kahkahkah..
Pukul canang masuk istana turki berceramah selama 2jam.
Kahkahkah..
Cerita kat bdk2 felda yg konon educated bila2 boleh jdk penasihat ekonomi turki ataupun tunisia.
Kahkahkah..
Xde segan silu lari masuk kedubes turki bila isu liwat 2 naik. Di pusingnya pulak dpt jemputan dr dubes turki.
Kahkahkah..
La ni bila anwar dh kedalam, turki dan pun busuk. Tiba2 plk erdogan ni jahanam.
Kahkahkah..
Ini politik kong kalikong.
Kahkahkah..
Erdogan najib anwar obama semua serupa. Manis berbicara bila belum berkuasa. Setelah merasa dan pecah tembelang sang penguasa semua hakikatnya serupa
rakyat bangun membela Erdogan.. tu bukti dia bukan dictator.
BalasPadamrakyat sanggup mati melawan penganas yg nk rmapas kuasa.
general kudeta berfahaman syiah. syiah terkenal dgn membuat onar
dlm negara umat islam.
pembangunan turki sgt drastic sebb Erdogan tidak mencuri mcm di Malaysia.
masih nk buruk2kan Erdogan lagi ke? dgn alasan melayu malas baca dn mudah tertipu.
awak sorang yg pandai ke
kepada anon 3.20 ptg...kesimpulan dan tahap pemikiran yg amat menyedihkan...kah kah kah
BalasPadamIranian President Hassan Rouhani contacted his Turkish counterpart on recent coup attempt in the country, saying Iran supports the legal government of Turkey and said Iran will stand beside the Turkish nation.
BalasPadampd pentaksub aswj, sila kemukakan nas yg mewajibkan beramal dgn feqah maliki, hanafi, syafie dan hambali.
yg nyata mrk semua lahir 200 thn stlh wafatnya Rasul saw. jadi dimana sunnahnya mengikut mrk2 ini?
dlm alKitab disuruh 'Usap kepala dan kaki hingga pergelangan' ketika wudhu, tp knp aswj basuh kaki? adakah ulama kamu lebih ditaati dr Allah swt?
Imam Ja'far as-Sadiq as pernah berkata: Jika kamu terima dr kami sesuatu yg bertentangan dgn alQuran dan hadis sahih; percayalah ia bukan dr kami."
Maknanya: kalau ada org bw suatu hadis yg bertentangan dgn al-Quran dan hadis sahih, maka ia adalah hadis palsu.
tp aswj percaya buta pada sahih2 mrk hinggakan percaya ada batu yg larikan pakaian nabi Musa as. Allah swt sentiasa memelihara hamba-Nya yg soleh.
Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkan di atas batu, lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa dan beliau menyusulnya sambil berteriak, ‘Kainku! Kainku! Hai Batu.’ Sehingga oleh karena itu, Bani Israil dapat melihat (aurat) Nabi Musa lantas mereka berkata, ‘Demi Allah! Musa tidak berpenyakit apa-apa.’
Kalau najib dan rosmah pentaskan drama sama mcm erdogan, agak2 rakyat turunkan ke jalanraya atau tidak??
BalasPadamSaja tanya, jgn marah.
Masa baik kita sokong masa dia jadi jahat turun jaLanraya...saLah ko..?
BalasPadamBanyak2 tulisan TT yang luar biasa, artikel ini yang saya kurang setuju , mungkin kerana saya penyokong erdogan..
BalasPadamApabila NATO maka itu adalah puak jahat, apabila bersama amerika itu ertinya jahat. TT pukul rata semua.
Dari Istana Firaun, timbulnya Nabi Musa. Di pelihara oleh Firaun , baginda yang menjahamkan Firaun.
Anwar Ibrahim juga keluar dari perut UMNO .
Apabila TT melihat Erdogan seperti melihat terbitnya Musa AS , munngkin pandangan TT akan sedikit berubah tentang Erdogan.
Seperkara lagi, TT selalu mebgammbil berita2 dari media barat sebagai dalil Naqli utk menguatkan hujjahnya.
Padahal TT tahu media2 ini lah digunakan utk mendapatkan persetujuan warga dunia utk menghalalkan perbuatan Amerika dan Israel Zionist.
P/S
Ulasan saya ini tidak sedikitpun menghilangkan rasa Hormat dan Salute saya kepada TT yang banyak membuat pencerahan2 tentang Politik dunia