Selasa, 12 Julai 2016

WILAYAH TEGANG






TT TELAH

BANYAK KALI

MEMBERI TAHU

WILAYAH INI

AKAN MELEDAK


China tiada hak sejarah terhadap Laut China Selatan

THE HAQUE - BELANDA . Mahkamah Tetap Timbangtara (PCA) di The Haque, Belanda, hari ini  memutuskan China tidak mempunyai hak sejarah terhadap Laut China Selatan.

Dalam satu kenyataannya, PCA memaklumkan China tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut hak sejarah terhadap kawasan perairan itu dalam lingkungan sembilan-sempang yang dikemukakannya.

"Tiada asas perundangan untuk China mendakwa hak bersejarah mengenai sumber kekayaan di kawasan laut yang dipertikaikan itu sebagai milik mereka," menurut kenyataan mahkamah.

Ianya merujuk kepada garisan tuntutan pada peta 1947 kawasan laut berkenaan yang kaya dengan sumber asli, galian dan perikanan.

Dalam perbicaraan membabitkan 497 muka surat itu, hakim mendapati pasukan peronda penguatkuasa undang-undang China mengambil risiko bertembung dengan bot nelayan Filipina serta menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang selepas kerja pembinaan pulau tiruan atasnya.

China yang memboikot kes dibawa ke mahkamah oleh Filipina berkata, ia tidak akan mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan tribunal antarabangsa.

Keputusan terbaharu ini harus dilabel sebagai satu kejayaan besar untuk Filipina, yang boleh menganggap mereka sudah memenangi kes mereka. - Reuters

KITA TUNGGU

ADA REAKSI

NEGARA CINA

APA REAKSI USA

dan PILIPINA



--------------

5 ulasan:

  1. itu tanda hak sejarah ponting tuan n puan dalam konteks sesuatu kes bial nak diperkatakan betui tak??

    macam nagara kita jugak lah asal usul dulu malayu
    bial mai britis bawa masuk macam macam
    bial nak maudeka britis kasi satu syarat mesti terima itu macam macam
    itu tanda soheh dulu memang ini nagara malayu
    kalau bukan apa pasai britis tak suruh bagi hak kepada malayu jika malayu yang
    macam macam

    sikalang mau paham botoi botoi ini sejarah negara kita walau pun dah
    jadi caca marba

    kasi paham betoi betoi kasi cerita kat lu punya kerabat n keturunan
    jangan lupa sejarah tm

    itu negara China kominis n rusia bial mau berentap denagn amarika
    kita pun mau tengok

    BalasPadam
  2. Lebeh baik beri-kan kepada Negara China
    Mereka jaga kawasan tu dengan baik dan lebeh selamat.

    Filipin jaga?..macham mintak Asscom jaga laut Sabah ...lanun keluar masok.

    BalasPadam
  3. PERANG !!!!

    JANGAN TAK PERANG.....

    BILA PERANG , semua FREE

    Makan pun FREE , NAJIS makin kurang

    BETUL CAKAP TUN

    NAJIS aka TAIK aka SHIT tak bagus tuk negara

    BalasPadam
  4. selatan rumah aku tu ada tanah sikit, tak tau sapa punya...

    disebabkan kawasan tu nama dia selatan rumah aku, tu maknenye ak punya..

    sbb ada perkataan 'rumah aku'... tu aku punya la kann...

    buley ka TT ak nak claim mcm tu..

    BalasPadam
  5. Negara Cina ada masaalah besar dengan ekonomi mereka da begitu juga dengan Amerika.Jadi untuk mengalihkan perhatin rakyaat adalah amat perlu bagi mereka untuk mengobar semangat nasionalisma yang mungkin mengakibatkan peperangan berlaku.Manusia memang sial belaka.

    BalasPadam